Jika anak-anak lelaki paling gemar menangkap ikan di sungai, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang terlalu sukakan ikan sehingga tidur bersama ikan-ikannya.
Gelagat comel dan pelik anak lelakinya itu dikongsikan oleh seorang ibu, Ayu Hanani menerusi akaun Tik Toknya, @isteri_semut.
Apa yang paling menarik perhatian wargamaya pastinya gelagat anak comel ini yang tidur bersama ikannya, sambil memegang kemas dua ekor ikan yang ditangkapnya.
Bukan sekali sekali bahkan kongsi ibu ini lagi, hal itu dilakukan setiap hari oleh anak lelakinya itu.
“Tak bawa mandi sungai kesian. Dah bawa mandi tak sangka ini yang mummy kena hadap.
“Macam tu lah setiap hari. Aku rasa budak ni anak gorgon kot sebab dah banyak kali sebenarnya dia tidur dengan ikan,” luahnya berkongsi.
Malah kongsinya lagi, jika keinginan anak kecil itu tidak dipenuhi, anak lelaki kesayangannya itu akan menangis, menjerit dan meraung-raung untuk memegang dan tidur bersama ikan. Memang ‘rare’!
“Tak apalah rehatlah dik. Mummy boleh bersabar lagi.
“Hati ni dah lali dengar adik menjerit, meraung. Apakan daya anak bujang sorang, layankan ajelah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut terhibur melihat gelagat anak comel ini bersama ikannya.
Ada juga yang turut berdepan hal sama dengan anak-anak lelaki mereka. Menarik!
@isteri_semut mcm tu lah setiap hari.. aku rase bdk ni ank gorgon kot sbb dh bnyk kali sbnrnya dy tdo dgn ikan 😩🗿 #fypシ #anak #masukberanda #fyp #foryoupage #trending #anakbijak #aquaman #gorgon #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!