Tak Ada Santan Pun, Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi, Sedap!

Share

Anak-anak paling suka menu berkuah dalam hidangan nasi mereka. Selain beraneka sup seperti sup ayam, ikan dan daging, anda boleh juga mempelbagaikan menu berkuah lain buat anak. Rasa lemak-lemak manis juga buat anak suka untuk makan. Tapi ingat, bukan dari gula sebaliknya daripada manis buah labu dan udang untuk anak-anak kita.

Resipi Udang Masak Lemak Labu yang dikongsikan oleh Puan Irna Syafiqah di facebooknya ini memang unik. Tak gunakan santan dalam masak lemaknya sebaliknya digantikan dengan cream cheese buat si manjanya, Afrina yang baru berusia 1 tahun. Memang sedap. Jom cuba!

Hari ni mommy first time nak perkenalkan udang kepada Afrina. Walaupun mommy TAK MAKAN udang, takkan la Afrina pun kena tak makan kan? Jadi kita cuba perkenalkan, kalau takda allergy, alhamdulillah.

Cheese salah satu cara nak tambah berat bayi. Lagipun bayi kan, so memang saya tak pakai santan. So salah satu caranya pakai cream cheese.

So, menu hari ni adalah UDANG MASAK LEMAK LABU.

Bahan bahannya:
Bawang holland 1 biji sedang
Bawang putih 1 ulas
Serai 1 batang
Udang
Kunyit hidup (saya pakai serbuk kunyit je)
Cream cheese (saya tak pakai santan)
Labu
Stok kaki ayam 2 ketul

Mudahnya je mommies, cara cara ada di setiap gambar.

Ni bahan bahan yang saya gunakan. Untuk pengetahuan mommies, saya memang masak pakai cream cheese ye untuk lauk Afrina. Tak pakai santan.

Basuh udang bersih.

Kisarkan bawang hollang & bawang putih. Tak rajin nak tumbuk hari ni.

Ini hasil kisaran tadi.

Masukkan sesudu minyak. Jangan banyak ye. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan serai dan kacau.

Agak agak dah kering, masukkan udang.


Kemudian, masukkan sedikit air. Agak agak ikut kesukaan mommies. Kalau nak pekat kurangkan air. Kalau nak kuah cair sedikit lebihkan air.

Masukkan labu yang telah dipotong kecil dan kunyit. Sebenarnya kena pakai kunyit hidup. Tapi kunyit hidup takda. Kunyit serbuk pun boleh.

Masukkan cream cheese. Kacau hingga mendidih ye mommies. Masukkan 2 ketul cube Chicken Feet Stock. Boleh kata semua masakan Afrina saya akan masukkan CFS ni. Biarkan mendidih sikit lagi.

Alhamdulillah! Siap dah. Ini hasilnya. Udang masak lemak labu is done.

Published by
SRM