Tak Ada Idea Nak Masak Apa Untuk Anak? Ikut Cara Ibu Ini Yang Boleh Jimatkan Masa

Share

“Alamak tak ada idea nak masak apa hari ni untuk anak.” Mesti ramai ibu mengalami masalah yang sama kan?

Selalu tak tahu nak masak menu makanan untuk bayi yang dah mula makan makanan pejal. Asyik masak menu yang sama mesti si manja boring.

Situasi termenung panjang depan peti ais tak tahu nak masak apa sambil tenung bahan-bahan yang ada hanya akan membuang masa ibu sahaja. Apatah lagi kalau ibu mengejar masa nak pergi bekerja.

Apa kata ibu rancang menu seminggu untuk si kecil. Bukan sahaja setakat merancang menu tetapi sediakan sekali bahan-bahan untuk tempoh seminggu. Lebih jimat masa kan?

Cara yang dilakukan oleh Puan Maisarah Yahya ini sangat menarik untuk dicontohi. Selain menjimatkan masa tak ada lagi masalah ibu stres nak fikir apa nak masak.

Stok lauk untuk seminggu
  1. Siapkan stok lauk ayam, ikan, udang dan sebagainya lagi dalam bekas kecil untuk sekali masak. Mudah untuk anda masak mengikut menu yang dirancang.

2. Pek sayur-sayuran yang sudah siap dipotong mengikut menu yang dirancang seminggu berserta bahan-bahan untuk memasak.

Tip Pantas Ibu Masak Makanan Baby

Jangan lupa stok sayur-sayuran yang anak dah pass makan
  1. Potong pelbagai jenis sayur-sayuran supaya memudahkan proses memasak anda. Barulah jimat masa!

2. Beli lauk pauk untuk masakan anak bagi tempoh sebulan.

3. Jangan lupa stok buah-buahan dan sayuran untuk dibuat puri.

4. Hujung minggu sediakan stok puri sayur dan buah untuk anak. Jangan lupa tagging jenis dan tarikh untuk mudahkan kerja.

5. Puri sayur buat sikit saja sebab kalau boleh tak nak frozenkan terlalu lama.

6. Puri buah sesuai untuk breakfast dan snek baby. Puri buah boleh dicampur dalam oat atau barley.

Menarik cara ibu ini buat persediaan menu makanan anaknya untuk tempoh seminggu atau sebulan. Nampak sistematik dan teratur serta menjimatkan masa ibu. Jadi, ibu-ibu lain bolehlah contohi cara ibu ini.

Published by
Hasnita Sawal