Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk!
Buat peminat kek dan puding tentu teruja untuk mencuba menu nan satu ini. Kek Karamel Pelangi, menjanjikan hidangan pemanis mulut yang bukan sahaja enak rasanya malah menawan bentuknya. Bertambah nikmat jika dimakan sejuk-sejuk pada cuaca panas.
Menyediakannya juga tidak sukar, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nor Al Fatihah T-Hah. Jadi buat anda yang ingin mencuba, boleh jadikan perkongsian daripadanya sebagai panduan.
Selamat mencuba.
KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan Puding
3 biji kuning telur A
2 biji telur A(kuning + putih)
1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Ads
Bahan-Bahan Meringue
6 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar
Bahan-Bahan Kek
3 biji kuning telur A
1/2 cawan gula pasir
Ads
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar serbuk penaik*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
Cara-Cara Membuatnya :
Ads
Karamel ~ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.
Puding ~ Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang @ rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.
Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk
Kek ~ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk.penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati
Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna.
Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku
Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jgn risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding
Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.
Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hgga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi orang utara, resipi makanan popular orang Jawa, Sambal Goreng Jawa ini mungkin sedikit asing. Namun bagi masyarakat di selatan tanah air, resipi yang satu ini semestinya menjadi menu wajib bagi mereka. Gabungan sayuran ini rupanya tidaklah sesukar mana hendak disediakan.
Ringkas tetapi resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini memang padu malah mendapat perkongsian yang tinggi iaitu sebanyak 16 ribu di media sosial. Nak tahu rahsia sedap 6 bintangnya, jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
Suami kita bagi 6⭐⭐⭐⭐⭐⭐. Orang utara masak style jawa. Suami bagitau bahan kita jalankan. Ramai yang call cakap sedap. Terima kasih pada yang dah cuba.
Bahan-bahannya:
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang (hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam (hiris dan goreng)tak nak letak pun boleh, nak letak isi udang segar pun boleh..goreng jer sekejap.
2 paket suhun (rendam dalam air)
1 keping fucuk (potong)tak mau letak pun tak apa (rendam dalam air)
Sedikit kacang panjang -hiris serong
1 sdb gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya (saya guna kipas udang)
1/2 cawan air asam jawa (cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan Tumis
2 biji bawang besar (hiris nipis)
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (potong nipis menyerong) suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.
Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis.
Tumis hingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam. Renjiskan kicap manis.
Kacau hingga naik minyak kemudian masukkan suhun dan fucuk serta air.
Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika.
Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi. Gaul rata.
Kuih kaswi pandan antara makanan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat melayu. Rasanya sangat sedap, lembut dan gabungan rasa kelapa memang superb! Biasanya dimakan sewaktu sarapan ataupun makan petang bersama ahli keluarga.
Jom ikuti resipi kuih kaswi pandan yang sangat mudah hanya menggunakan sukatan cawan. Selamat mencuba!
RESIPI KASWI PANDAN
Bahan-bahan;
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula(sy kurangkn sikit sbb manis. sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cawan air daun pandan
4 cawan air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau bagi sebati. sebelum tu sapukan minyak ke dalam loyang supaya nanti kuih tak melekat. Masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum itu masak air hingga mendidih. Bila air dah mendidih barulah di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dengan lidi..kalau tak lekat di lidi tu dah masak kaswinya.
Saya letak pewarna hijau epal campur dengan air daun pandan*sebab daun pandan tak cukup.
Selamat mencuba…
Kredit : Eniza M. Salim See
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sup ikan memang baik untuk bayi. Sarat dengan DHA. Anda boleh ikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup sayur yang mesra bayi.
Ibu-ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi. Oleh itu, sediakan sajian daripada bahan yang kaya DHA (asid dokosaheksaenoik). Ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.
DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
Puan Siti Nur Ezzah Zaini telah berkongsi resepi Sup Ikan Merah untuk bayinya, Muhammad Aidil Zhafran Mohd Nazri. Jom kita ikuti apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
BUBUR SUP IKAN MERAH
Bubur nasi-masak secara berasingan
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH
Isi ikan merah
Bawang holland
Lobak merah
Sawi
Daun sup
Kentang
Sawi
Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
Mix herbs
Minyak zaitun (extra virgin)
CARA PENYEDIAANNYA
Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!
SUKA BERIKAN IKAN KEPADA ANAK
“Kita sebagai orang dewasa pun perlu lebihkan makan ikan berbanding ayam. Contoh ikan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber protein semula jadi yang elok diambil.
“Saya akan selang selikan penggunaan antara ayam dengan ikan untuk penyediaan sajian anak. Isi ikan lebih lembut berbanding ayam menyingkat masa penyediaan dan memudahkan bayi menghadamnya,” kata Siti Nur Ezzah.
6 INFO IKAN KEPADA BAYI
Ikan berminyak seperti tuna , sardin, halibut dan salmon adalah sumber terbaik untuk omega-3 yang sihat.
Tetapi sardin tidak praktikal untuk memberi makan kepada bayi, dan halibut dan tuna lebih tinggi dalam merkuri.
Salmon adalah sumber terbaik DHA (asid lemak omega-3) dan ikan paling sihat untuk si manja.
Berikan bayi anda ikan yang mengandungi merkuri rendah.
Ikan merah ialah ikan yang berkalori rendah dan sumber protein yang baik. Sarat dengan selenium, vitamin A, potassium dan omega-3.
Selain itu, ikan mackerel (ikan kembung) ialah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutamanya vitamin B12.
Walau apa pun, untuk memastikan bayi mendapat nutrien penting untuk tumbesarannya, pastikan anda memberikan ikan secara sederhana. Jangan lupa pastikan si kecil mendapat makanan yang seimbang dari semua kategori makanan dalam piramid makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...