Pelakon Memey Suhaiza terpaksa menolak ajakan suaminya, Norman Hakim yang mahu bercuti berdua sahaja sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka bulan hadapan.
Menurut Memey ia tidak mungkin terjadi kerana anak bongsunya, Mikayla Delisha Hakim, 1, masih menyusu badan dan tidak mahu langsung menggunakan botol susu sebagai alternatif lain.
“Bulan depan anniversarry, suami konon-konon mengajak berjalan berdua jer ala-ala honeymoon..
“Mana mungkin terjadi..Budak kecil bertuah ni fully breastfeeding . Nak direct jer.. Mommy pump masuk botol pun tak mau..
”Jangan cakap try botol ni puting itu ini semua mommy dah try. Kesudahannya Mikayla sama juga macam abang-abangnya. Dari kecik memang semua direct jer ..Botol tak nak langsung,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama anak perempuannya itu.
Kesudahannya, Memey mencadangkan agar bulan madu mereka menjadi percutian bersama anak-anak supaya dia tidak bimbang meninggalkan mereka.
“Betul tak.. bawa anak lagi tenang sebab kita tak yah risau pasal dia orang hehe..” katanya.
Norman dan Memey yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu turut dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4.
Sumber: ig Memey Suhaiza & Gempak