Tak Berani Bawa Anak Keluar Rumah, Ezzaty Abdullah Rela Tinggalkan Anak Dengan Kakak Ipar Bimbang Dengan Penularan Virus Covid-19

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan kini sudah memasuki fasa PKP Bersayarat bertujuan untuk memutuskan penularan penyakit yang disebabkan oleh virus COvid-19.

Virus pandemik ini senang untuk menjangkiti orang ramai terutama sekali golongan yang berisiko termasuklah kanak-kanak.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan untuk kekal berada di rumah disamping mengamalkan langkah pencegahan termasuklah selalu membasuh tangan dan memakai topeng muka jika bergejala.

Pelakon Korban Kasih, Ezzaty Abdullah dalam satu perkongsian di Instagram miliknya menyatakan dia dan suami Azwan Kombos masih belum berani untuk membawa anak perempuannya, Harum Dalia keluar dari rumah dalam tempoh PKPB ini.

Menurut Ezzaty, baru-baru ini ketika keluar bersama suami, dia tidak membawa si kecilnya kerana bimbang dengan jangkitan virus covid yang masih lagi ada.

Tambahnya juga setiap kali keluar dan pulang, mereka akan mandi dan menukar pakaian sebelum berjumpa dengan Harum Dalia.

Dalam entrinya itu, dia menyatakan melihat ramai yang membawa anak-anak kecil dan bayi berjalan ke pusat membeli-belah. Bimbang dengan keadaan itu, namun pelakon ini cuba berfikiran positif.

Ezzaty cuba selami ibu ayah yang terpaksa membawa anak-anak mereka yang kecil bersama ketika keluar. Pasti mereka ada sebab tersendiri bila perlu membawa anak-anak keluar.

“Tadi si dia bawak pergi jalan-jalan sebab nak perbaiki rantai kaki @harumdalia yang putus. Tapi sebab kena tinggalkan si kecik tu, jadi kami belilah beberapa hadiah untuk dia.

“Maaf ibu dan ayah tak beranilah nak bawak awak keluar lagi sebab ibu dan ayah tak ada ilmu kebal. Balik pun mandi dulu tukar baju.

“Tapi tadi nampak ramai bawak anak-anak kecik dan baby berjalan-jalan. Tak apa. Fikir positif, mungkin dorang terpaksa keluar suami isteri sebab barang yang dorang nak beli tu besar dan berat sangat. Kena pegang dua orang.

“Pastu anak-anak tak ada orang nak tolong jaga kejap, jadi kena bawak sekali. Macam kami boleh tinggal anak dekat kakak ipar yang duduk dekat.

“Kalau tak, memang seberat mana pun barang tu, sebesar mana pun barang tu dan sebanyak mana pun barang-barang tu ibu or ayah sanggup je angkut sorang sambil terhuyung hayang macam masa awal PKP haritu sebab tak berani bagi awak keluar rumah ke tempat awam lagi,” tulisnya.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 6 Disember 2017.

sumber: Gempak & IG Ezzaty Abdullah

 

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah