Keibubapaan

“Tak Ada Mainan & Barang Mahal Pun” Mahu Maream Hidup Sederhana, Cara Farah Lee Didik Anak!

Share

Anak-anak sememangnya harus dididik hidup bersederhana sejak kecil agar mereka lebih tahu erti kesusahan dan berjimat cermat.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Farah Lee dalam mendidik anak tunggalnya, Maream Isabelle. Kata Farah menerusi Instagramnya, sekalipun dia membelanjakan wang dan berlebih-lebih pada pendidikan anak kecilnya itu tetapi kata Farah, dia mahu mengekalkan gaya hidup sederhana dalam kehidupan sebenar Maream.

Malah kata Farah lagi, sejak kecil dia akan memberikan Maream wang saku dan meminta Maream menyimpan duit sendiri bila mana inginkan sesuatu barang kesukaannya.

“Korang masih ingat postings Farah few weeks back pasal I spend a lot on Maream’s education tapi masih ajar Maream hidup sederhana.?

“Contohnya camni, Maream takde banyak toys pun, yang mahal-mahal apatah lagi.

“Kalau ada pun usually dia dapat as present. Kalau dia nak apa-apa pun tak semua dia dapat. Kalau mahal, Farah akan terus bagitau “Oh it’s nice I like it too but it’s too expensive”

“Sampai kalau keluar dia berkenan dekat apa-apa, dia akan cakap macam ni “Omma, is it expensive omma.?” “Ohh tak boleh beli sebab mahal sangat eh.?,” begitu kongsi Farah.

Tidak mahu hidup bermewah tapi biar anak kenal erti sederhana dalam kehidupannya bersama anak perempuannya. Itu sebaiknya yang diterapkan Farah. Malah kata ibu muda ini lagi, dia tidak sewenang-wenangnya memberi apa saja yang diminta anak kecilnya itu ketika membeli belah.

“Farah tak nak ajar dia senang-senang dapat apa yang dia nak especially barang-barang berharga.

“Maream perlu belajar yang to gain money we need to work, and to gain a lot of money means we need to do extra work.

“Maream perlu belajar hargai wang, perlu belajar berjimat, perlu tahu tak semestinya kita ada banyak duit, kita boleh berbelanja sesuka hati. Kita kena bijak to plan and save,” tulisnya lagi.

 

Namun inilah yang seharusnya kita terapkan pada anak kecil kita dan cara Farah ini sememangnya dipuji walaupun dia lebih dari mampu untuk membelikan Maream barangan mewah.

Artikel berkaitan: Omma Kenapa Tak Pakai Tudung, Bijaknya Maream Jadi Penjaga Aurat, Farah Lee Kongsi Cerita

Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak, Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan & Ilmu Demi Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @farahlee_

Published by
SRM