Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Ads
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang anak kita pun ada ‘hari dia’. Tiba-tiba boleh mengamuk, memberontak, tunjuk rasa tak puas hati. Semua tu normal, especially bila emosi tengah tak stabil atau bila dia tak tahu nak luahkan perasaan dengan cara yang betul. Tapi bila anak buat perangai, bukan bermaksud kita terus boleh menghukum ikut emosi.
Kalau nak disiplinkan anak tanpa menyakitkan fizikal dan emosi mereka, teknik “time-out” boleh jadi senjata rahsia kita. Tapi nak buat pun kena ada gaya. Jom tengok 6 cara guna “time-out” dengan betul supaya anak faham, bukan trauma.
#1 Cari port “bosan” yang sesuai dan selamat
Nak buat “time-out”, benda pertama yang kena settle adalah tempat. Elakkan tempat yang distract anak – contohnya dekat mainan, TV, atau adik-beradik lain. Lagi senang kalau tempat tu membosankan macam penjuru dinding atau satu spot kosong dalam rumah.
Lepas dah ada port, tentukan berapa lama nak buat. Rule of thumb: 1 minit untuk setiap tahun umur anak. Anak umur 3 tahun = 3 minit. Kalau dia lari atau main-main, boleh tambah setengah dari masa asal.
#2 Brief dulu sebelum guna teknik ni
Jangan terus guna “time-out” bila anak buat salah tanpa explain apa benda tu sebenarnya. Masa tengah bonding dan semua tengah happy, ambil peluang untuk ajar anak tentang apa itu “time-out”, kenapa kena buat, dan bila ia akan digunakan.
Contoh: “Kalau pukul orang, jerit-jerit atau sebut benda tak elok, Mama akan minta kamu duduk kat sini kejap untuk bertenang.”
#3 Bertindak cepat dan tegas (bukan garang ya)
Timing sangat penting. Bila anak buat salah, jangan tunggu esok baru nak hukum. Buat terus masa tu juga (selagi selamat). Kalau lambat, anak pun dah lupa kenapa dia dihukum.
Kalau tengah dekat luar – pasar raya contohnya – boleh improvise. Cari tempat sesuai, contohnya dinding atau kerusi yang sunyi sikit untuk dia duduk diam sekejap.
#4 Jangan naik angin, kita nak anak bertenang, bukan trauma
Tujuan “time-out” bukan untuk malukan anak atau balas dendam sebab kita tengah panas hati. So please, jangan marah-marah, jangan kritik kasar, dan jangan sekali-sekali pukul.
Cakap elok-elok. Nada suara mesti tenang. Lepas dia habis “time-out”, explain semula dengan lembut kenapa dia kena duduk situ tadi.
#5 Konsisten walau anak drama queen
Bila anak tahu kita serious dan konsisten, barulah “time-out” ni menjadi. Akan ada masa anak lari, menangis, jerit, atau buat drama macam pelakon utama. Tapi jangan mengalah.
Kalau dia tinggalkan tempat “time-out”, bawa balik dan mula semula masa. Jangan benarkan dia treat hukuman tu macam main-main.
#6 Tamat dengan kasih sayang dan pelukan
Lepas masa “time-out” habis, ambil masa kejap untuk duduk dengan anak. Terangkan semula apa salah dia, dan puji dia sebab berjaya habiskan masa duduk diam. Paling penting, maafkan dia dan teruskan hari macam biasa.
Jangan biarkan anak rasa dia dibenci atau dijauhi. Biarkan dia tahu – Mama/Papa marah tadi sebab sayang, bukan sebab benci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.
Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkeso ‘ambil’ dua beradik yatim piatu jadi anak angkat. Nasib dua beradik perempuan yang menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa dan abang sulung mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Jumaat lalu terbela.
Mereka telah diambil menjadi anak angkat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Sebagai anak angkat, kebajikan dan pelajaran Nur Jihan Irdina Mohd. Junaizi,13,dan adiknya, Nur Anis Zahra Nazihah,12, akan dipantau secara berkala oleh Perkeso sehingga dewasa.
Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, dua beradik itu juga layak menerima faedah pencen penakat berjumlah keseluruhan RM435 sebulan hasil caruman ibubapa mereka sebelum ini.
“Mereka yang kini di bawah jagaan nenek, Hasmah Abu Bakar, 63, akan menerima faedah pencen penakat bulanan tersebut sehingga berusia 21 tahun atau menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
“Selain itu, Hasmah juga layak menerima faedah sama sebanyak RM507 sebulan berikutan caruman seorang lagi anaknya, Farhana Ismail, 35, yang turut terkorban dalam nahas tersebut,” katanya ketika menziarah keluarga tersebut di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.
Media melaporkan nahas melibatkan sebuah lori membawa muatan batu dan kereta Perodua Myvi mengorbankan lima nyawa termasuk empat sekeluarga iaitu Mohd. Junaizi Jusoh, 48; isterinya, Shazwani Ismail, 39; serta anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, dan Farhana yang juga adik Shazwani.
Kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang itu berlaku sewaktu Mohd. Junaizi dan keluarganya dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang.