Para ibu ketika berpantang dinasihatkan untuk memakai stoking. Dikhuatir ‘masuk angin’ atau bentan. Sebenarnya masih tiada kajian saintifik yang membuktikan kenyataan tersebut. Untuk memakai stoking ketika dalam berpantang, tiada masalah. Cuma perlu berhati-hati ketika bergerak kerana dikhuatiri licin dan menyebabkan si ibu jatuh dan tercedera.
Artikel Menarik: [Ibu Lepas Bersalin Penatnya Lain Macam. Jangan Sampai Diri Terabai, Takut Meroyan]
Dalam perkongsian ringkasnya, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, tiada masalah untuk berstoking. Beliau turut berkongsi jika benar-benar mahu berstoking, pilihlah jenis Ted Socks yang dapat membantu melancarkan aliran darah. Ia sangat bagus untuk si ibu yang baharu melahirkan anak.
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ek?
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Artikel Menarik: [Tak Nak ‘Koyak’ Besar Waktu Bersalin, kena Rajin ‘Kemut’ Waktu Mengandung]
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha.
Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja 👍
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan.
Jangan jatuh mcm nangka busuk dah!
Artikel Menarik: [Kena ‘Belah Perut’ Untuk Keluarkan Anak, Pengorbanan Sama Hebat Macam Normal!]
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada para ibu yang sedang atau akan menjalani tempoh berpantang. Yang mana baik untuk kesihatan ibu dan anak bolehlah diikut asalkan ia amalan itu berasas dan tidak memudaratkan.