Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam.
Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.
Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi kembung perut sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.
Menurut doktor kanak-kanak, Dr. Tengku Putri, tiada kajian yang mengatakan pemakaian barut pada baby boleh mengelakkan colic. Sekiranya kain dan saiz tidak sesuai atau terlalu ketat, ia juga akan lebih menyebabkan anak tidak selesa.
Tapi kalau memang nak pakaikan jugak barut tu, tolong ikut 3 panduan yang Dr Ahmad Luqman Bukhari kongsikan ni:
#1. Pilih barut yang materialnya diperbuat dari kapas lembut. Cuma kalau nampak si kecil tu ada tanda alahan pada material barut tu, lebih baik elakkan.
#2. Jangan pakaikan terlalu ketat. Kadang tu kita rasa barut tu longgar dah tapi rupanya lepas menyusu terus jadi terlalu sempit.
Sebab tu kena tengokkan jugak barut tu tiap kali lepas berikan susu.
Barut yang ketat akan buatkan isipadu perut jadi terhad lalu risiko si kecil tu muntah dan jeluak bertambah. Kalau memang nampak dia tak selesa, tanggalkan je benda tu.
#3. Elakkan barut tu cover tali pusat yang masih belum tercabut lagi.
Kita tak nak kawasan tu asyik lembab je sampaikan kuman beranak pinak kat situ. Tu yang silap haribulan budak tu boleh terkena jangkitan dan jatuh sakit.
Nak tau tak punca baby kembung perut?
Ads
Tip melegakan kembung perut pada baby
Teknik penyusuan
Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!
Tukar susu formula
Masalah kembung perut pada baby mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
Puting yang sesuai
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
Menjaga pemakanan
Ads
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
Sendawakan bayi
Bayi kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.
Alihkan perhatian
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
Mengurut
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
Ads
Dodoikan
Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.
Dapatkan bantuan
Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon Mat Dan mendedahkan nama anak keduanya pada hari ke 20 kelahiran si comel itu. Pada awal November lalu, Mat Dan mengumumkan kelahiran anak keduanya yang dilahirkan pada 7 November, jam 10.55 pagi.
Menerusi instagram miliknya, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkongsi nama yang dipilihnya bersama isteri untuk anak lelaki keduanya itu.
Kata pengacara program Haramain Backpackers yang bersiaran di Astro Oasis ini lagi, anak keduanya itu kini sudah pun berusia 20 hari.
“Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler, lahir pada 7/11/2020. Berusia 20 days old!,” katanya ringkas.
Mat Dan turut berkongsi sekeping foto terkini anaknya yang sedang menyusu. Pun begitu wajahnya masih tidak didedahkan kepada umum.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Mat Dan turut memuji pilihan nama itu buat anaknya.
“Cantiknya nama,”
“Beautiful name, assalamualaikum Eydan!
“Cutie Eydan Yusoff. In Sha Allah menjadi anak yang soleh membahagiakan kedua ibubapa”
Terdahulu, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, anak jati kelahiran negeri Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini sudah pun berusia dua tahun. Kini kehidupan keluarga ini semakin bahagia dengan kehadiran Eydan Yusoff.
Demi seorang anak, wanita yang bergelar ibu sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak yang dikandung selama 9 bulan itu membesar dengan sihat dan mampu memberi kegembiraan berpanjangan. Hakikatnya tak semua pasangan suami isteri akan tercapai impian itu.
Ada yang diuji dengan anak yang sakit, ada pula diberikan ujian kehilangan anak sewaktu nak melahirkan dan beberapa faktor lain lagi. Apa sekalipun yang terjadi, hanya satu yang dipinta oleh seorang ibu iaitu nak lihat senyuman anak sehingga ke akhir hayatnya.
Bagi seorang ibu ini, diuji dengan anak yang sakit jantung benar-benar ujian yang tak diduga. Saat dapat tahu diri hamil selepas 9 tahun menanti adalah suatu berita yang sangat mengembirakannya dan suami.
Bagaimanapun, ketika buat details scan semasa usia kehamilan 26 minggu, kami diberitahu oleh doktor ada nampak satu lubang kecil di jantung bayi. Apabila datang semula buat temujanji untuk scan, lubang tersebut dah tak ada.
Saat itu dah rasa lega hati kami. Namun berita gembira ini bertukar sedih saat kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu apabila doktor beritahu Maryam mengalami masalah kesihatan yang serius.
Tiap kali renung wajah Maryam yang penuh dengan wayar dibadannya, sungguh sedih hati ini. Bukan mempertikaikan takdir Allah tapi tak sampai hati melihatnya. Sebagai suami isteri yang diberi tanggungjawab menjadi ibu ayah kepada Maryam kami benar-benar harapkan ada sinar baru untuknya.
Doa kami sejak tahu Maryam ada dalam kandungan adalah mahu dia membesar seperti kanak-kanak yang lain dan menjadi penyejuk hati kami suami isteri. Kami tak akan putus asa dan yakin ada peluang untuk Maryam dapat rawatan terbaik.
Berikut perkongsian ibu Maryam
Assalamualaikum semua.. Saya Shazwani Bt Azami ibu kepada Maryam Bt Mohd Fajari dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan seikhlas hati untuk kos pembedahan jantung Maryam yang semakin lemah sebab ada 3 lubang.
Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera dan hanya IJN je yang boleh melakukannya kerana jika di hospital kerajaan perlu menunggu giliran yang terlalu lama dan tidak sesuai untuk keadaan Maryam sekarang. Anggaran kos bagi pembedahan ini RM60,000.
9 tahun menanti kehadiran cahaya mata..Besar dugaan ni buat kami.. Berilah kami peluang dan kesempatan untuk membesarkan anak kecil ini Ya Allah.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh melalui akaun Maybank Shazwani seperti di bawah :
Terima kasih untuk semua yang sudi membantu..Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi ibu Maryam di talian 012-9721979.
Doakan kesihatan Maryam berada dalam keadaan baik dan semoga urusannya untuk menjalani pembedahan dipermudahkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.
Kredit: Wanny Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah jika anak-anak demam dengan suhu tinggi, kejap kebah, kejap panas semula, ruam tak hilang jangan hanya anggap demam biasa. Walaupun dah beri ubat atau dah bawa ke klinik, tetap kena risau.
Seperti perkongsian Puan Zeera Zain, apa yang berlaku pada anak perempuannya berusia tiga tahun boleh dijadikan peringatan bersama. Ini kerana selepas dapat rawatan di klinik, makan ubat dan antibiotik keadaan tak banyak berubah sehinggalah doktor pakar buat pengesahan yang benar-benar tak disangka.
Hari ni nak share sedikit tentang #kawasakidisease
Anak saya kena bermula dengan demam & ruam. Bila pergi ke klinik kata demam panas disertakan ruam, bg ubat then habiskan ubat tu. Demam kebah sekejap dlm 2 hari. Then ruam masih tak hilang, pegi klinik doc kata hfmd pula. Guna cream doktor bg. Tapi still tak ok.
Semua tu pegi klinik swasta. Saya ckp dgn suami tak blh jadi ni. Kita cuba klinik kerajaan. Pegi klinik kerajaan., doc suspect measles.. doc ambil darah, kena kuarantin diri dari adik & kakaknya juga serta kanak2 lain. Dapat ubat & apply calamine lotion pada anak juga Lps dua hari tiba2 dia demam semula. Tapi report darah tak dpt2 sampai skrg. Pegi ke klinik utk check blood report tapi tak ada kata staff nurse sana. Pihak PKD akan call katanya. Tapi masalahnya tak dpt panggilan daripada pihak sana. Surely , sbg ibu kita jadi panic. Pihak doc sana suruh bawak ke hospital emergency.
Pegi hospital emergency, lps check kata ada jangkitan kuman. Dpt antibiotik 5 botol & ubat demam. Kena habiskan dlm masa 7 hari.
Tapi lps 7 hari, ubat demam pun habis, antibiotik tu pun almost habis. Refer semula ke emergency. Lps check oleh pegawai perubatan yg bertugas, x-ray report. Pegawai sana refer pada doc pakar. Dan doc pakar suruh admit utk check details.
Start day 1, anak demam, blood berapa tube pihak bertugas ambil dah. Lps check doc suspect 1) kawasaki disease 2) rheumatic fever 3) rheumotoid athritis Darah tadi diambil tu check details penyakit tersebut. Scan jantung Perkumbuhan darah utk tau jenis kuman. Tapi still tak dpt kenal pasti until day 5. Even dah drip ubat kawasaki (ivig) , drip pertama – non stop 10 bottle dari maghrib sampai ke pagi.
Suhu badan 40.3, ubat demam, ubat antibiotik, ubat cair darah. Still kena bagi utk kurangkan suhu. Day 5, masih demam. scan jantung dari doktor pakar jantung. Then baru nmpk saluran ke jantung membengkak.
Then, doc inform anak saya kena kawasaki disease. Hanya Allah swt sahaja yang tau rupanya anak saya mengalami penyakit yg jarang berlaku. Puncanya pun tak tau.
Day 5- Sendi anak bengkak, demam lagi, ruam satu badan masih tak hilang. Doct masukkan semula 2nd drip – 10 bottle ubat (ivig)
Monitor demam dlm 48 jam & seterusnya. Darah masih lagi ambil utk check blood lebih details. And until now anak masih warded. Still dlm pemantauan.
Zira ada letak simptom2 penyakit kawasaki sebab ramai tak mengenali sakit ni lagi. Sebab berlaku dari virus/ bakteria yg tak dikenali. Nama & punca pun doc tak tahu sampai sekarang.
Oleh itu, pls take care anak2 kita. Sebab imuniti kita kuat tetapi imuniti anak kita mungkin tak sekuat yang kita sangka kan.
Bila melibatkan jantung, hati & paru2 memang sgt membimbangkan. Sebab kawasaki ni effect jantung, paru2 & hati.
Jika kita tak follow rapat2 nasihat doc, berkemungkinan anak kita akan ada masalah tiga organ utama tersebut.
Anak saya berumur 3 tahun. Sesiapa nak share saya izinkan. Spread kepada org ramai sebab apabila virus covid meningkat, kemungkinan besar penyakit kawasaki juga turut berleluasa. Jaga kesihatan anak2 puan2 sebaik2 nya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!