Baru 12 hari melahirkan cahaya mata kedua, Scha Alyahya memuatnaik sekeping gambar bersama puteri keduanya di sebuah hospital.
Namun gaya dan pakaian Scha Alyahya ketika itu menjadi tumpuan warganet. Ada yang memuji tak kurang juga ada yang menegur Scha Alyahyah yang masih dalam tempoh berpantang.
Menjadi adat orang Melayu dulu-dulu dalam pantang mesti mengenakan kain batik walaupun keluar atas urusan ke hospital untuk rawatan susulan bayi dan ibu. Namun sekarang ada pelbagai jenis seluar yang sesuai dipakai ibu dalam tempoh berpantang. Ikuti penjelasan Scha Alyahya.
Tak Bergesel Ke Tempat Czer Dengan Seluar Jeans Tu?
Maternity Jeans Kan Ada
Tak kurang juga ada warganet yang berkongsi pengalaman ketika bersalin Czer.
Pakai seluar yang longgar janji selesa
Saya 4kali czer, alhamdulillah okay je
Apa-apapun ia bergantung kepada tuan badan itu sendiri, mungkin dia lebih selesa dan mudah untuk bergerak jika mengenakan seluar. Zaman sekarang pun ada pelbagai jenis seluar untuk ibu mengandung dan berpantang.
Bagi yang terlepas mengikuti siaran exclusive Schawal Baby Boom 2021, jangan lupa untuk saksikan episod seterusnya di Astro Ria dan Ria HD.
Nak tengok muka baby L yang comel boleh klik link ini (Baca: Sebijik Kakak Lara! Awal ‘Reveal’ Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat) Awal dedahkan secara exclusive hanya Schawal Baby Boom 2021.
Kredit: Scha Alyahya
Baca: “Si Kembar Buat Sendiri Kek Hari Jadi” Kecomelan Anak Eina Azman Tarik Perhatian Warganet
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Betik Banyak Khasiatnya, Makan 14 Minggu Berturut-turut Bantu Mudakan Kulit Wajah
Betik antara buah-buahan yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan. Memang sedap dapat makan betik terutama bila dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Betik atau dikenali sebagai “pawpaw” di beberapa negara lain, mengandungi beberapa jenis karotenoid yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.
Menarik tentang betik, buahnya manis. Kebaikannya juga luar biasa. Jika tertelan biji betik, jangan risau sebab ia sebenarnya boleh dimakan. Kalau anda peminat makanan yang pahit mesti suka bijinya. Ada kebaikan utama betik yang ramai tidak tahu. Jangan tahu makan sahaja ya. Wajib tahu khasiatnya.
Buah Betik Banyak Khasiatnya
Betik ada banyak jenis. Ada betik kampung. Kalau yang kacukan nama dia betik Exotica. Exotica lebih berisi. Rasanya lebih manis dan lebih berwarna terang.
Banyak manfaat buah betik dalam kehidupan harian kita. Berikut dikongsikan faktanya:
Pelembut daging
Dalam betik ada papain. Tugasnya pecahkan molekul protein yang kuat pada daging. Cara untuk lembutkan daging mudah sahaja. Selalu orang guna untuk lembutkan daging kerbau. Guna betik yang mengkal. Yang belum ranum. Potong dadu sekali dengan kulit. Kisar. Masukkan jus betik ke atas daging. Gaul hingga rata dan sebati. Perap selama 2-3 jam. Jangan lebih kalau tak isi daging jadi kering.
Anti Oksidan
Betik bersifat anti oksidan dan ada caretonoids. Jenis spesifiknya ialah lycopene. Anti oksida ini perangi radikal bebas dalam tubuh. Apabila kita ambil junk food dan bergula, berlakulah radikal bebas.
Bahaya radikal bebas ia boleh sebabkan Alzheimer’s. Lycopene inilah yang akan bantu neutralize radikal bebas. Pendapat ini dirakamkan di jurnal saintifik Clinical Intervention in Aging.
Anti Kanser
Bab ini memang power. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah adalah anti kanser terutamanya breast cancer. Kajian tentang hal ini dibincangkan di jurnal saintifik International Journal of Food Sciences and Nutrition. Bahan utama yang menjayakan ‘watak’ anti kanser ini tidak lain adalah lycopene.
Sihatkan Jantung
Adakah anda tahu tahap kesihatan jantung? Kajian di The American Journal Medicine dapati vitamin C dan Lycopene dalam betik menghalang penyakit jantung. Bukan sahaja bagus untuk jantung, ia juga jaga prostat untuk lelaki dan halang tumor.
Makan 14 Minggu Berturut-turut Bantu Mudakan Kulit Wajah
Anti Inflamasi
Satu perkara menarik tentang betik ialah ia bersifat anti inflamasi atau anti radang. Ia menurunkan jumlah C-Reactive Protein atau CRP – punca kepada inflamasi. Sekiranya anda cuba turunkan berat badan tetapi gagal, kemungkinan puncanya ialah CRP.
Antara kerja jahat CRP ialah ia baluti hormon kenyang Leptin sehingga otak tidak dapat kenalpasti hormon ini. Akhirnya anda akan terus makan sebab otak fikir anda belum kenyang. Puncanya otak tidak dapat kenal hormon leptin. Akibatnya, tanpa disedari anda dengan bangganya terus melahap makanan.
Halang Kerosakan Kulit
Bab ini penting untuk diambil tahu. Betik kaya vitamin A, C dan E. Tiga ini sekali dengan lycopene dalam betik menjaga kulit daripada berkedut, gelebeh, dan berbintik bintik. Ringkasnya keduanya adalah sistem sekuriti menjaga kulit dari dirosakkan.
Kajian dalam jurnal saintifik International Journal of Cosmetic Science mendapati bahawa individu yang mengambil betik 14 minggu berturut-turut berjaya memudakan kulit mereka.
Turunkan Kolesterol
Anti oksidan, fiber sekali dengan potassium membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran darah.
Redakan ‘Menstrual Pain’
Betik ini bukan buah sahaja yang berkhasiat, esktrak daun betik juga dilaporkan mampu kurangkan menstrual pain. Kaum wanita boleh amalkan ya!
*Kajian dalam International Journal of Scientific and Research Publications tahun 2020.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Kredit top image: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Susah Lena, Kena Caranya Ibu Pun Tak Penat. Ini Yang Kena Buat!
Tiga bulan pertama menjaga bayi yang baru lahir banyak cabarannya. Salah satunya adalah kemungkinan si kecil mama kerap berjaga malam dan tidurnya yang kurang lena. Bukan sahaja perlu bangun untuk menyusukan bayi, malah berdepan pula dengan bayi yang tidurnya tak nyenyak.
menurut Konsultan Tangisan dan TIdur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, kaedah, corak dan proses tidur bayi yang berusia 3 bulan ke bawah adalah berbeza daripada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. baru sahaja mengenali dunia, pasti sahaja bayi mama juga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Nak tahu bagaimana caranya untuk tidur baby 0-3 bulan yang lena, ikuti perkongsian Pn Uswatun ini:
Kaedah, corak dan proses tidur bayi newborn 0-3 bulan BERBEZA dengan bayi 4 bulan ke atas.
Ya BERBEZA ya !
Kita tengok bayi newborn pun tak sama dalam banyak hal bila dibandingkan dengan bayi yang lebih berusia.
Jadi, tentulah cara tenangkan dan tidurkan mereka juga lain dan ada cara khasnya.
Berita baiknya, kaedah tidur kan bayi newborn LEBIH straight forward berbanding bayi lebih berusia!
Ini kerana bayi newborn BELUM ada kematangan otak untuk ‘sabotaj’ tidur, buat drama dan tantrum elak masuk tidur, belum lasak : memanjat, naik turun katil serta keluar masuk bilik, serta belum mudah terganggu atau excited dengan suasana sekeliling.
Tapi, bila ibubapa tak tahu cara, 3 bulan pertama boleh jadi tempoh paling sukar mengurus anak
…kerana dalam masa yang sama, ibubapa perlu beradaptasi dengan jadual bangun menyusu hampir setiap 2 jam sekali, badan yang belum pulih sepenuhnya dari proses hamil dan melahirkan serta ibu masih dalam proses membiasakan diri dengan amalan penyusuan ibu.
Kredit: Baby Language
Follow dan subscribe Youtube Channel @bintangkecilmy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu, Sila Teliti Perkara Ini! Segera Jumpa Pakar Kanak-Kanak
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula.
Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER).
Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut. Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
- Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
- Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
- Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
- Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Ini menandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
- Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
- Susukan bayi dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
- Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
- Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI