Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara, anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan kuali non stick. Cantik je hasilnya kan!
Tak ada acu tak semestinya tak boleh buat cara berlauk kan? Kita buat cara kita. Sis guna kuali non stick je. Mudahhh sangat. sila la cuba ya!
Disebabkan ramai yang pm sis nak resepi ok sis share kat sini ya.
Kalau ada tuan tanah resepi ni minta halal yer. sebab sis dah lama jumpa resepi ni dalam google. dah berjaman dalam galeri harini baru nak buat. Alhamdulillah menjadi. yang pasti jangan terlalu tebal n jangan terlalu nipis taw. good luck tuk semua.
1. Campurkan santan dan air, dan maskkannya bersama dengan gula melaka & gula pasir sehingga gulanya hancur.
2. Setelah itu, biarkan sejuk, dan lalu tapiskan untuk membuang hampas
3. Campurkan kesemua jenis tepung di dalam mangkuk yang berasingan.
4. Tuangkan campuran gula bersamaan dengan campuran tepung. Gaul rata.
5. Masukkan garam dan gaul rata. Kemudian, tapiskan sekali lagi.
6. Asingkan dua jenis mangkuk, dan tuangkan tapisan itu kedalam kedua-dua mangkuk itu. Letakkan pewarna yang berbeza di dalam setiap mangkuk itu.
7. Panaskan alat kukusan. Letakkan loyang kosong di dalam alat kukusan. Pastikan loyang disapukan dengan minyak.
7. Panaskan alat kukusan. Letakkan loyang kosong di dalam alat kukusan. Pastikan loyang disapukan dengan minyak.
8. Tuangkan setiap satu cawan campuran (warna berselang-seli) ke dalam loyang. Pastikan anda biarkan setiap lapisan itu dikukus selama 5min.
9. Setelah selesai, biarkan sejuk sebelum dipotiong dan dihidangkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puding jagung kastard ini sangat sesuai bila dimakan bersama keluarga di hujung minggu. Kalau mama nak tahu resipi dan cara pembuatanya, jom baca resipi di bawah.
Resepi Puding Jagung Kastard Sedap
Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air – guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning – opsyenal
Cara Membuat Puding Jagung Kastard
Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. Kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. Bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di kisar terlebih dahulu.
Kemudian masukan garam secukup rasa dan tambah masukan air kedalam campuran tadi. Bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.
Nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard
Jika anda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak apa
Kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.
Bila dah tahu cara sebenar buat puding kastard, anda bolehlah cuba, jangan lupa share ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikan merupakan penyumbang nutrisi yang tinggi kepada tubuh manusia kerana memiliki khasiat yang berganda. Selain ikan merah dan salmon yang memiliki nutrisi tinggi, ikan tenggiri juga sesuai dijadikan dalam menu harian anak.
Ikan tenggiri memiliki jumlah protein dan kalsium yang baik untuk pembentukan otot kanak-kanak malah mempunyai sumber vitamin K, Vitamin C dan juga B1. Selain ikan tenggiri, ikan dengan isi lembut lain seperti salmon, tuna dan ikan merah juga merupakan jenis ikan tepat untuk diberikan kepada anak-anak kita.
Resipi bubur ikan tenggiri yang disediakan oleh ibu ini, Nor Haidah Md Said antara resipi bubur yang boleh disediakan buat bayi kita. Nampak pun sedap!
Bahan-bahan:
Bubur nasi
kentang
Lobak
Sederi
Sweet peas
Ikan tenggiri
Bawang putih dan halia -ditumbuk
Tumiskan dengan bawang besar dan bawang putih yang dicincang. Tumis sampai lembut dengan api slow.
Kemudian masukkan dalam bubur.
Ikan tenggiri perap kejap dengan bawang putih dan halia tumbuk.
Kemudian letak minyak sikit kat pan, grill macam biasa, guna api slow.
Dah masak asingkan tulang dan hancurkan.
Bila bubur dah kembang, masukkan isi ikan, padam api dan gaulkan sekata.
Siap.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.