Kepenatan bekerja sepanjang hari ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak buat ibu jadi terlampau penat. Ditambah pula dengan masalah dan bebanan kerja yang tak pernah habis. Ibu burn out, penat yang terlampau. Hati seorang ibu menjadi tidak kuat.
Jangan biarkan diri terus hanyut, mental dan emosi ibu perlu kuat demi memastikan anak-anak terjaga. Perkongsian ringkas Pn Mimi Rahim ini mama boleh jadikan panduan untuk kuatkan mental.
Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah & orang sekeliling, anak, suami , isteri , kawan juga best dengan kita di musim pendemik.
• Mandi sebelum subuh Dengan niat Allah ringankan seluruh anggota kita & doa kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi & berwangian, mulakan hari dengan segar.
• Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh. siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. wajib masukkan waktu rehat kita walaupun setengah jam. Waktu terbaik setengah jam sebelum zohor.
• Selepas subuh jangan tidur ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.
Ads
• Kurangkan bermedia sosial untuk perkara yang sia-dia. Scroll ig sejam tak terasa. Masa sejam yang berkualiti bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.
• Fokus Perbaiki Diri Duduk rumah, dan fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya ubah & apa yang nak kita ubah lagi. Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh,tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka & buang dengan rasa syukur, walaupun mandi jer pun.
• Sedekah setiap pagi Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita dapat, cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak. Apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain.
• Senyum Senyum pada semua. senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati. Time anak buat hal, terus senyum & istifar. Pasti hati kita best .
• Bersenam Orang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya, bersenam sangat membantu kecerdasan kita. Cuba dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah.
Ads
• Berkata baik atau diam Kalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan hati orang sakit, cuba tahan. Sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata.
Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap. Kerana panggilan Allah pada ahli syurga “ Wahai hati-hati yang tenang…..”
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Melalui facebook Tiffany dari US, yang keguguran bayi dia telah memuatnaik gambar anaknya yang telah meninggal (photo). Apa tujuan dia sebenarnya? Dia ingin menyampaikan pesanan kepada semua ibu diluar sana bahawa jangan bersedih sekiranya anda pernah kegugurkerana anda juga seorang ibu yang melahirkan anak-anak syurga! Anda patut bangga dan bersyukur katanya.
Berikut adalah kata-kata Tiffany..
Facebook / Tiffany Burns
“This is my hand. Holding my sweet baby, Ezekiel. I delivered him on January 20, 2016. His heart stopped at 11 weeks 2 days. He had a heartbeat. Such a sweet sound. He had life! He was not a blob. He was not just a clump of cells. He was formed. Perfect. Look at the details. His sweet fingers. Toes. I am blessed to be his mother.”
“Ini adalah tangan saya. Saya memegang bayi comel saya, Ezekiel. Saya melahirkannya (gugur) pada 20 Januari, 2016. Degupan jantungnya terhenti ketika dia berusia 11 minggu 2 hari. Memang ada denyutan jantung. Masih kedengaran ketika itu. Inilah kehidupan. Dia bukan segumpal darah..dia juga bukan hanya sel telur..dia mempunyai tubuh badan yang lengkap. Sempurna. Jari jemari dia..kaki2 dia..Lihatlah..Sebagai seorang ibu..saya bersyukur melahirkan dia..”
Ingin Hamil Semula Lepas Keguguran?
Pengalaman menyedihkan dan rasa kosong akibat keguguran boleh membuatkan seseorang wanita itu berasa serik mencuba untuk hamil semula. Akan tetapi, untuk anda yang masih inginkan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan, berikut disediakan beberapa tips untuk anda hamil semula dengan selamat selepas keguguran.
Pulihkan semula rasa kehilangan
Kehilangan bayi dalam kandungan sukar untuk dihadapi. Jadi, persediaan emosi adalah amat penting untuk setiap ibu. Wanita yang mengalami keguguran akan rasa lebih lemah dan berdebar-debar untuk mula hamil kembali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Walaupun tiada sebarang cara mudah untuk berhadapan dengan ketakutan menghadapi satu lagi keguguran, namun dengan bersikap terbuka kepada pasangan anda dan doktor mungkin boleh membantu anda melalui masa-masa genting sebegini. Janganlah putus asa untuk mencuba hamil kembali. Jika anda tiada masalah kesihatan yang menghalang anda untuk hamil, peluang untuk kehamilan berlaku semula adalah tinggi.
