Anak mengamuk mahu dibelikan barang yang dimahukan itu biasa. Jika tidak tidak dipenuhi akan mengamuk berguling. Drama tak kunjung habis buat ramai ibu ayah pening! Apa kata cuba tips ini.

Bukan tidak mahu belikan, tapi kadang-kadang ibu ayah ada bajet dan perancangan kewangan yang perlu diikuti setiap bulan. Ia juga satu pembaziran jika terlalu banyak mainan yang lebih kurang sama dan barangan yang tidak diperlukan. Sekali dua mungkin boleh dilayani permintaannya, tapi jika selalu sangat memang sukar untuk dipenuhi.

Tak Beli Barang Yang Dia Nak, Mengamuk Berguling Di Depan Kedai. Ini Taktik Yang Ibu Ayah Boleh Guna

Sebenarnya keadaan ini boleh diatasi dengan teknik yang dicadangkan oleh kaunselor ini Puan Farhan. Beliau telah berkongsi 5 langkah teknik untuk menghadapi saat-saat anak mengamuk untuk dibelikan sesuatu bila membeli belah. Berikut ialah perkongsian beliau;

Biasanya, bila kita membawa anak anak ke kedai, masalah yang paling biasa kita alami adalah anak mengamuk hendak membeli pelbagai jenis barang.

Kadang kadang, belum sampai separuh kedai kita berjalan, sudah penuh barang di dalam bakul.

Apabila anak mahukan sesuatu, mereka bijak menggunakan kesempatan di tempat yang ada ramai orang seperti di shopping complex.

IBU AYAH PERLU TEGAS

Mereka tahu dengan sedikit tangisan mereka akan berjaya mendapatkan apa yang mereka mahu. Di sini juga mereka akan uji sejauh mana ketegasan kita.

Kalau kita mudah malu kepada orang sekeliling, kita rela menurut apa yang anak mahukan biarpun kadang kadang semua benda itu tidak berfaedah pun.

Saya ingin kongsikan teknik yang saya guna apabila berada dalam situasi ini.

#1 BERTEGAS AKAN BAYAR YANG DALAM BAKUL SAHAJA

Pada kebiasannya, saya akan bertegas dan saya akan memberitahu anak saya yang saya akan bayar apa yang ada di dalam bakul sahaja.

Barang barang lain yang dipegang di tangan dan barang yang saya tidak izinkan saya tidak akan bayar.

IKLAN

Saya telah praktikkan cara ini sudah hampir 2 tahun.

Pada permulaannya, memang anak saya menangis sehingga orang sekeliling pelik melihat situasi itu.

Biasanya barang yang dia mahu dia akan pegang erat sehingga kepada kaunter bayaran.

 Tak Beli Barang Yang Dia Nak, Mengamuk Berguling Di Depan Kedai. Ini Taktik Yang Ibu Ayah Boleh Guna

#2 JIKA MAHU BOLEH, TAPI BAYAR SENDIRI

Saya tegaskan kepada dia, sekiranya dia mahu barang itu boleh, tetapi dia harus bayar sendiri.

Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memberi kebenaran kepada anak untuk membeli barang tersebut, tetapi yang pastinya ia bersyarat.

Sebelum ini, saya suka merayu pada dia agar meletakkan kembali barang barang yang saya tidak izinkan, tetap kesannya dia mengamuk semakin kuat.

Akhirnya, saya akan beralah dan membelikan barang itu.

IKLAN

#3 BERI KEIZINAN UNTUK PEGANG

Jadi, apabila saya memberi kata keizinan bersyarat untuk dia mengambil barang itu, dia tidak lagi mengamuk, sebaliknya dia hanya akan pegang barang yang dia mahukan.

Apabila saya ke kaunter bayaran dia segera meletakkan barang itu ke tempat asal.

Paling tidak pun sampai di kaunter dia akan mengalah apabila barang itu tidak dikira oleh cashier..

Pernah juga dia merayu kepada saya untuk memujuk saya agar dia biasa membeli mainan yang dia inginkan

“Ibu, boleh lah kakak nak beli mainan ni”

Tak Beli Barang Yang Dia Nak, Mengamuk Berguling Di Depan Kedai. Ini Taktik Yang Ibu Ayah Boleh Guna

#4 BERIKAN PENERANGAN KENAPA TIDAK BOLEH BELI

Biasanya kalau barang itu tidak diperlukan saya akan memberi penerangan ringkas sahaja.

IKLAN

“Tak payah la beli kakak, mainan ni mudah rosak, nanti membazir saja”

Sekiranya dia masih berkeras saya akan menggunakan cara yang terakhir iaitu, mengizinkan dia beli dengan syarat “Boleh, bayar sendiri”

Jadi, sekarang apabila ke ke kedai, saya lebih mudah mengawal anak saya apabila dia inginkan perkara yang bukan bukan. Saya hanya perlu kata;

“Bayar sendiri”

Dan itu akan menjadi penamat kepada drama kami di pusat membeli belah.

Tak Beli Barang Yang Dia Nak, Mengamuk Berguling Di Depan Kedai. Ini Taktik Yang Ibu Ayah Boleh Guna

Perlu saya ingatkan, cara ini sesuai untuk anak anak 3 tahun ke atas kerana mereka sudah mula membentuk sedikit demi sedikit self control dalam diri.

Perlu juga saya tekankan jika anda baru belajar memenggunakan teknik ini, ibu dan ayah kena expect sedikit drama. Tetapi, percayalah dengan cara ini lama kelamaan self control ana semakin baik dan mereka semakin boleh mengawal keinginan mereka.

#5 PUJI BILA DIA BERJAYA KAWAL DIRI

Puji anak anak apabila mereka berjaya keluar dari kedai tanpa sebarang drama dan amukan kerana inginkan sesuatu barang yang tidak mereka perlu pun!

Dalam berurusan dengan anak anak yang bijak, ibu jadi lebih bijak…?

Tak Beli Barang Yang Dia Nak, Mengamuk Berguling Di Depan Kedai. Ini Taktik Yang Ibu Ayah Boleh Guna

Sumber: Puan Farhan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI