Setiap kali memasuki sesi persekolahan baru, ada anak-anak kecil kita yang menangis dan hal ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Walaupun sekolah sudah memasuki minggu ke tiga, namun masih ada anak kecil kita yang masih lagi menangis di pintu pagar sekolah dan merasa tidak selesa.
Apa yang membuatkan anak kecil kita asyik menangis? Hal ini perlu dikaji. Namun satu hal yang anda perlu tahu, negara Jepun sudah mempersiapkan lebih awal mengenai psikologi anak kecil mereka yang bakal melangkah ke sekolah. Boleh dikatakan, pelajar baru yang menangis tidak pernah wujud di Jepun. Bagaimana?
Ini yang dikongsikan oleh pengguna facebook, Zunita Ramli. Wajar kita teladani.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun? Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Iya, hari Khamis bukan Isnin.
Macam pelik kan, kenapa mula Khamis?
Kenapa tak Isnin?
Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat, lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan? Kenapa?
Haa.. Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.
Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” dan hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan.
Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi dan sebagainya jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis.
Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.
Lagi pula, sesi persekolahan Khamis dan Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, diorang biasanya dibiarkan bermain dan suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, dan sebagainya. Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main dan jumpa kawan-kawan.
Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.
Selain tu untuk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.
Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yang akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput untuk sertai Hari Sukan.
Sekolah juga akan disediakan acara untuk mereka sertai. Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana dan sebagainya.
Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak Darjah Satu menangis masa hari pertama persekolahan. Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.
Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak langsung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat dan sebagainya.
Begitulah.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!