Walaupun berdepan dengan PKP yang masuk hari ke 22, hari jadi anak-anak kita usah dilupakan begitu sahaja. Raikanlah sebaik mungkin dan semeriah mungkin di rumah bersama suami dan anak-anak. Bagi menambahkan kegembiraan anak-anak, ada baiknya mama cuba hasilkan sendiri kek untuk hari jadi anak.
Tak perlu kek hebat, kek mudah dengan aneka buah-buahan sihat seperti yang dikongsikan oleh Puan Norul Hayati ini sudah cukup menggembirakan hati anak-anak kita. Tak susah pun untuk menyediakannya. Jom cuba!
Pastry Fruit Cake
Saya share resepi yang saya guna. Resepi asal blogger masakan Kak Azlita Masam Manis tapi ada sikit-sikit sahaja saya adjust dan ringkaskan penulisan resepinya. Semoga bermanfaat.
Bahan A
100g butter
160g gula
60g plain Yogurt
Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila
Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
(**ayakkan)
Ads
Bahan A dipukul sehingga kembang. Setelah kembang masukkan Bahan B. Telur dimasukkan satu per satu.
Masukkan Bahan C dan putar bahan hingga sebati. Masukkan adunan dalam loyang size 7×7 @ 8×8 inch yang telah dilapik baking paper. Saya guna 7×7 inch sebab suka tebal sikit keknya.
Ads
Susun buah-buahan yang telah dipotong cantik-cantik dalam loyang. Buah-buahan yang boleh digunakan seperti strawberry, blueberry, kiwi, peach atau mulberi.
Bakar mengikut suhu oven masing-masing.
Kongsi Tips:
* Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar, setelah masukkan telur, jangan putar adunan terlalu lama. Sekadar adunan sebati sahaja.
Ads
* Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek.
* Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong terlalu nipis atau terlalu tebal.
* Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa asli.
* Nak kek sedap dan wangi guna pure butter.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Retrieving data. Wait a few seconds and try to cut or copy again.
Selain Nasi Arab, Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti. Anak-anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam. Tak gitu? Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama wajib cuba. Paling membantu mama di dapur!
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Amirah Husain ini memang mudah. Hasil nasinya yang berkilat juga buat kita sudah mula terasa-rasa akan kesedapannya. Jom sediakan buat anak-anak petang ini.
Assalamualaikum. Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.
Bahan-bahan untuk sup:
Untuk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yang brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perap ayam:
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nak manis macam mana)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan untuk nasi:
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yang sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan untuk kuah lada:
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Mula-mula korang tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
Ok lepas tu korang letak la air banyak mana korang nak tapi bagi sis kene letak banyak la sebab korang akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok.. lepas tu korang masuk laa ayam dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih korang letak la garam dan pak aji. Pastikan masak sampai ayam empuk tau.
Ok sambil-sambil tunggu sup korang tu masak, korang buat la kuah lada pulak. Blender semua ok, masuk sekali cuka, gula dan garam.
Lepas tu masak balik, api slow je tau. Kacau sampai mendidih pastu tutup la.
Ok part ni bagi sis senang, setengah orang kalau nak masak nasi mesti kena tumis segala mak nenek tu kan. Ok kalau resepi sis, korang takyah susah-susah nak tumis dah. Korang basuh beras macam biasa, lepas tu korang tuang la marjerin yang dah dicairkan.
Ok lepas tu ambik kuah sup yang korang dah masak tadi masuk ke dalam periuk nasi korang tu. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu. Nanti nasi korang cantik tau, berkilat aje. Kuah tu ikut sukatan banyak mana korang masak nasi tau.
Ingat tu. Jangan lupa daun pandan, baru la wangi nasi uolss..tanak nasi macam biasa. Jangan gatal tangan nak tambah garam ke apa ke sebab masa uolss masak sup tu korang dah masukkan. So nasi dah cukup sedap dah.
Ok ni untuk perap ayam pulak. Masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu.
Lepas tu korang golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi. Jangan celup dengan tangan sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap. Lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap, korang letak dalam peti sat. Setengah jam pun dah ok, lepas tu goreng dengan api kuat.
Bila-bila korang goreng guna api kuat, ayam korang akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam. Walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut. Bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat. Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap. Lebihan kuah perap ayam tu, korang masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung. Bila mendidih dan pekat tutup api.
Berbanding bahagian dada ayam, anak-anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam, paha dan sebagainya. Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku, resipi yang satu ini patut anda cuba untuk diberikan kepada anak-anak yang masih kecil, berusia dua tahun ke bawah.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini bolehlah dijadikan finger food untuk anak makan sebagai snek di waktu petang. Bukan anak sahaja, sambil layan depan televisyen, sesisi keluarga pun boleh makan. Jom cuba!
Isi ayam yang terabai. Jom jadikan kudapan seisi family. Dekat rumah ini. Selalunya isi ayam kurang peminat. Boleh dikatakan tiada peminat pun iya jugak. Kesian ‘mereka’ hahaha.
Ok, hari ini kita jadikan mereka terkenal dan diminati ramai. Jaga-jaga cik yam. Cewah. Tanpa melengah-lengahkan masa. Sebagai mak-mak yang tak suka membazir bahan mentah yang sedia ada. Jom kita jadikan sumber protein ini sebagai ‘finger food’ anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan bahan mudah saja.
4-5 ketul isi ayam -dipotong dadu
1/2 batang lobak merah -disagat
Daun sup
1 sudu lada sulah
1-2 sudu tepung ubi
2 biji telur (bergantung juga pada saiz)
Sebiji bawang merah -dipotong dadu
Seulas bawang putih
Garam secukup rasa -untuk hidangan anak-anak atas 2 tahun sahaja.
Dah tunggu apa lagi. Bahan semua dah siap sedia. Ayuh kita ke dapur.
Bahan-bahan yang Kak Mai gunakan.
Masukkan bawang merah, bawang putih, telur dan isi ayam.
Bahan yang dikisar tadi. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula lobak merah, daun sup, lada sulah dan 1-2 sudu tepung ubi. #Garam untuk anak-anak atas 2 tahun sahaja.
Gaulkan rata adunan. Gitu caranya.
Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus. Oleh permukaan bekas dengan minyak terlebih dahulu.
Semerbak wei bau masa dikukus. Kukus selama 20-30 minit. Dah betul-betul masak. Angkat dan sejukkan.
Keluarkan dari loyang tadi. Potonglah ikut suka kau orang. Nak terus makan begini pun boleh tau. Kak Mai simpan baki ke dalam tupperware. Kemudian ‘frozen’kan. Dalam erti kata lain kita bekukan.
Nak goreng sekejap pun bisa buk. Tadaaaaa. Siap untuk dimakan seisi family.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sah makan tanpa ayam goreng! Inilah menu wajib anak-anak kita setiap kali makan. Masak dan sajikanlah jua apa jenis lauk pauk hebat pun, anak-anak kecil kita tetap sukakan hidangan ayam goreng.
Tambahkan lagi selera anak kecil kita dengan hidangkan Ayam Goreng Rangup Ala KFC ringkas ini. Dengan hanya lima bahan sahaja dan menambahkan beberapa bahan, hasilnya jadi lagi mengancam. Nak tahu apa bahannya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Noorastella Muhamma.
Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Selamat mencuba.
5 bahan di perlukan.
Sayap ayam ( kuantiti ikut suka )
Tepung gandum ( untuk salutan )
Tepung jagung
Telur 3 biji
Perencah gorengan serbaguna
Gaul sebati 4 bahan KECUALI tepung gandum.
Setelah sebati, salut sayap ayam dengan tepung gandum dengan rata.
Salut rata-rata, rapi-rapi.
Goreng dalam minyak panas yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas.
Angkat sayap ayam bila sudah kekuningan. Sedia untuk di makan. Jangan lupa cicah dengan sos cili. Sedap krispy-krispy! 🙂
Kenapa Ayam Penting Dalam Menu Anak?
Ayam merupakan penyumbang sumber protein yang baik untuk tumbesaran tubuh. Menurut MomJunction, 100 gram ayam mengandungi 18.6 gram protein di dalam setiap hidangan. Semua orang tahu bahawa protein merupakan nutrisi penting yang patut ada dalam setiap hidangan makanan kerana boleh membantu kepada perkembangan otot yang sihat.
100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan kita. Protein yang datang dari sumber haiwan ini sangat bagus dan mudah untuk diterima oleh sistem penghadaman bayi.
Setiap kali menyiapkan bubur nasi buat bayi, potong pada saiz yang kecil supaya atau kisarkan supaya bayi lebih senang makan. Bukan itu sahaja, ayam juga dapat membantu untuk menambahkan sel-sel darah merah. Tidak cukup disitu, potassium yang terkandung dalam ayam juga dapat menstabilkan darah supaya berada dalam kondisi yang baik.
Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...