Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak yang sebelum ini sakit kini semakin sihat. Begitulah yang dirasai oleh Lana Nodin apabila dia meluahkan rasa syukur kerana anak keduanya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama sekali dengan anak sulungnya, Gia.
Lana juga gembira kerana keadaan kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Syukur pada Ilahi, tahun lalu pada tarikh ini, Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga, dan pada tarikh ini juga, Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku merayu dan ku mohon pada-Mu, dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.
“Selamat hari lahir anakku, semoga jadi anak yang soleh dan beriman.. Amin, we love you Billy Boy,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Lana mengucapkan selamat hari lahir kepada Billy dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.
Menerusi perkongsian Gempak, difahamkan sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Terdahulu, Lana dan suami, David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Sumber: Ig Lana Nodin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI