Rutin harian anak yang padat biasanya hanya tinggal beberapa jam sahaja pada sebelah malam untuk bersama dengan anak. Dengan masa yang terhad, tidak semua aktiviti sesuai untuk bermain bersama-sama.
Menurut perkongsian Baby Language, tukarkan masa bermain yang terhad itu dengan bermain dengan anak setiap masa dengan pelbagai aktivitinya. Jom ikuti perkongsiannya.
Ramai ibubapa salah sangka, main itu WAJIB ‘allocate’ sekian-sekian waktu khas fokus bermain dengan anak.
Ia jadi stres untuk dicapai bila realitinya, hidup ibu ayah terkejar-kejar untuk mengadakan waktu khas tersebut.
YA benar, anak masih perlukan masa bermain yang sebenar-benar main melibatkan ibu/ayahnya atau kita panggil guided play. Iaitu ibu ayah merancang atau reka sesuatu aktiviti main untuk capai sesuatu matlamat (goal) yang spesifik.
Ads
Misalnya, ibu main blok mainan pelbagai warna dan bentuk dengan tujuan mengajar anak tentang warna dan bentuk.
Sambil bermain, ibu berhubung dengan anak seperti bertanya soalan “bentuk apa ni?”, “ni warna apa?”, “bentuk apa yang sesuai kita jadikan tayar kereta lego ni ?” untuk cetus proses berfikir anak.
Namun, ada ibu ayah yang rasa down dan stres bila tak mampu sediakan banyak masa untuk ‘benar-benar’ main dengan anak sehingga sebahagian ibu ayah gagal lihat, waktu bermain dengan anak itu SEBENARNYA WUJUD DISETIAP RUANG DAN MASA,sehingga tiada alasan TIADA MASA main dengan anak!
Tak ada masa main dengan anak, jadi mainlah setiap masa
* Usap dan urut ringkas badan anak semasa pakaikan baju atau salin lampinnya.
* Jangan lupa cuit pipi dan hidung comel anak, puji mata cantiknya serta main rambutnya ketika menyiapkannya ke sekolah.
* Selalu curi cium, gumal-gumal, main hembus perutnya atau tarik peluk anak secara sengaja.
* Main buah sabun, simbah-simbah dan main bentukkan rambut basah anak ketika mandi.
* Ambil sikit masa bacakan buku, buat urutan ringkas, main game santai seperti cak-cak, menyanyi atau baca doa sama-sama sebelum tidur.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia. Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya.
Apa yang menarik, Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai kawan dalam berbicara.
Terbaru, menerusi Instagramnya, bersempena sambutan hari lahir ke 11 Bella, Dr Sheikh turut memuat naik video pendek perbualannya bersama anak kecil itu bersama-sama.
Namun paling menarik pastinya gaya didikan Dr Sheikh Muszaphar yang begitu bersahaja bertanyakan tentang boyfriend anaknya. Simple dan bersahaja dalam cubaannya mengorek rahsia anak kecilnya itu.
Perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian ramai malah memuji cara didikan beliau.
“Do you have boyfriend or not?,” tanyanya ringkas pada Bella.
Dengan tersipu-sipu malu, Bella cepat-cepat menggelengkan kepalanya tanda tidak punya kawan rapat lelaki seperti yang disoal bapanya.
Nampak keakraban dua beranak ini dalam berbicara. Kata Dr Sheikh lagi, dengan Bella dia punya caranya sendiri malah melebihkan kepada menjadi kawan setiap masa berbanding adik-adik yang lain.
“Dengan Bella, saya ubah pendekatan saya untuk membesarkan Bella. Lebih kepada menjadi kawannya, dengar setiap kata-katanya, faham emosinya dan sentiasa berada di sana pada masa yang diperlukan.
“Sentiasa beri semangat kepadanya dari jauh. Peranan ayah akan menjadi lebih kecil. Lebih kepada BFF dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut menitipkan ucapan paling manis buat Bella. Katanya kelahiran Bella 11 tahun yang lalu memberi seribu makna dalam hidupnya. Malah banyak memberikan seribu ilmu dalam dunia keibubapaan.
“21 Julai adalah hari lahir Bella dan dia sekarang dah berumur 11 tahun. Betapa masa berlalu. Rasanya baru semalam dia baru dilahirkan. Ingatan masih kuat. Bayi yang cantik sungguh. 12 jam sakit bersalin, macam mana boleh lupa. Bayi besar seberat 3.6 kg.
“Sebagai anak sulung Bella menggalas tanggungjawab yang besar agar menjadi contoh untuk adik beradik yang lain.
“Dibelai, dimanja, di kerah, diperah untuk menjadi yang terbaik. Tak pernah merungut mahupun mengalah demi tuntutan duniawi dan akhirat. Alhamdulillah amat mudah didikannya. Seorang Anak yang baik dan mudah kata.
“Daddy loves you Bella. I learned so much from raising you. Ketabahan & keazaman kamu sentiasa melebihi jangkaan saya. Saya percaya kamu berada di jalan yang betul, jadi diri sendiri, jangan lupa diri dan apa yang kamu mampu lakukan segalanya kerana Allah dan kamu tak akan sesat. Insyaallah Amiin,” katanya lagi.
Video perbualan dua beranak itu pastinya mendapat perhatian dari pengikutnya malah ramai yang memuji cara Dr Sheikh Muszaphar.
Segala jenis bebola, buah-buahan dan kacang yang bersaiz besar sememangnya tersangat bahaya buat anak kecil kita. Walaupun mereka pandai makan dan menggigit sendiri, namun masih perlu diperhatikan ketika mereka makan. Ibu jangan lepas pandang.
Perkongsian seorang bapa, Rosyidy Gee ini patut kita jadikan iktibar dan panduan saat berdepan dengan situasi yang sama. Kuncinya adalah cepat bertindak dan tahu cara nak kendalikannya!
YUSUFF AR RAFIF & FISHBALL…yang hampir meragut nyawa.
Begini kisahnya.. pada hari jumaat 23hb Nov 2018 lepas kami sekeluarga pergi bercuti di Penang. Sampai check in di hotel Bayview Resort Batu Feringghi dlm pukul 11 pagi, pilih hotel ni sebab kolamnya je yang agak luas dan sesuai untuk Yusuff & Zulaikha mandi. Harga ok jugaklah jika nak dibandingkn dengan hotel-hotel lain disekitarnya.
Petang dalam pukul 5pm dah bawa diorang pergi mandi sebab dari awal lagi Zulaikha dah excited ajak turun ke kolam. Punya happy Yusuff & Zulaikha mandi petang tu. Maybe lama tak enjoy tempat-tempat gini, selalu kalau bercuti terus bawa diorang balik kampung kat Perlis je.
Pendekkan cerita lepas maghrib kitaorang dah bersiap untuk keluar makan nasi kandar kat Line Clear. Selepas makan sempat lepak sekejap kat Padang Kota sebelum balik ke hotel.
Cerita fishball baru nak start kat sini. Masa otw balik tu Yusuff nak sangat fishball yang ada jual kat tepi-tepi jalan tu. So beli lah untuk dia satu.. peel dia memang suka sumbat sebiji tu terus dalam mulut tak kira sebesar mana fishball tu.
Tengah drive tiba-tiba wife jerit cakap Yusuff tercekik. Memang masa tu Yusuff dah start nangis tapi tak keluar suara. Terus stop kete kat tepi jalan yang tengah sibuk tu. Faham-faham jelah area Teluk Bahang macam mana malam-malam. Kiri kanan penuh dengan kedai makan & gerai baju.
Wife dah tepuk-tepuk supaya cepat selamatkan Yusuff segera. Masa tu dah tak ingat soal jalan, yang ingat hanya nak bawa keluar Yusuff segera dari kereta dan nak buat CPR CHOKING untuk dia sebab tahu peluang ada hanya ada beberapa minit jer masa tu. Pengalaman tak ada namun mahu tak mahu kena buat sampai berjaya sebab ni dah antara hidup & mati anak sendiri masa tu.
Masa berjalan laju, Yusuff dah start lembik-lembik sebab dah 2 minit lebih Yusuff mengelupur sambil nangis yang tak keluar suara. Orang yang lalu lalang hanya memerhati & tak tahu saat genting yang tengah kami alami masa tu. Badan Yusuff dah makin longlai. Tahu dia dah tak mampu nak sedut nafas masa tu, nak bawa pegi hospital memang tak la.. confirm tak sempat melainkan tertera “kecemasan & trauma” seberang jalan. Wife dah nak nangis masa tu..
Dalam hati dah fikir yang tak elok macam-macam..dah terbayang hilang dia sekelip mata akibat cuai sendiri sebab bagi dia mkn sebiji besar fishball tu. Tahu nak buat cpr hanya ada 1 peluang lagi.. masa ni yusuff dah lembik sangat & terpaksa goncang-goncang badan dia untuk sedarkan dia semula.
Minta air dengan wife (mujur dalam kereta ada air kosong) & sapu kat muka Yusuff sambil berdoa mohon Allah lepaskan apa yang tersekat dalam kerongkong dia tu.
Dengan kuasa Allah 2-3x tepuk lepas tu dah terpelanting keluar separuh fishball yang besar dari mulut dia. Malas nak tenung lama-lama fishball kat tanah masa tu, terus bawa Yusuff masuk kereta untuk bawa balik ke bilik hotel cepat-cepat. Perasaan lega tak payah cakap laa… kalau boleh tebus saat genting tu dengan apa saja kita sanggup.
Alhamdulillah.. semua selamat. Tengok dia main dalam bilik macam tak ada apa yang berlaku tadi. Bertuahnya si Yusuff ni sebab Allah panjangkan lagi umurnya. Lepas ni dah tak ada fishball lagu untuk Yusuff walaupun dah dipotong kecil-kecil, trauma rasa tengok benda tu dekat dengan Yusuff.
Pesanan untuk kawan-kawan semua hati-hatilah dalam pemberian makanan yang bersaiz besar untuk anak-anak yang masih kecil. Bahaya boleh datang tanpa diduga. Peluang untuk kita buat cpr choking hanya ada beberapa minit saja.
Terima kasih juga kepada warga kecemasan HTAR Klang kerana penah mngajar saya teknik BLS – Basic Life Support & Wassalam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pakai lampin di kepala mungkin dianggap lucu tapi sebenarnya kurang elok. Menyamakan lampin pakai buang dengan dengan amalan mulia agama sangat ‘tidak kena’. Apa yang dikatakan PU Amin ini ada benarnya.
Teguran daripada PU Amin ini adalah ekoran tindakan selebriti berstatus ibu yang memakai lampin pakai buang pada kepala seolah-olah mempersendakan pemakaian tudung bagi wanita. Lampin fungsi asalnya ialah untuk memerangkap kekotoran dan najis tidak seharusnya dijadikan bahan lawak.
PU Amin memberikan reaksi kepada isu ini. Menerusi posting Instagram, meluahkan pandangannya.
Sedih bila ibu sanggup pakai lampin anak di kepala.Menjelmakan tudung dari lampin tidak boleh diterima akal.
Lampin tempat buang najis, dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walau pun lawak, tidak kena dengan Islam
Hentikan pakai lampin di kepala anak, hormatilah kepala tempat tempat bersujud.
Tak selesa kalau kepala ditunjal & ditolak, tapi boleh disarung dengan tempat buang najis.