Suami isteri mana yang tidak berbalah di dalam rumah tangga. Ada waktunya berselisih pendapat, malah ada juga bermasam muka dan merajuk. Namun inilah kemanisan dalam rumah tangga. Ada ketikanya semuanya dirasakan cukup indah dan bahagia. Asam garam inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam melayari rumahtanggga. Kuncinya adalah toleransi.
Dr Say Shazril juga berdepan masalah yang sama dalam rumah tangganya. Gaduh-gaduh katanya bersama isteri tercinta. Begitu kongsi Dr Say menerusi instagramnya.
“Mungkin ada yang pandang saya sebagai suami mithali memahami bini dari semua segi. Namun hakikatnya itu semua fantasi. Kami tetap berkelahi. Dan kadang-kadang topik pergaduhan tiada isi.
“Contohnya gaduh sebab Eudora dia lambat support Jawhead saya dengan alasan skillnya tengah CD. Ataupun saya mengantuk malas menemaninya ke gym di pagi hari.
“Kadang-kadang kerap bergaduh “tak munasabah” ni buat rumah tangga kami suram. Ada kala kami tidak bertegur sapa dari pagi sampai ke malam. Ada kala kami tidak bertentang mata apa tah lagi bersalam,” kata Dr Say bercerita menerusi instagramnya.
Buang ego dan bertoleransi
Pun begitu kata doktor selebriti ini lagi, apa yang lebih penting adalah bertoleransi dalam hubungan. Tak kiralah siapa menang atau kalah, sebaiknya rendahkan ego kita pada pasangan. Begitu kongsinya.
“Walaupun pergaduhan dalam perkahwinan itu WAJIB, yang menentukan kejayaan pasangan itu mengharunginya adalah TOLERANSI. Toleransi mengikut DBP didefinisikan sebagai sabar dan bertolak ansur, menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.
“Kita berkahwin dengan seseorang bukan untuk menjadikan dia sempurna sebab diri kita juga jauh dari kesempurnaan. The key is RENDAHKAN EGO baik kepada lelaki mahupun perempuan. Menang dengan pasangan tak menjanjikan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Malah bapa kepada bayi comel, Ace ini mengakui keadaannya kini baik-baik saja selepas melakukan tindakan yang tepat dalam rumah tangga.
“Sekarang kami lebih tenteram. Eudora CD setahun pun saya akur. Saya tidur setahun pun bini akur ke gym seorang diri. Toleransi is key peeps. Dah pi sayang pasangan korang cakap “abang/ sayang sorry asyik nak menang,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.
Jangan lupa saksikan pada 18 November nanti.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents