Doa ibu adalah segala-galanya bagi anak. Pada tarikh sambutan hari lahir anak, Yana Samsudin berdoa supaya anaknya menjadi anak yang beriman dan berakhlak.

Tak Ada Kek, Hanya Doa Sempena Birthday. Masa Mengandung, Yana Panggil Mateen Ahmad

Yana yang menyambut sambutan hari lahir anaknya yang ketiga mencoretkan kenangan indah sebagai seorang ibu. Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai 2016 kini genap 3 tahun adalah hadiah yang indah dan cukup istimewa dalam hidupnya.

“Anak ku @aisymateen , hari ini genap 3 tahun usia anakanda…

Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.

“Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya… .”

MASA HAMIL YANA PANGGIL MATEEN DENGAN NAMA AHMAD

Mengimbas kembali saat hamil, debaran dirasakan membayangkan bagaimana untuk menjaga anak selepas lahir. Memikirkan banyak persediaan untuk menjadi ibu bapa selepas anak lahir, Yana tidak dapat memilih nama buat Mateen pada ketika itu. Dia hanya memanggil Mateen denagn nama Ahmad.

Tak Ada Kek, Hanya Doa Sempena Birthday. Masa Mengandung, Yana Panggil Mateen Ahmad

“Macam-macam terbayang dalam fikiran…
Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.. sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi.. kami panggil

“Mateen “Ahmad” sahaja dari dalam perut… .”

MATEEN HADIAH UNIK & SANGAT BERHARGA

Lahirnya Mateen sebagai hadiah yang terindah dalam hidup pelakon dan pengacara ini. Hidupnya menjadi lebih indah dan setiap hari teruja untuk melakukan aktiviti bersama.

Ads

“Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari! Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen… tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama. .

“Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.. ?. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.. .”

TAK ADA KEK, HANYA DOA DARI MOMMY 

Selain itu, sempena sambutan ulang tahun kelahiran permata hati kesayangan, Yana berharap Mateen menjadi pemimpin yang beriman, berakhlak & beradab serta berjasa kepada negara dan agama.

Tak Ada Kek, Hanya Doa Sempena Birthday. Masa Mengandung, Yana Panggil Mateen Ahmad

“Takda kek, hanya lah doa dari mommy… Hari juga kamu demam panas , semoga AisyMateen kuat hadapi demam , menjadi anak yang soleh.

“Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya.

“Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy .

View this post on Instagram

Anak ku @aisymateen , hari ini genap 3 tahun usia anakanda… . . Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti. Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya… . . Macam-macam terbayang dalam fikiran… Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.. sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi.. kami panggil Mateen "Ahmad" sahaja dari dalam perut… . . Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari! Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen… tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama. . . Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.. ?. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.. . . Takda kek, hanya lah doa dari mommy… Hari juga kamu demam panas , semoga AisyMateen kuat hadapi demam , menjadi anak yang soleh. Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya. Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. . . ???#HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy . . . Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu. . . Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas … ??❤??

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Ads

Tak Ada Kek, Hanya Doa Sempena Birthday. Masa Mengandung, Yana Panggil Mateen Ahmad

Para peminat mendoakan kesejahteraan Aisy Mateen sempena ulang tahun kelahirannya dan terhibur dengen gelagat Mateen, Yana dan suami.

“Selamat hari lahir @aisymateen semoga dipanjangkn usia dilimpahkan rezki yg melimpah ruah dan diberikan kesihatan yg baik dan semoga jadi ank yg baik dan soleh.. Aamiinnnn.” @mami_norra

Ads

“What a lovely family ?.” @clovishomme

“Semoga yana dan keluarga sentiasa di rahmati allah sentiasa.amin.”  @izara_meera_maisarah

Sumber: yanasamsudin

Artikel berkaitan: [Mateen Minta Adik. Peminat Doakan Yana Samsudin Segera Timang Zuriat Kedua. Tapi Rupa-Rupanya…] [ Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum] [Tiada Beza Anak Lelaki Atau Perempuan. Yana Dedahkan Mateen Buat Kerja Rumah Dari Awal]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI