Sebagai ibu, kita tak lari dari rasa ingin kelihatan ‘perfect’. Namun sebenarnya ‘perfectionist’ dalam tak sedar boleh menyebabkan kita terasa penat dan lelah.
Tak salah untuk sekali-sekala kita katakan ‘it’s okay’ kepada diri sendiri. Bagaimana nak rasa tenang dalam menjalankan tanggungjawab seharian? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Jangan la perfectionist sangat ye!
1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau.
3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau.
5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Kredit: Mohd Fhais Salim
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!