Tak Berlebih-Lebihan, Simple Pakai Tudung Sarung, Gaya Fazura Bercuti Dipuji!

Share

Lain orang lain caranya. Ada yang mahu kelihatan lain dari kebiasaan dan tampil cantik ketika bercuti, namun ada pula yang memilih gaya ringkas ketika bercuti. Semuanya mengikut keselesaan masing-masing.

Namun gaya dan style pelakon dan usahawan berjaya, Fazura dipuji kerana berpenampilan ringkas serta tidak keterlaluan ketika bercuti ke Jerman bersama ahli keluarganya.

Paling menarik, Fazura dikatakan hanya menggunakan tudung sarung sahaja bercuti. Pun begitu, walaupun ringkas dengan tudung sarung, ibu kepada Nur Fatima Aisya ini tetap kelihatan cantik berseri.

Memilih warna-warna selamat seperti hitam dan putih, gaya Fazura bersama Fattah dan Fatima dilihat cukup cantik walau sederhana.

Sesekali anak kecil kesayangan mereka Fatima turut kelihatan dengan persalinan cantik dan lembut berwarna merah jambu. Begitu juga dengan Fazura yang mengenakan baju sejuk tebal bewarna merah jambu pekat. Cantik namun tetap sederhana penampilannya.

Banyak momen dan gambar-gambar menarik yang dikongsikan oleh Fazura dan Fattah sepanjang berada di sana. Tidak kurang juga gelagat Fatima yang begitu petah berkata-kata dan begitu tekun memerhatikan keadaan sekeliling.

Mana tidaknya, ia merupakan pengalaman pertama kali buat Fatima yang bercuti ketika musim salji.

Kongsi pengalaman ketika menempuh salji
Fazura yang ketika ini telah pun berada di Switzerland turut berkongsi beberapa kisah dan momen manisnya sepanjang bercuti.

Ada waktunya Fatima turut termuntah di dalam perjalanan yang panjang namun mencatat seribu kemanisan ketika bercuti bersama.

“Checked out of Europa Park and off to Switzerland. Tak sempat bergambar sangat masa sampai sebab our driver tersalah rumah, nak reverse untuk keluar balik tu mencabar!

“So our mini van (with the many luggages) was stuck sampai we had to turun and the boys tolong tolak sekali. Fatima pulak muntah twice on the way up.. kesian dia.

“Alhamdulillah. Setiap cabaran yang dapat ditempuh tu selalu buat pengalaman jadi lebih manis kan? Also, last last dapat makan maggi.. yay,” kongsinya.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM