Siapa yang tak sayang anakkan?. Apa lagi cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama. Usahawan berjaya, Eryca Baiduri atau Madammu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya berkongsi kisah bayinya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Madammu turut berkongsi gelagat suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.
Kongsi Madammu, suaminya tidak mahu memandikan bayi mereka dengan air paip ketika berada dikampung mereka di Besut sebaliknya membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan air mandian anaknya itu.
“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.
” Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja,” kongsinya.
Bagi memberi keselesaan pada baby Kayden, Madammu turut mencampurkan dengan air suam bersama air mineral sebelum memandikan bayi kesayangannya itu.
Terhibur dengan tindakan suaminya, namun Madammu menganggap ia sebagai salah satu cara suaminya menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada anak mereka.
Terdahulu, Madammu selemat melahirkan bayi sulungnya melalui kaedah IVF pada 9 Jun yang lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2015.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bunga Ingat Pesanan Dadda Di Saat Ni..” Sebak Kata-Kata Tok Sidang Buat Cucu
Betullah orang kata, bila dah bergelar datuk dan nenek, automatik sikap tegas dan garang dulu-dulu berubah menjadi sangat penyayang bila hadirnya cucu, apatah lagi cucu pertama.
Disebabkan rasa kasih dan sayang, kadang anak sendiri yang dipersalahkan. Itu antara lumrah kebanyakan orang bila dapat cucu.
Menerusi perkongsian Jinggo di instagramnya, kehadiran cucu pertama, Bunga Elhaq dalam keluarganya benar-benar satu anugerah terindah. Coretan Jinggo yang dikenali sebagai Tok Sidang ini benar-benar menyentuh hati.
Walaupun orang mengenali Jinggo sebagai seorang yang tegas, namun sikapnya yang begitu bertanggungjawab pada keluarga sangat dikagumi.
Pesanan seorang Dadda untuk cucunya tentang kehidupan pada masa akan datang ini pasti akan menjadi kenangan buat Bunga suatu hari nanti.
Perhubungan dalam keluarga antara yang sangat dititikberatkannya dan berharap Bunga dapat jadi seorang kakak yang baik, anak serta cucu yang membanggakan hati semua orang.
Perkongsian Tok Sidang ini mendapat perhatian ramai peminatnya. Malah ramai yang terharu dan dalam masa sama tumpang gembira melihat kehidupan baru Jinggo dan isterinya selepas bergelar Dadda dan Nanna.
“Bertuahnya mummy Elisya dan Bunga miliki keluarga hebat.”
“Sweet dadda!!!! Pasti bunga akan jd hebat mcm dadda nanti besar.”
“Alhamdulillah..semoga sicantik @bungaelhaq jadi anak solehah 🤲 suka baca kata-kata azimat @jinggo_jspictures Allahuakhbar menusuk terus..kata-kata seorang suami, bapa, dan dada yang terbaikkkk👍👍👍.”
Kredit: IG Jinggo_jspictures ; Sheila Rusly
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah, Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri!
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu, tak berkira dan sentiasa memahami. Begitu juga dalam bab menguruskan anak, suami tahu apa yang nak dilakukannya. Bukan itu je, dalam bab isteri berpantang pula, suami tetap boleh uruskan dengan baik.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih.
Panduan Jaga Isteri Berpantang:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Jom tag para suami tersayang.
Kredit: muhammad faizal
Nak tahu lanjut info mengenai e-WORKSHOP ini, klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyik Terperap, Mood Anak Jadi Tak Menentu, Bantu Lepaskan Tenaganya Dengan Buat Kerja Rumah!
Bukan hanya kita yang dewasa, anak-anak pun sama, boleh jadi buntu jika asyik terperap lama dalam rumah. Inilah penyebab mood anak tidak menentu malah adakalanya memberontak dalam diam.
Di musim PKP ini ada baiknya, mak ayah cuba cari sesuatu yang bermanfaat agar anak kecil kita boleh melepaskan tenaganya yang banyak. Dengan cara ini barulah mood anak makin baik.
Menurut Dr Redza Zainol banyak cara dan perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak mengembangkan tenaganya yang baru sebaik bangun dari tidur. Ini antara yang disarankan oleh beliau.
Setiap pagi, anak kita akan bangun dengan tenaga baru. Bila anak asyik terperap dalam rumah, tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan. Ini yang menyebabkan anak kita:
* Gelisah sentiasa
* Asyik meragam
* Suka kacau ahli keluarga yang lain
* Mood anak jadi tak menentu
* Tidur lewat setiap malam
Sebab tu, mak ayah wajib bantu anak untuk salurkan tenaga:
✅ Bawa anak bermain depan rumah
✅ Bersenam bersama-sama
✅ Jadikan ada ruang dalam rumah untuk dia berlari, melompat, dan bermain
✅ Buat kerja rumah sama-sama
Contoh kerja rumah yang anak usia 2-7 tahun boleh buat semasa PKP:
♥️ USIA 2-3 TAHUN
✔️ Kemas mainan
✔️ Lap meja / lantai
✔️ Susun buku di rak
✔️ Bersihkan habuk
✔️ Letak baju kotor dalam bakul
✔️ Ambil barangan ringan
✔️ Beri makan pada haiwan peliharaan
♥️ UMUR 4-7 TAHUN
✔️ Susun kasut
✔️ Sapu lantai
✔️ Kemas katil sendiri
✔️ Cuci dan siang sayuran
✔️ Bantu sediakan meja makan
✔️ Siram pokok bunga
✔️ Angkat kain jemuran
Sambil tu, inilah peluang mak ayah nak latih anak buat kerja rumah yang mudah. Bila tenaga anak dah habis disalurkan, mereka pun akan tidur lebih awal.
Artikel berkaitan: Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah & Jaga Adik, Ini Rahsia Ibu Anak 4
Kena Ajar Anak Lelaki & Anak Perempuan Sama-Sama Buat Kerja Rumah, Barulah Tak Jadi Raja Kelak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI