Banyak petua yang dicadangkan untuk menurunkan suhu badan ketika demam atau membersihkan udara. Dikatakan bawang mempunyai khasiat untuk ‘menarik’ segala kuman dan membersihkan udara.
Melalui perkongsian oleh Public Health Malaysia, dikatakan TIADA kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.
Perkongsian asal mengenai tips bawang menyerap virus influenza di udara telah dikongsi lebih 23 ribu netizen.
✅ TIADA kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.
✅ Tips yang telah dikongsikan lebih dari 23 ribu netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat kuno sejak tahun 1500 lagi.
✅ Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!
✅ Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya ‘udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.
✅ Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari KUMAN.
✅ Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara di dalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.
Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.
Khasiat Bawang
Walaubagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
✅ Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.
✅ Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.
Artikel Menarik: [Suntikan Flu, Orang Dewasa Perlu Ambil! Kesian Anak Bawah 6 Bulan Jika Ramai Tak Vaksin]
✅ Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen
✅ Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.
Khasiat bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di sudut bilik 😅😅
Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda 😘
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada para ibu ayah tentang kegunaan dan khasiat sebenar bawang. Tidak dinafikan bawang mempunyai khasiat tertentu dan ia juga menjadi penyedap dalam masakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI