Anak-anak paling suka menu berkuah dalam hidangan nasi mereka. Selain beraneka sup seperti sup ayam, ikan dan daging, anda boleh juga mempelbagaikan menu berkuah lain buat anak. Rasa lemak-lemak manis juga buat anak suka untuk makan. Tapi ingat, bukan dari gula sebaliknya daripada manis buah labu dan udang untuk anak-anak kita.

Resipi Udang Masak Lemak Labu yang dikongsikan oleh Puan Irna Syafiqah di facebooknya ini memang unik. Tak gunakan santan dalam masak lemaknya sebaliknya digantikan dengan cream cheese buat si manjanya, Afrina yang baru berusia 1 tahun. Memang sedap. Jom cuba!

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!

Hari ni mommy first time nak perkenalkan udang kepada Afrina. Walaupun mommy TAK MAKAN udang, takkan la Afrina pun kena tak makan kan? Jadi kita cuba perkenalkan, kalau takda allergy, alhamdulillah.

Cheese salah satu cara nak tambah berat bayi. Lagipun bayi kan, so memang saya tak pakai santan. So salah satu caranya pakai cream cheese.

So, menu hari ni adalah UDANG MASAK LEMAK LABU.

IKLAN

Bahan bahannya:
Bawang holland 1 biji sedang
Bawang putih 1 ulas
Serai 1 batang
Udang
Kunyit hidup (saya pakai serbuk kunyit je)
Cream cheese (saya tak pakai santan)
Labu
Stok kaki ayam 2 ketul

Mudahnya je mommies, cara cara ada di setiap gambar.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Ni bahan bahan yang saya gunakan. Untuk pengetahuan mommies, saya memang masak pakai cream cheese ye untuk lauk Afrina. Tak pakai santan.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Basuh udang bersih.

IKLAN

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Kisarkan bawang hollang & bawang putih. Tak rajin nak tumbuk hari ni.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Ini hasil kisaran tadi.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Masukkan sesudu minyak. Jangan banyak ye. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan serai dan kacau.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Agak agak dah kering, masukkan udang.

IKLAN

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!
Kemudian, masukkan sedikit air. Agak agak ikut kesukaan mommies. Kalau nak pekat kurangkan air. Kalau nak kuah cair sedikit lebihkan air.

Masukkan labu yang telah dipotong kecil dan kunyit. Sebenarnya kena pakai kunyit hidup. Tapi kunyit hidup takda. Kunyit serbuk pun boleh.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!

Masukkan cream cheese. Kacau hingga mendidih ye mommies. Masukkan 2 ketul cube Chicken Feet Stock. Boleh kata semua masakan Afrina saya akan masukkan CFS ni. Biarkan mendidih sikit lagi.

Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!Alhamdulillah! Siap dah. Ini hasilnya. Udang masak lemak labu is done.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI