Dalam mendidik anak-anak bukanya mudah. Lebih-lebih lagi nak mendidik anak lelaki menjadi seorang yang bertanggungjawab dan tidak manja berlebihan sehingga urusan rumah yang mudah pun tidak tahu bagaimana nak diselesaikan.
Kenapa sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak lelaki supaya kuat dan bertanggungjawab? Ikuti perkongsian ini.
Inilah 5 sebab kenapa kita jangan manjakan anak lelaki secara berlebihan.
1. Kita nak anak lelaki membesar menjadi seorang yang beradab.
Tahu cakap terima kasih, minta izin, minta maaf dan minta tolong dengan orang lain.
Tahu merendah diri dan tak ego walaupun dia lebih bijak dan lebih kuat semasa remaja nanti.
2. Kita tak nak jadi “Lawnmower Parents” iaitu mak ayah yang akan buat apa saja untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Kesannya:
– anak tak tahu cara mengurus stress
– tak pandai bertanya soalan
– tak pandai meminta bantuan
– tak boleh buat keputusan sendiri.
3. Kita nak anak belajar “Concept of refusal”.
Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara, mereka kena usaha untuk dapatkan.
Ada perkara yang kita kena cakap “Tak boleh” dan kita terangkan sebabnya. Beri alternatif lain pada anak.
4. Kita nak anak lelaki berpeluang belajar mengurus dan meluahkan emosi sendiri dengan baik.
Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
5. Kita nak anak lelaki belajar buat kerja rumah.
Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi ketua keluarga yang faham beban kerja seorang isteri.
Percayalah, anak lelaki takkan hilang kelakiannya jika dia yang pergi membuang sampah, mencuci pinggan atau menyiram pokok.
Kredit: Dr.Redza Zainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI