Tak Ada Niat Nak Marahkan Anak, Tapi Terlepas Juga. Dalam Diam, Dia Kecil Hati Dengan Kita!

Share

Ibu ayah adalah manusia biasa. Kadang-kadang akan mengalami rasa tertekan atau stres yang menyebabkan kita terbawa-bawa perasaan itu sehingga memberi kesan kepada orang di sekeliling. Salah satunya anak-anak. Termarah atau naik suara pada anak kerana tekanan adalah perkara yang sering berlaku dalam kalangan kita.

Selepas kejadian itu, apakah yang kita lakukan? Pernahkah kita terfikir tindakan kita melepaskan amarah pada anak-anak memberi kesan kepada mereka? Terapis Perkembangan Kanak-Kanak, Nurul Sheriena Musa memberi penerangan tentang hal ini.

Ikuti perkongsian ini.

5 TIPS BILA IBU AYAH HILANG KAWALAN SEHINGGA TERTENGKING ANAK

Seringkali kita terlupa bahawa kita ini manusia biasa. Jadi kadangkala Sebanyak mana cubaan self Control ada juga masa kita tersilap langkah.

Lebih lebih lagi bila keadaan sekeliling agak menyebabkan hormon Stress meningkat dalam darah dengan tiada sistem Sokongan, ada masanya kita mungkin hilang kawalan dengan

Terjerit pada anak

Terlupa anak perhatikan kita

Tersalah Respon pada anak

Tidak pedulikan anak

Tercakap perkara tidak sesuai pada anak

Ya Masa tidak dapat diulang lagi. Tapi bila kita terbuat silap dan bila mula sedar segeralah Mulakan Tindakan untuk betulkan keadaan.

YA KAMU BENAR Marah anak itu perlu. TAPI ada beza antara Marah dan Tegas. Perlu hati hati dengan cara RESPON kita pada anak agar tidak tercalar emosi anak.

Jadi Katakan kita sudah lupa dan HILANG KAWALAN apa yang boleh kita lakukan untuk segera rawat keadaan?

Artikel Lain: [Anak Tak Tahu Apa Dia Cakap, Ibu Ayah Yang Kena Tegur Kalau Salah]

Mari saya kongsikan 5 Tips Mudah Ibu Ayah boleh lakukan sekiranya Hilang Kawalan:

1. MOHON MAAF PADA ANAK

Ini bukan mudah bagi sesetengah dari kita. Kenapa pula Jadi Ibu Ayah perlu say sorry pada anak kan?

Yes ini memerlukan kekuatan kerana perlu turunkan Ego itu. Tiada salahnya jika kita mohon maaf pada anak ya.

Kita tetap jadi Ibu Ayah pada anak. Kenyataan yang tidak dapat diubah kan.

Jadi mohon maaf bukan beerti kalah pada anak. Tapi Mengajar anak Adab yang mungkin dia juga perlu mohon maaf pada orang lain di masa hadapan.

2. AKUI KESILAPAN

Ya sekiranya mahu mohon maaf perlu lah Ibu Ayah sendiri akui apa yang dilakukan salah.

Macammana pula hendak tahu salah atau betul?

Mulanya fahamkan dulu #perkembangananak. Di dalam Kelas MDA Mahir Didik Anak Bersama Nuhavengers kita terangkan topik perkembangan anak dan aktiviti sesuai dengan Minat dan Keperluan anak.

Selepas itu seringkali BERGURU agar kita sentiasa dapat Refresh, Relearn and Reconsider other techniques yang mungkin lagi sesuai.

3. MENERANGKAN KEADAAN

Ini penting. Bila anda telah kembali tenang dan begitu juga anak terus terangkan situasi yang berlaku.

Kenapa Ibu Ayah bertindak seperti hilang kawalan?

Kenapa Ibu Ayah terpaksa ambil keputusan atau respon begitu kepada anak?

Proses ini penting agar anak boleh belajar untuk faham keadaan yang berlaku.

Artikel Lain: [Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya! Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak]

4. BERI NAMA PADA PERASAAN ITU

Anak kecil yang tidak banyak Kosa kata atau Bahasa untuk fahamkan dengan apa yang berlaku di sekelilingnya mungkin akan lebih hadapi kesukaran hendak faham.

Jadi sebaiknya Ibu Ayah berikan nama pada perasaan yang dialami.

Jika MARAH katakan MARAH

Jika PENAT katakan PENAT

‘Maafkan Mama tadi Mama Penat jadi Tertinggi Suara. Im Sorry. Mama sayangkan Adik’

Be Honest dan Terus terang pada Anak.

5. BERI MASA PADA DIRI

Yakinlah pada Proses. Kadangkala bila menjadi Ibu Ayah yang datangnya tanpa Manual kita perlu akui semua yang kita belajar perlukan MASA.

Jika tersalah baiklah belajar dari kesilapan dan terus belajar perbaiki diri.

Jadi berilah masa pada diri untuk belajar.

Tapi kan Jangan lama sangat. Sebab masa anak membesar itu kan terasa Cepat sangat.

Risau jika terlepas saat golden age sahaja di mana 90% perkembangan Otak terjadi.

Jadi tunggu apa lagi segera belajar Self Control

Dapat sesuatu?

Jemput #share agar lebih ramai dapat manfaat untuk stay Cool kembali walaupun terhilang kawalan sebentar.

Tidak dinafikan ada masanya mungkin kita keletihan atau tertekan dengan bebanan kerja dan sebagainya. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab dan mementingkan perkembangan emosi anak-anak, mungkin penjelasan di atas dapat memberi idea kepada kita tentang bagaimana untuk memperbaiki hal ini sekiranya ia berlaku.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham