Ketika di dalam pantang, seorang isteri seharusnya diberikan rehat secukupnya untuk pulih dari segala kesakitan atau keletihan semasa bersalin. Suami harus memainkan peranan yang penting untuk membantu si isteri ketika berpantang. Biarkan dia berehat dan jangan dibebani dengan segala kerja rumah atau urusan menjaga anak-anak.

Siti Aishah yang merupakan seorang Pengamal Perbidanan Melayu, berkongsi ceritanya ketika pergi mengurut seorang isteri dan ibu yang mempunyai dua orang anak. Di dalam perkongsiannya itu, dia memberitahu bahawa anak bongsunya berusia 16 bulan dan dia mengalami sakit pinggang yang teruk. Apabila ditanya, katanya ketika berpantang dahulu tidak berehat secukupnya.

Tak Bantu Isteri Berpantang, Kesannya Bukan Sekarang. Dah Jadi, Jangan Menyesal!

SAKIT PINGGANG, RUPANYA WAKTU BERPANTANG DUKUNG ANAK SULUNG!

Tadi kak ice urut seorang ibu anak 2.

Anak dia paling kecil usia 16 bulan. Sakit pinggang kronik. Kes dukung anak sulong dalam pantang bersalin anak ke 2. Alasan, anak tantrum bila tengok ibu banyak bersama adik.

Kak Ice tanya kenapa tak minta tolong orang keliling jagakan anak sulong?

Dia kata, keluarga mentua yang suruh dia dukung anak. Sebab kesian tengok cucu melalak-lalak.

SUAMI TAK BANTU, SEMUA TAK TAHU

Suami dia tiba-tiba jadi “lembek” semua tak reti nak tolong isteri.
Minta pujuk anak sulong.
Tak reti.
Minta tolong mandikan anak sulong.
Tak reti.
Minta tolong tidurkan anak sulong.
Tak reti.

Pagi keluar pergi kerja.
Petang balik kerja.
Malam pergi main badminton dengan kawan-kawan.
Nak tidur layan game sampai terlelap.

Artikel Menarik: [Rasa Stres Je, Senyum. Baru Otak Dapat Signal Keluarkan Hormon Gembira]

Ads
SEMUA HAL ANAK, IBU YANG URUSKAN

Anak-anak melalak. Mengamuk. Lapar. Menangis.

Semua diharapkan pada ibu dalam pantang.

Memang wujud keluarga yang sebegini.
Tak tahulah kat siapa nak letakkan silapnya.
Sedangkan ini semua common sense.

SEPATUTNYA REHAT SAHAJA…

Mak dalam pantang.
Kerjanya hanya
Berehat
Urus bayi
Berehat
Urus bayi.

Tak Bantu Isteri Berpantang, Kesannya Bukan Sekarang. Dah Jadi, Jangan Menyesal!

Sepatutnya keluarga mentua dan suami kena bantu uruskan hal-hal rumahtangga dan anak-anak yang lain.

Tetapi apakan daya.
Memang wujud jenis keluarga mentua yang fikir
“bukan anak aku…. Tak payah nak susah-susah nak tolong.”
Tapi bila dengan anak perempuan sendiri.
Pandai pula tolong serba serbi.

Ads
AMBIL TAHU KEBAJIKAN IBU DALAM PANTANG

Ni bukan cerita tak tahu hujung pangkal ya.
Even kalau kak ice pergi mengurut ibu yang berpantang kat rumah mentua pun perasan.
Kadang-kadang dibiarkan si ibu berpantang tu mandikan anak-anak yang lain.
Nak makan nasi, kena masak nasi sendiri.
Even kadang-kadang kak ice datang mengurut pukul 2 petang si emak tak makan lagi.
Bila ditanya kenapa?
Jawapannya lauk tak ada. Nak tunggu suami balik kerja masakkan lauk.

Tak Bantu Isteri Berpantang, Kesannya Bukan Sekarang. Dah Jadi, Jangan Menyesal!

SEDIAKAN SUPPORT SYSTEM KETIKA BERPANTANG

So buat ibu-ibu bakal berpantang.
Tolonglah bersiap-siap aturkan support sistem dalam pantang.

Kalau perlu.
Hantar je anak sulong tu pergi pengasuh sepanjang berpantang.

Betullah kata ibu saya.
Dalam pantang ni kena kentalkan hati.

Ads

Biarlah anak yang menangis tak dapat dukung
Dari ibu menangis badan melunai sebab dah bentan.

Dan kalau nampak macam ada harapan jadi khadam dalam pantang.

Siap-siap minta duit suami upah penjaga pantang yang boleh duduk jaga kita 24 jam.

Adalah dalam 3-4 ribu sebulan.

Kalau rasa tak mampu.
Pantanglah rumah keluarga sendiri.

#SABAR

Artikel Menarik: [Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!]

Mungkin impaknya tidak kelihatan semasa dalam pantang tetapi lambat sedikit. Apabila anak semakin besar, baharulah si ibu merasa sakitnya. Untuk para suami, kasihanilah isteri anda. Penat mengandung dan bersalin masih belum habis, biarlah dia berehat sebaik-baiknya semasa dalam pantang.

Bantulah yang mana anda boleh, ringkan beban isteri. Sesungguhnya tubuh isteri mahu dipakai lama dan dia juga merupakan tunjang utama dalam keluarga. Biarlah mereka berehat secukupnya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI