Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, suamilah perlu bijak memainkan peranan. Begitu juga isteri yang perlu bertolak ansur agar perselisihan faham misalnya berjaya dileraikan sebaiknya.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau tidak lokek berkongsi kisahnya malah punya cara sendiri dalam menangani masalahnya bersama isteri. Malah beliau turut mendedahkan, dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Itu sebaiknya.
Jelasnya lagi, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam kehidupannya bersama isteri.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.
“Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Tindakan Dato Fazley ini sememangnya harus dicontohi oleh semua suami. Bukan masalah saja settle bahkan kasih sayang pun makin bertambah kuat setiap kali meminta maaf.
Berpisah sekejap satu jam dan kemudian selesaikannya
Satu tindakan yang sangat bijak. Siapapun tidak terlepas daripada perasaan marah namun cara Datuk Fazley bersama isterinya ini cukup istimewa. Mereka berpisah sekejap dan tidak sampai sejam kedua-duanya akan bersemuka dan menyelesaikannya dengan baik.
Akui Fazley, mana-mana wanita pun termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.
“Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Dato Dr. Fazley Yaakob, dan Datin Azrene Soraya mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Si comel Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Sumber: Astro Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI