Risau dibuatnya bila mana anak bakal melangkah ke alam persekolahan. Mana tidaknya, tersalah pilih tadika, anak tak dapat belajar dengan baik malah tidak mahir membaca seperti anak-anak yang lain. Buntu dibuatnya.
Sekolah atau tadika bagaimana menjadi pilihan ibu ayah? Tidak hanya sekolah itu sahaja bahkan pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran, yuran bulanan, silibus pembelajaran, jarak dari rumah selain faktor sampingan lain sebelum membuat keputusan.
Semua ini memainkan peranan yang besar dalam menentukan hala tuju anak itu sendiri kelak dan bagaimana pengurusan masa dan kewangan ibu bapa sendiri. Apa pilihan anda?
Paling utama pastinya harapan ibu ayah untuk anak mahir menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping mempunyai skil bersosial yang baik.
Berikut antara tip dan panduan untuk memudahkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Ini penting untuk memastikan anak rasa seronok belajar dan dapat mengembangkan kemahiran yang ada sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.
Silibus pembelajaran terbaik
Selain menilai lokasi dan sebagainya, antara elemen utama dalam memilih tadika pastinya silibus yang digunakan pakai oleh tadika itu sendiri. Pilihlah tadika yang mempunyai silibus yang diiktiraf malah terbaik cara pembelajarannya agar potensi anak dapat dikembangkan dengan baik.
Minta pengusaha tadika untuk berkongsi silibus yang digunakan pakai dalam pembelajaran setiap hari dan nilaikan apa aktiviti yang perlu buat anak kita.
Di sini ibu bapa boleh membuat perbandingan dengan silibus tadika lain dan selebihnya membuatkan keputusan tadika dengan silibus terbaik.
Rekod kejayaan anak-anak terdahulu
Ads
Buat tinjauan terlebih dahulu menerusi perkongsian rakan-rakan dan orang sekeliling menerusi tadika pilihan mereka. Nilaikan setiap perkongsian mereka dan perkembangan anak-anak di tadika berkenaan.
Cari juga maklumat menerusi laman sesawang atau media sosial dan nilaikan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta teliti rekod kejayaan mereka. Ini penting untuk menentukan corak pembelajaran anak.
Tadika dengan pendekatan Islamik
Sebolehnya kita mahukan anak-anak kecil kita dibekalkan dengan ilmu kegamaan yang baik diketika usia mereka kecil. Atas dasar itu, pilihlah tadika dengan silibus pendekatan Islamik ketika membuat keputusan memilih tadika.
Bukan sekadar mahu anak berjaya dalam akademik, tetapi juga cemerlang dari aspek sahsiah diri. Sekurang-kurangnya anak dapat mempelajari asas al-Quran, bacaan doa dan bersolat sebagai persiapan sebelum usianya menginjak 7 tahun.
Guru berkelayakan dan berpengalaman
Ads
Bagi membentuk anak-anak yang baik, guru juga memainkan peranan besar. Guru yang terlatih dan berpengalaman menjadi kriteria yang penting kerana setiap anak mempunyai tahap pemahaman dan kemahiran yang berbeza. Guru yang berpengalaman dan penuh ilmu pastinya punya banyak cara kreatif untuk mendekati anak seterusnya mampu mengeluarkan potensi sedia ada.
Jadi, ibu bapa harus pastikan tadika yang dipilih itu dapat diterima oleh anak supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang baik dan seronok.
Jika teknik mengajar yang mesra kanak-kanak ditekankan, pastinya anak lebih cepat faham dan rasa gembira ke tadika setiap hari. Konsep ini turut sama ditekankan oleh Hawary Education yang berpengkalan di Johor Bharu.
Tahniah! Hawary Education merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Pusat Asuhan & Pendidikan Terbaik Mesra Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma
Hawary Education adalah pusat asuhan dan pendidikan swasta yang ditubuhkan pada tahun 2008 dengan pembukaan Taska Hawary sebagai taska induknya. Kini taska Hawary semakin berkembang pesat dengan pembukaan lima lagi cawangannya di seluruh negeri Johor.
Ads
Paling menarik pastinya sistem pembelajaran dan mesra kanak-kanak yang ditawarkan Hawary Education malah pembelajaran mengikut umur yang meliputi aktiviti rangsangan perkembangan pra tadika, aktiviti sensori, pemahaman rutin harian, pemahaman urus diri, pengenalan konsep pra penulisan, pra nombor dan pengiraan, hafalan doa harian, hafazan surah pendek dan bermacam lagi yang membuatkan anak-anak terlatih dengan baik sebelum melangkah ke sekolah.
Di sini tidak hanya menjaga dan mengsuh anak-anak dengan baik malah mengisi setiap masa dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan program terbaik untuk anak-anak.
Dengan motto, “Mari Membina Ummah, Khalifah Cilik Sayang Allah”, anak-anak tidak hanya didedahkan dengan konsep Islamiknya bahkan pendekatan bermain sambil belajar membuatkan anak-anak tambah seronok untuk belajar.
Ini menjadikan Hawary sebuah Insitusi Pendidikan Awal Kanak – Kanak yang mempunyai krateria berteraskan pendekatan “Belajar melalui Bermain” supaya terlahir modal insan yang seimbang dan holistik dari semua aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi menjadi visi Hawary Education.
Bagi mendapatkan informasi terkini dan kemasukan ke Hawary Education, layari laman sesawang Hawary di https://hawary.com.my/.
Atau anda boleh juga meninjau pelbagai aktiviti di media sosial, Hawary Education di Facebook dan Instagram @hawaryeducation (Hawary Education Academy).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak-anak punya perkembangan dirinya sendiri, ada yang lambat tetapi ada juga yang cepat dalam segala segi. Maka perhatikanlah setiap gerak geri perkembangan anak.
Periksa perkembangannya melalui carta milestone yang boleh dirujuk di internet supaya jika anak kita terlambat perkembangannya, kita boleh sedar lebih awal. Inilah sebabnya mengapa mak ayah perlu lebih peka dalam segala segi. Malah kata Pn Wawa Shauqi, penulis keibubapaan, periksalah anak dari segala segi supaya kita bersedia dalam segala hal.
Benda ni jadi kat diri saya sendiri. Sebagai mak, of course kita akan concern dengan perkembangan anak. Bila tengok anak orang lagi laju dari anak kita, lagi rasa down.
Bila tanya pendapat orang sekeliling, ada yang kata tak apa. Ada pulak yang suruh cek pakar cepat. Eh, tak fahamlah. Confuse dibuatnya.
Jadi saya minta pendapat Occupational Theraphy Nurul Sheriena Musa. OT adalah manusia yang banyak bantu anak-anak yang ada delay dan ada masalah tingkah laku. Pendek kata, diorang ni tukang completekan puzzle perkembangan anak yang tercicir.
Menurut OT Nurul : 1) Sentiasa cek carta milestone. Kat internet banyak boleh rujuk. Kat buku yang Klinik Kesihatan bagi pun ada. Cuma tak detail. Bila selalu cek, kita dapat buat anggaran anak kita ni normal, delay atau tak.
2) Memang normal ada anak yang cepat. Dan ada anak yang lambat. Tapi kalau sampai masuk beberapa bulan lambatnya, parents kena cepat bertindak.
Contohnya, NORMAL ada anak yang boleh berjalan 10 bulan, ada yang setahun baru boleh jalan. Tapi kalau dah 1 tahun 6 bulan masih tak berjalan, itu RED FLAG.
3) Red Flags dalam child development adalah tanda-tanda delay pada anak yang perlu kita ambil tindakan.
4) Antara yang OT Nurul cadangkan untuk parents buat adalah : – Buat M-Chat online (screening) – Bawa keputusan ke Klinik Kesihatan (diagnose) – Doktor akan rujuk anak ke Speech Therapy atau Occupational Theraphy untuk jalani rawatan. – Boleh juga terus ke pusat terapi yang ada ST atau OT untuk screening.
5) Red Flag yang tak dibantu, akan bagi kesan jangka masa panjang. Tolong jangan biar. Kadang kita ingat anak tu nakal. Kita pukul dia, tapi sampai besar pun masih nakal. Rupanya mungkin ada ADHD. Kita ingat anak kita malas belajar. Hantar tuisyen tak pandai-pandai. Rupanya ada disleksia.
Kita sedih dengan anak yang tak boleh bawa ke tempat awam. Kita ingat dia kena gangguan jin. Rupanya ada masalah autism. Ada banyak salah faham yang kita akan cipta bila kita tak beri peluang anak dirawat segera. Anak yang normal pun boleh jadi delay atas beberapa sebab. Yang kalau kita biar, dia punya kesan sampai ganggu pembelajaran di sekolah.
Malah ada yang sampai besar susah cope dengan stress. Ada yang tak boleh adapt dengan komuniti/ jabatan. Dan ada yang masih tak boleh nak urus diri dengan baik bila dah besar. Gila kan kesan dia!
6) Speech delay tak bermakna petanda anak ada autism. Boleh jadi, ada komponen perkembangan (especially sensori) yang anak tak dapat/ tak complete.
7) Kalau nak stimulate anak jadi bijak, bukan paksa buku dari kecil. Tapi cukupkan stimulasi sensori. Sebab itu asas yang akan bantu kembangkan sel-sel otak anak. Bila complete sensori, insya Allah anak akan swndiri jatuh cinta pada buku.
8) Jangan takut untuk diagnose anak. Ia bukan untuk letakkan label pada diri mereka. Tapi lebih kepada nak bantu anak untuk keluarkan potensi mereka yang terperam kerana masalah delay.
Memang benar… Perkembangan anak bukan perlumbaan. Pun begitu, kalau anak memang perlu dibantu, bantulah. Jangan sekat hak mereka untuk dibantu.
Saya pasti, sifat terbuka dan tawakkal kita, anak akan pulih semula ditangan mereka yang ahli. Insya Allah, apapun kesukaran kalian dalam membesarkan anak-anak, saya doakan mereka bakal jadi manusia hebat nan berjaya dunia akhirat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir. Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun? Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh. Ikuti perkongsian Dr. Erna.
Kenapa kena ambil darah baby lagi lepas 2 minggu kalau kuning tak turun?
Untuk bayi yang dilahirkan secara normal, jika sudah hari ke14 dan bacaan kuning masih tinggi dan baby juga masih kuning, kita akan ambil darah untuk lihat fungsi hatinya, buah pinggangnya, darah biasa (darah merah, putih, kuning), air kencing untuk lihat apakah penyebab kuning masih tinggi.
Untuk bayi pramatang, kita lihat pada hari ke 21.
Jangan risau, doktor bukan sengaja nak cucuk bayi anda. Ianya dilakukan untuk memastikan kuning bayi anda adalah jenis yang normal (disebabkan oleh susu badan atau jenis darah).
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Maka, perkara inilah yang doktor mahu elakkan daripada berlaku.
Dan, tolonglah jangan ambil apa apa supplemen semasa anda mengandung. Ramai yang bayi yang fungsi hatinya ada masalah sikit dan bila ditanya memang ibunya ada makan supplemen semasa mengandung.
Supplemen iron dan calcium juga biarlah dapatkan nasihat doktor dahulu. Dan belilah di farmasi yang berdaftar. Dapatkan nasihat doktor yang tidak menjual produk ya.
Risau sangat tengok ramai sungguh bayi yang jaundisnya tinggi tinggi betul
Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan. Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak. Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar. Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri. Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul. Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa. Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air. Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah. Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif. Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda. Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang. Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda. Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak. Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda. Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”. Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?” Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka. Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan. Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka. Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Setelah melalui pelbagai cabaran hidup sebagai ibu tunggal, Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, kini dilihat memulakan lembaran baru dalam kehidupannya.Terkini,...