Anak bakal melangkah ke alam baru, Darjah Satu tahun depan pastinya buat mak-mak semakin berdebar. Mana tidaknya terlalu banyak yang dirisaukan ibu untuk melepaskan anak ke sekolah yang lebih besar cabarannya.
Jika sebelum ini hanya di tadika, kali ini langkah anak kecil semakin luas penuh cabaran. Apa mak ayah perlu persiapkan diri anak sebelum ke sekolah? Ini ready list yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.
Readylist ni penting supaya anak boleh survive & tak bergelut di dalam kelas nanti. Ibu ayah boleh semak seawal usia 4 tahun lagi, jangan lambat.
1️. Anak kenal tak sekurangnya 6 warna
Umur 4-5 tahun anak sepatutnya dah boleh kenal & ingat warna primer seperti merah, biru, kuning, hijau, oren dan ungu.
Penting sebab dari kenal warna ini boleh bantu kita kesan anak ada masalah buta warna atau tidak. Jangan terkejut ramai sebenarnya yang buat warna.
2️. Anak mampu mewarna gambar bersaiz kecil
Daripada aktiviti mewarna ni kita boleh tengok anak tu ada masalah fokus atau tidak. Jika warna terkeluar border sikit sikit tu ok lagi tetapi jika yang terkeluar tu lebih setengah inci jaraknya kena cepat cepat guide anak tu.
3️. Anak boleh memadan gambar / bentuk sama.
Cuba dapatkan buku aktiviti seperti memadankan gambar atau bentuk sama ni. Lihat anak mampu buat atau tidak.
Jika dia tak mampu padankan, ada risiko besar kemahiran VP ( Visual Perception ) anak lemah.
Kemahiran VP ni besar impaknya di dalam proses belajar nanti. Dengan VP ni la penentu anak cepat atau lambat faham apa cikgu ajar di kelas.
4️. Anak boleh tak tulis nama sendiri
Apa tanda anak dah mampu menulis ialah bila dia boleh tulis nama sendiri. Mudah je tapi ramai lagi murid darjah 1 yang tak boleh buat.
Selain itu untuk survive di dalam kelas anak perlu tahu nama sendiri, kerana apa-apa nanti cikgu akan panggil nama sahaja. Jadi kena alert dengan nama sendiri.
5️. Anak dah kenal sekurangnya 4 bentuk
Sebenarnya seawal 4 tahun lagi anak dah patut kenal 4 bentuk at least. Segiempat, segitiga, bulatan & bintang contohnya.
Dari kenal bentuk ni kemahiran visual memory anak akan di asah. Lepas dah kenal baru anak boleh untuk melukis bentuk tersebut.
Visual memory penting juga di darjah 1 kerana banyak gambar, objek & bentuk yang akan di gunakan dalam p&p nanti.
6️. Anak boleh kira sekurangnya 1-20
Ini asas dalam matematik. 1-20 adalah keperluan minima murid darjah 1 kena kuasai. Dapat lebih bagus tapi jika kurang maknanya anak tak capai standard paling minima.
Baru kenal nombor ni, belum masuk operasi tambah tolak lagi. Lebih baik capai usia 6 tahun anak dah boleh kira 1-100.
7️. Anak mampu duduk diam 6-12 minit minima
Apabila masuk ke sekolah anak anak perlu mampu untuk fokus & duduk diam ketika proses p&p berlangsung.
Jika ikut umur purata attention span normal murid darjah 1 ialah 10 – 14 minit, ini asas jika nak duduk diam dan fokus belajar. Ke semua Readylist ni bukan self-learned skills.
Kita kena bimbing & praktis dengan anak seawal usia 2-4 tahun lagi. Ikut kemampuan.
Lagi awal lagi bagus.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma