Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
Sumber foto: www.freepik.com
BUAT YANG INI DULU!
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa.
Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus.
Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya.
Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk.
Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu.
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
Sumber foto: www.freepik.com
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
Ads
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
Sumber foto: www.freepik.com
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Ads
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Sumber foto: www.freepik.com
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!
Menurut sumber Astro Awani, Setakat ini seramai 48 ribu 261 orang bayi dan kanak-kanak telah dijangkiti COVID-19 di Malaysia. Daripada jumlah itu, 6,290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.
Ini bukanlah satu angka yang kecil malah angka ini sepatutnya dipandang serius oleh semua pihak.
Menurut perkongsian Dr Rashdan Mohamed pula, doktor kanak-kanak banyak menyaksikan kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak pada tahun ini terutama pada awal April 2021.
Kanak-Kanak Ada Pilihan?
Jangan Kita Jadi Asbab Anak Kita Menderita
Buat Pilihan Yang Tepat
Patuhilah SOP, jaga keselamatan anak anda dan juga keluarga.
Kredit: Astro Awani, Dr Rashdan Mohamed
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumaat yang lalu pengacara dan pelakon Nadzmi Adhwa melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan bahawa isteri tercinta, Ardell Aryana yang juga seorang pelakon telah selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 16 jam, namun akhirnya semuanya selamat. Walaupun begitu, menurut salah satu posting di Instagram Babyadhwardell, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan puteri mereka.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie . Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” tulisnya
Dalam satu posting yang lain di akaun miliknya sendiri, Nadzmi berkongsi video menunjukkan wajah puteri sulung mereka.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi berkongsi gerangan nama yang diberi kepada cahaya mata pertama mereka itu.
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa menjadi pilihan yang diambil sempena nama dua orang srikandi Islam yang terkenal.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi mengucapkan rasa syukurnya dengan kurniaan dari Ilahi untuk dia dan isterinya Ardell.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini . Salam Jumaat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Ardell juga turut memuat naik gambar puterinya di akaun Instagram memperkenalkan nama buat bayi perempuannya yang kini sudah berusia 7 hari.
“Assalamualaikum nama saya
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa
Lahir pada pukul 2:22:22s pagi Jumaat 5/6/2020 @babyadhwardell,” tulis Ardell
Menjawab salah satu komen yang bertanyakan tentang maksud nama pilihan untuk puterinya, Ardell menjawab bahawa nama tersebut diambil sempena nama dua orang srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Di usia 6 bulan pertama, bayi akan mudah mengalami masalah kembung perut dan susah nak membuang air besar. Tempoh ini bayi tak pandai mengadu tetapi akan merengek siang malam untuk beritahu yang dia tak selesa.
Walaupun dah disapu minyak telon, masalah ini tetap boleh berlaku lagi jika tak cari jalan penyelesaiannya. Melalui perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad masrom di TikToknya, beliau berkongsi cara senaman untuk keluarkan angin di perut anak. Memang selepas senaman ini, bayi akan mudah kentut dan buang air besar banyak!
Senaman untuk bayi yang tak selesa di perut
Senaman ni sangat mudah dan boleh beri keselesaan pada bayi anda. Walaupun bayi tak terus membuang air besar, sekurangnya boleh melepaskan kentut dan mengurangkan angin dalam perut. Memang mudah dan berkesan!
1.Tolak lutut bayi ke perut. Pastikan ketika lakukan senaman ini bayi tenang dan tidak menangis.
2. Lakukan secara 2-3 kali dan anda dapat dengar bunyi ‘prutt’ menandakan perut anak dah keluar angin!
Daripada perkongsian Puan Nad tersebut, ramai yang bersetuju teknik ini membantu dan berkesan. Cuma rajin atau tak saja nak buat. Tak semestinya buat hari-hari pun.
Bila nampak anak tak selesa dan tak membuang dalam tempoh beberapa hari, bolehlah buat senaman ni perlahan-lahan. Paling penting kena buat masa anak tak menangis. Biar anak tenang lagi mudah dia bagi kerjasama.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...