Tak Ada Pengasuh, Sayu Hati Tengok Ibu Ni Terpaksa Berpisah Dengan Anak, Ramai Yang Sebak!

Share

Ibu mana yang sanggup berpisah lama dengan anaknya. Walau hanya beberapa jam sahaja, rindu semakin menebal. Tak mampu berpisah lama.

Namun perkongsian video seorang pengguna Tik Tok yang berkongsi kisah adiknya yang terpaksa berpisah dengan anaknya dek kerana tuntutan kerja menyentuh hati ramai.

Kongsi pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Anaid, @anaidger ini lagi, adiknya terpaksa meninggalkan anaknya kerana mendapat panggilan bertugas sebagai pensyarah di UNISZA, Terengganu.

Namun dek kerana tiada pengasuh yang sesuai, bayi kecil bernama Adriell itu terpaksa ditinggalkan dahulu bersama keluarganya di Sarawak.

“Demi kerjaya terpaksa ibu dan anak berpisah! Moga mereka berdua kuat dan terus berdoa agar dapat jumpa pengasuh yang baik untuk si kecil🙏🏻.

“Kuat kan diri ye Adikku. Adriell akan baik-baik aja❤️,” tulisnya.

Menjawab pelbagai persoalan ramai di ruangan komen kata Anaid lagi, adiknya tekad bagi menggalas tanggungjawab sebagai mendidik anak bangsa, dia menguatkan dirinya walau terpaksa berpisah lama.

“Terima kasih pada semua. Adik saya terpaksa meninggalkan anaknya kerana beliau terpaksa bertugas demi anak bangsa di Terengganu (Lecture),” kongsinya sayu.

Tidak hanya mengendong bayinya kemas, bahkan wajah anak kesayangannya itu dikucupnya berkali-kali sambil berlinangan airmata.

Jelas pandangan mata sayu seorang ibu yang terasa berat hati untuk melangkahkan kaki meninggalkan bayinya. Sayu.

Video perkongsian di Tik Tok itu turut mendapat pelbagai reaksi ramai malah yang mendoakan ibu dan anak ini akan dapat kembali bersatu.

Semoga terus kuat dan semoga baby Adriell dapat bersama ibunya sedikit masa lagi.

 

@anaidgerDemi kerjaya terpksa ibu dan anak berpisah! Moga mereka berdua kuat dan terus berdoa agar dapat jumpa pengasuh yg baik utk si kecil🙏🏻 kuat kan diri yerk Adikku.Adriell akan baik2 aja❤️♬ original sound – 🦋🦋NFU🦋🦋ARTS309🦋🦋 – 🌼🕊️ 𝓝𝓪𝓽𝓱𝓪𝓵𝓲𝓪 🕊️🌼

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM