Tak Berbaloi Bebel Panjang Berjela, Anak Tak Faham Pun Arahan, Ini Cara Tepat Tegur Anak!

Share

Pening kepala dibuatnya bila mana arahan yang kita beri pada anak selalu dibuat endah tak endah. Berbakul mama marah, apa pun anak tak faham. Ya ini tepat kerana anak ada hadnya memahami sesuatu arahan. Jangan bazirkan air liur, kenal pasti teknik ini.

Menurut OT, Pn Ayesha Sairi, ada teknik tertentu nak marah anak, terutama elakkan penggunaan perkataan panjang. Anak tak faham pun!


Anak tidak mahu ikut arahan

Ada ibubapa mengadu, anak mereka tidak mahu ikut arahan mereka. Anak yang salah atau ibubapa tidak tahu teknik memberi arahan?

Sebelum kita marah-marah kepada anak, sebelum kita membebel kepada anak, eloklah kita semak cara kita memberikan arahan kepada anak.

Saya kira strategi ini terpakai sama ada anak tipikal mahupun anak berkeperluan khas.

Strategi untuk Anak Ikut Arahan
✅ Dapatkan perhatian anak terlebih dahulu. Panggil namanya, pandang matanya dan sentuh tubuhnya. Ingat PPS (panggil, pandang, sentuh).

✅Berikan arahan pendek. Untuk anak kecil, kebanyakan mereka hanya mendengar 3-4 patah perkataan sahaja.

Sekiranya kita berikan arahan yang panjang, mereka hanya akan ingat sama ada perkataan di awal, perkataan di tengah atau di hujungnya sahaja.

Contoh ayat yang sesuai
“Tolong ambil buku mama”
“Simpan mainan semua”
“Tutup tv, pergi mandi”
“Ambil towel, pergi mandi”

Kadang-kadang kita beri arahan dalam bebelan. Ibu-ibu selalunya buat begini.

“Abang, dah dah lah tengok tv. Lama dah ni. Pergi ambil buku, baca buku tu. Buat apa nak tengok tv lama sangat ni. Mama dah siap masak semua awak masih tengok tv. Dah, dah. Tutup tv tu”

Andaikata kita biasa berikan ayat di atas, ada 2 kemungkinan yang biasa anak akan buat:
1) buat tak tahu
2) tutup tv

Adakah anak ikut SEMUA arahan yang kita berikan? Tidak. Dia tidak buat arahan ambil buku dan baca. Ini kerana anak tidak mendengar arahan tersebut.

🔶Hear vs Listen. Ada bezanya.

Semoga membantu ibubapa dan guru-guru semua.

Menarik: Jika Anak Masih Tidur Sekali, Ambil Kira Faktor Ini, Penting Jaga Pandangan Mata Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM