Hari raya yang bakal menjelma lima hari lagi pastinya diantara kita yang sudah pun mempersiapkan barang-barang untuk memasak juadah pagi raya. Tak perlu bersesak, apa kata beli dan simpan herba dan daun-daunan seperti serai, daun kunyit dan sebagainya siap-siap.
Bila tiba waktu memasak, iaitu sehari sebelum raya, sudah siap tersedia untuk memasak. Jadi tak perlulah bersesak untuk mencari keperluan memasak lagi. Macam mana nak simpan? Ini tip yang dikongsikan oleh Hani Mynis.
Tips simpanan sayur beku ✅
Meh Hani nak bagi teka teki petang-petang ni. Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”? Hahahah
Sekarang kita tengok dia tak de nilai kan? Beshe-beshe je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga.
Untuk orang yang macam Hani tak ada bercucuk tanam kat flat ni, nak jumpa daun kunyit kemain lah susahnya bila nak raya sok. Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mengagau si Alif mencari daun kunyit kat kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya.
Iyo rondang takdak daun kunyit bukan rondang namo eh ayang oii. Tahun ni nak mengagau lagi? Idok ler.
Dah 2 kali raya lah Hani praktikkan beku kan sayur-sayur berharga macam ni.
✅daun kunyit
✅serai
✅lengkuas
✅halia
✅kunyit hidup
✅bunga kantan
✅daun pandan
✅daun kesum
Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni. Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu!
Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus.
Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayur nya.
Nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali, periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dalam kuali/periuk.
Kalau daun sup, Hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.
Daun ketumbar Hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yang rangup Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan.
Ha petang ni balik kerja singgah jap kedai Acheh borong siap-siap daun kunyit ya, jangan cakap Kak Hani tak payung.
Semoga bermanfaat.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI