Bukan semua ibu direzekikan untuk menyusukan anak dengan baik dan lancar hingga ke usia dua tahun. Ada yang berhenti separuh jalan namun ada pula yang langsung tidak direzekikan untuk menyusukan anak.
Tak mudah namun kita perlu berusaha. Jangan lebih dahulu, menyerah kalah. Usaha dengan mendapatkan ilmu itu penting sebelum kita berputus asa. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Kaunselor Lakrasi, Pn Nad Masrom untuk semua ibu-ibu yang sedang berjuang untuk menyusukan anak.
Teruskan usaha dan bertawakal kepada Yang Esa, semuanya demi untuk yang tersayang.
Bila ibu tak berjaya menyusukan bayi, bukanlah tanda ibu gagal. Ini fakta. Betul, ibu-ibu yang tak menyusukan bayi bukanlah ibu yang gagal.
Kerana mereka berusaha memastikan bayi mereka terus hidup. Cuma, bila ibu tak berjaya menyusukan bayinya dengan susu ibu, ibu perlu akui satu perkara, yang ibu – TIADA ILMU.
Ini juga fakta. Cuma lebih sedih dan berat untuk diakui. Jika bayi sihat, bukanlah satu masalah besar kepada ibu-ibu yang memilih untuk tidak meneruskan penyusuan.
Jika sebaliknya, lebih banyak sesal yang perlu dihadapi seumur hidup tanpa bisa diluahkan kerana tidak mahu di’judge’ sesiapa.
Saya penah berada dalam situasi ‘gagal’ itu apatah lagi takdir memilih untuk anak saya kembali kepada Allah semula.
Saya ingat lagi waktu saya hamil, salah seorang sahabat ingatkan saya untuk gali ilmu tentang penyusuan susu ibu. Dan tahu saya jawab apa masa tu?
“Kita ada duit, buat apa susah-susah. Bagi jelah susu formula..!” Terpinga-pinga sahabat saya masa tu bila saya beri respons sebegitu.
Ads
Dan bila ditakdirkan anak saya alami alahan dengan susu formula dan doktor pesan untuk saya berikan susu ibu dan masa tu saya rasa susu saya ‘tak ada’, saya gigih juga cari ibu-ibu susuan.
Saya call sana-sini. Tapi sayangnya, tiada seorang ibu pun yang sudi bantu. Dan saya kehilangan anak pertama tidak lama selepas itu.
Dan selepas kehilangannya, saya tak sedar lagi yang saya tiada ilmu. Selepas banyak membaca dan memahamkan tentang penyusuan susu ibu, barulah saya tahu yang pengetahuan saya terhadap susu ibu sangatlah ZERO.
Jadi, bolehkah saya menyalahkan takdir dengan mengatakan, ‘tak semua ibu boleh menyusukan bayi?’ Jawapannya tentulah tidak.
Kerana jika kita tiada isu tertentu melibatkan kesihatan yang memberi kesan kepada pengeluaran susu, tentu sahaja Allah sudah tetapkan rezeki untuk susu itu ada.
Cuma kita belum ada rezeki untuk ADA ILMU atau kita tiada rezeki untuk berjumpa dengan orang yang boleh membantu.
Jadi pendapat peribadi saya terhadap isu hangat melibatkan seorang ibu yang berhadapan dengan masalah tongue tie, selagi ada daya berusahalah sehingga ke ‘titisan terakhir’.
Ads
Saya tetap puji usaha ibu itu yang berusaha untuk lakukan prosedur tongue tie release. Cuma macam saya cakap, ibu belum direzekikan berjumpa dengan doktor yang boleh membantu.
Atau mungkin doktor tersebut dah berusaha membantu, tapi ibu struggle untuk meneruskan. Saya tidak tahu. Saya pernah menyantuni seorang ibu yang pam tanpa henti setiap 2 jam sebanyak 12 kali sehari. Beliau berjumpa saya sebagai pilihan terakhir selepas berjumpa dengan beberapa doktor.
Kerana ibu ini tidak direzekikan dengan setitis susu pun walaupun pam setiap 2 jam. Sampai melecet puting ibu. Ibu ada masalah pada kelenjar pituitari ibu yang menyebabkan gangguan hormon penyusuan. Apa yang saya boleh buat bila ibu datang kepada saya?
Saya hanya pinjamkan telinga dan bahu untuk ibu ‘bersandar’. Untuk ibu terima takdir yang ibu memang tak boleh menyusukan bayi. Saya sendiri tidak mampu lakukan apa-apa. Cuma mampu beri sokongan sahaja kepada ibu.
Dan jika situasi ini berlaku, mungkin sesuai jika ibu ini yang menggunakan ayat “breastfeeding is not for everyone”. Tapi ibu ini masih boleh berikan susu ibu buat bayinya jika dia mahu iaitu melalui ibu susuan.
Saya minta maaf jika ada yang terguris. Saya tahu isu ini pun bila ada yang share link dan tag nama saya di post viral itu.
Ads
Saya tidak berniat untuk merendahkan mana-mana ibu. Kita semua ibu yang baik, ibu yang berusaha untuk memastikan anak kita terus mendapat nutrisi secukupnya.
Jika ibu tidak boleh menyusu secara terus, ibu mungkin boleh berusaha untuk memerah dahulu dan berikan kepada bayi.
Cuma perlu diketahui, disiplin dan usaha perlulah konsisten. Tidak boleh senang mengalah dan perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Inilah yang ramai tidak sanggup dilalui oleh sebahagian ibu.
Apa pun, ibu menyusu usahlah merendahkan ibu tidak menyusu. Dan ibu yang tidak menyusu, usahlah mencari jalan membuktikan ibu menyusu ni takbur.
Masing-masing perlu muhasabah. Jauh lagi perjalanan untuk kita membesarkan anak-anak. Tunjukkan sikap yang baik jika ingin mengajak ibu-ibu yang tidak tahu ini untuk menuntut ilmu.
Kalau sudah diajak secara baik tapi tetap mereka tidak mahu, kita doakan semoga ada peluang itu suatu hari untuk si ibu. Semoga kita para ibu dan wanita perkasa ini saling membantu tanpa jemu.
Selepas berehat panjang selama 12 tahun, penyanyi, Syura Badron mengakui fizikalnya benar-benar tercabar ketika menguruskan anak kecilnya.
Menerusi Insta Storynya, Syura berkongsi rasa hibanya di atas pengorbanan dalam membesarkan anak-anaknya.
“Selepas 12 tahun tak ada baby, kali ni betul- betul mencabar badan aku. Sakit badan, tak cukup tidur tu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri.
Bukan menangis sebab sakit, tapi menangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan anak-anak.
“Aku salute semua mommies kat luar sana yang jaga anak tanpa ada pembantu/maid! Semoga Allah berikan kita kesihatan dan kekuatan untuk kita enjoy every moment as a mother… it’s priceless,” luahnya berkongsi.
Tambah Syura lagi, dia paling bertuah kerana kelahiran si comel Muhammad Umar Eusoff yang dilahirkan pada 13 Mac lalu dibantu sepenuhnya oleh suami dalam menjaga bayinya yang kini berusia empat bulan.
Malah akui Syura lagi, dia juga melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa memahami dan turut membantu dalam penjagaan bayi mereka.
“Bertuahnya aku dapat suami yang sentiasa memahami dan rajin membantu (walaupun kadang-kadang dia selalu lawan berdengkur dengan anak dia),” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syura mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Muhamad Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Lepas bersalin memang bukan mudah untuk menurunkan berat badan bagi sesetengah ibu. Mungkin ada yang bernasib baik sebaik sahaja lepas pantang boleh dapat kembali bentuk badan normal atau mungkin lebih langsing berbanding sebelum bersalin.
Penyanyi terkenal dengan lagu-lagu rancak, Stancy turut memberitahu yang dia mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak pertama, Eshaal.
Semasa mengandung berat badannya mencecah sehingga 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak beratnya turun 50 kilogram.
Agaknya macam mana cara Stacy turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun ya?
Melihat di laman Instagram peribadi isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini ternyata komited berkunjung ke gimnasium bagi melakukan ‘work out’ untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal selain untuk mengembalikan staminanya semula.
Ternyata usahanya rajin bersenam di gimnasium berjaya membuahkan hasil apabila dapat mengurangkan 20 kilogram lebihan berat badan yang terkumpul semasa mengandung.
Disiplin Berpantang
Selain daripada itu, Stacy juga mengakui amalan berpantang mengikut cara orang Semenanjung selepas bersalin turut membantu dirinya dapat menurunkan berat badan.
Bagaimanapun Stacy mengakui tidak mengamalkan sebarang diet atau menahan diri daripada makan nasi. Dia makan apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang pantang kerana percaya yang penting adalah amalan bersenam.
Stacy mengakui stamina dirinya lebih baik dan bertenaga selepas mengamalkan rutin senaman di gimnasium jika dibandingkan sebelum mengandung. Penyanyi ini bagaimanapun memberitahu tujuan utama bersenam di gimnasium lebih kepada untuk mendapatkan stamina supaya mudah membuat persembahan nyanyian berbanding untuk kurus semata-mata.
Sumber: stacyanam & Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas. Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab. Tahukah anda, tabiat ini sangat berbahaya?
Malang tidak berbau, bukan sedikit kes wanita tertelan jarum peniti atau pin tudung. Ia berlaku di luar kawalan ketika mereka terbatuk, terbersin, menarik nafas atau ia terlucut dari bibir.
Dr Ahmad Samhan menerangkan tentang bahaya sekiranya berlaku situasi wanita tertelan jarum atau pin tudung ini.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah: 1. Tercekik 2. Kesukaran untuk bernafas 3. Batuk 4. Berdehit (wheezing)
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk: *Muntah *Air liur meleleh *Kesakitan pada bahagian dada atau tekak *Keengganan untuk makan *Sakit perut *Demam
Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.
Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini
#Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.Sama-sama kita berpesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.