Pilih masa yang betul
Selepas keguguran, anda dan pasangan berkemungkinan mengalami kesukaran untuk bersedia dengan kehadiran bayi baru. Bagaimanapun, jika kedua-dua anda sudah bersedia, anda perlu mengira masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim.
Bersama dengan suami pada waktu yang tepat adalah kunci yang boleh membantu anda hamil dengan cepat dan selamat. Sebaik sahaja anda tahu waktu bila anda akan mengalami ovulasi dan telur anda akan dilepaskan, anda sudah boleh merancang kehamilan dengan sewajarnya. Melakukan hubungan seks terlalu awal atau terlalu lambat boleh menurunkan peluang anda untuk mudah hamil.
Tambahan pula, sperma hanya boleh bertahan selama tiga hingga enam hari dalam tubuh anda, sementara telur pula hanya boleh bertahan selama satu hari. Jadi, anda perlu melakukan hubungan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi. Kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan juga menyarankan pasangan untuk melakukan hubungan intim selang sehari jika anda tidak boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda. Ini akan menambahkan peluang anda untuk segera hamil.
Kesan jendela kesuburan anda
Cara lain untuk berjaya hamil adalah dengan mengetahui masa ovulasi anda. Peluang anda untuk hamil terletak dalam masa lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi tersebut. Akan tetapi, bagi mengenal pasti hari ovulasi mungkin sedikit mencabar. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi masa sebenar ovulasi anda, termasuklah tekanan dan aktiviti fizikal yang berlebihan.
Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti waktu ovulasi anda, termasuklah:
Periksa kalendar: Kaedah ini sesuai jika anda mengalami haid teratur dan stabil. Pertama, kenal pasti bilakah waktu haid anda seterusnya akan bermula. Tandakan hari tersebut. Jika kitaran haid anda 28-hari, maka anda berkemungkinan mengalami ovulasi pada hari ke-14.
Kesan suhu badan anda: Suhu asas badan adalah suhu tubuh terendah dalam tempoh 24-jam. Beberapa hari selepas ovulasi anda, suhu asas badan anda akan meningkat. Anda boleh menggunakan termometer untuk mengukur suhu asas badan. Peluang kehamilan anda akan menjadi lebih tinggi semasa dua hingga tiga hari sebelum suhu badan anda meningkat.
Perhatikan perubahan dalam lelehan faraj: Pada hari-hari biasa, anda akan mengalami sedikit lelehan faraj dan rasa kekeringan. Namun, semakin dekat anda dengan waktu ovulasi, anda akan mengalami lebih banyak lelehan mukus serviks. Lelehan ini akan kelihatan jernih, berlendir, dan meregang seperti telur putih.
Sebelum mencuba untuk hamil semula, adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca yang menyebabkan anda mengalami keguguran sebelum ini. Dengan mengetahui keadaan kesihatan anda dan mendapatkan rawatan yang betul boleh membantu anda untuk berjaya hamil.
Pakar perubatan menyarankan jika mengalami sakit ringan seperti demam biasa, batuk, selesema, sakit tekak dan lain-lain, ibu menyusu dinasihatkan untuk teruskan penyusuan bayi seperti biasa. Sakit-sakit sebegini sebenarnya, tidak memudaratkan bayi, malah dapat melindungi bayi daripada jatuh sakit. Hal ini disebabkan susu ibu akan menyalurkan antibodi khusus terhadap kuman yang menjangkiti diri si ibu.
Jadi, ibu menyusu jangan bimbang tentang anggapan ramai bahawa semasa sakit ringan sebegini, anda perlu menghentikan sementara sesi penyusuan. Jangan buat begitu ya sebab ia akan menjadi penyebab bekalan susu ibu terjejas. Keadaan ini boleh berlaku akibat tiada rangsangan mengeluarkan dan mengosongkan payudara bagi proses penghasilan susu ibu yang seterusnya. Antara panduan yang boleh anda ikuti semasa sakit ringan adalah seperti berikut.
1. Minum banyak air kosong
Semasa demam, suhu badan akan meningkat lebih tinggi berbanding suhu normal. Bagi membantu tubuh menstabilkan suhu badan, anda dinasihatkan untuk minum air kosong dalam jumlah yang banyak. Langkah ini juga penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi.
Bagaimana mahu memastikan diri minum air kosong dalam jumlah yang banyak sedangkan diri tidak berselera? Ini adalah antara yang boleh anda lakukan. Sediakan bekas khas berisi air kosong dan pastikan ia sentiasa berada di sisi anda. Jadi, mudahlah untuk minum apabila berasa dahaga.
Selain daripada itu, jika tidak berselera untuk minum air kosong, anda boleh gantikannya dengan susu atau jus buah-buahan segar. Mungkin juga anda boleh mencuba untuk makan buah-buahan atau makanan mengandungi banyak kandungan air seperti sup.
Dalam pada itu, anda perlu pantau keadaan fizikal dan kenal pasti tanda-tanda badan mendapat air mencukupi. Jika anda minum secukupnya, air kencing anda berwarna jernih dan tidak berbau.
2. Rehatkan diri
Pastikan anda berehat semasa demam. Jangan paksa diri melakukan kerja-kerja berat yang boleh membuatkan tubuh berasa lebih sakit. Tidurlah selepas makan ubat. Walaupun mungkin tempoh rehat semasa itu tidak lama, sekurang-kurangnya ia membantu tubuh anda untuk sembuh dengan lebih cepat.
3. Amalkan makanan seimbang
Walaupun semasa demam, selera makan berkurangan, anda masih perlu makan untuk membekalkan tenaga. Pada masa yang sama, ia membolehkan sistem tubuh menjalankan fungsinya memulihkan anda daripada demam.
Ambil makanan seimbang daripada sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Contoh karbohidrat ialah nasi yang boleh dijadikan bubur dan kentang. Contoh protein pula ialah seperti ayam dan daging yang boleh dijadikan sup atau dicampurkan ke dalam bubur nasi. Contoh vitamin dan mineral pula ialah lobak merah dan sayur hijau serta buah-buahan antaranya oren.
Dalam pada itu, anda boleh jadikan kurma sebagai kudapan kerana ia mampu memberi bekalan tenaga segera. Oleh itu, anda boleh memastikan diri tidak terlalu lemah atau keletihan untuk meneruskan sesi penyusuan ketika demam.
4. Susu dan pam seperti biasa
Selain daripada susukan bayi seperti biasa, anda perlu pastikan jadual mengepam stok perahan susu ibu dilakukan seperti biasa. Hal ini bagi menjamin penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Kekerapan anda mengosongkan payudara dengan menyusukan bayi atau mengepam seperti biasa walaupun demam adalah penting bagi mengekalkan paras prolaktin dalam tubuh adalah seperti biasa.
5. Jaga kebersihan diri
Amalkan kebersihan diri adalah penting seperti membersihkan tangan setiap kali sebelum menyusukan bayi. Hal ini penting bagi meminimumkan bayi terdedah kepada kuman yang ada pada diri anda.
Elakkan juga daripada batuk dan bersin berdekatan dengan bayi. Malah, hindari diri daripada terlalu kerap mencium bayi juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ovarian cyst adalah ketumbuhan berisi cecair yang terbentuk di dalam atau pada permukaan ovari. Ramai wanita yang mengalaminya tanpa sebarang gejala, namun ada juga yang mengalami kesakitan atau gangguan kitaran haid.
Persoalannya, adakah semua ovarian cyst perlu dibuang melalui pembedahan? Tidak semestinya. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , pembedahan hanya perlu dilakukan dalam keadaan tertentu, bergantung kepada saiz, jenis cyst, serta kesan yang dialami oleh pesakit.
Jom ketahui lebih lanjut tentang bila pembedahan ovarian cyst menjadi satu keperluan dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan
BILAKAH PEMBEDAHAN OVARIAN CYST ITU PERLU? Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan: PERTAMA untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan. KEDUA untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidakteraturan kitaran haid etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain. KETIGA untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer. Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes kanser ovari mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbangkan antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika : 1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari. 2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci). 3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haid. 4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst) 5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu: • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung atau • Pesakit adalah gadis remaja. • Pesakit telah menopause. • Menggunakan pil perancang kehamilan. Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau. Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu. Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan : 1. Imej CT scan abdomen, dan 2. Laporan pathology tisu yang diambil, atau 3. Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau 4. Wanita itu sudah mengalami menopause atau 5. Saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haid. Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak. Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal. Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.