Kita semua tidak sempurna, baik suami atau isteri, sama-sama tidak sempurna dalam menuju sebuah perkahwinan yang bahagia. Kitalah yang perlu menentukan kebahagian. Usaha bersama untuk hidup bahagia.
Menurut Dr Saleha Idris, inspirator psikologi keibubapaan, dalam membina sebuah rumah tangga, apa yang lebih penting adalah kita belajar untuk menerima pasangan. Bila kita redha, semuanya kebahagiaan akan datang secara perlahan-lahan. Belajarlah terima kekurangan pasangan kita.
BELAJAR TERIMA PASANGAN
1. Semua manusia dilahirkan dengan ada kebaikan dan keburukan. Setiap hari kita akan cuba memperbaiki hubungan rumahtangga.
2. Sebelum kahwin kita impikan untuk jadi pasangan soleh/solehah juga ibu ayah yang baik pada anak anak.
3. Oleh itu, apabila sudah punya pasangan. Kita kena mesti ada azam untuk sentiasa bina dan kekal hubungan yang sihat.
4. Ingin hubungan kukuh. Mesti ada komunikasi berterusan. Ini penting untuk kita terus kenal dan faham.
5. Janganlah kata. Kita dah hidup berpuluh tahun dengan suami dan kita faham dia. Tidak! Ini tidak semestinya akan berlaku. Apabila berkahwin. Kita akan alami fasa panjang. Katakan kita kahwin usia 20an. Jalani fasa 30an, 40an, 50 an Dan seterusnya.
6. Semua fasa itu melibatkan perubahan cara fikir, emosi, fizikal dan sebagainya. Di situlah letaknya kunci untuk Kita terus belajar dan faham pasangan.
7. Contoh janganlah kata. Abang ni buat tabiat ke? Nak pegang tangan. Romantik bukan main. Berlagak nak jadi orang muda la tu.
Andai lelaki fasa 40an. Mereka mengalami fasa hidup berbeza. Mereka lebih manja dan lagaknya seperti anak kecil. Manja dan sukakan sentuhan. Mereka sukakan layanan dan perlukan perhatian si isteri.
8. Yang paling penting. Sentiasa lahirkan rasa terima kasih pada pasangan. Dalam ucapan, perbuatan ataupun dirasai dengan perasaan. Contoh, bantu membantu dalam hal mengemas rumah, kain baju dan keperluan anak.
9. Di situlah terletaknya kemanisan dalam rumahtangga dan perkahwinan yang sihat.
Menarik:Letak Tempat Tinggi, Anak Tak Boleh Capai, Memang Cantik Tapi Berbahaya Pada Anak
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI