Ingat lagi tak watak animasi merah jambu, Poppy dan rakannya Branch dalam filem Trolls? Kini mereka kembali lagi tau dengan jalan cerita yang lebih menarik, lucu dan paling penting buatkan anda semua tak duduk diam menari sekali dalam Trolls World Tour!
Filem arahan Walt Dohrn ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Justine Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton dan Mary J.Blige.
Bermula dari kiriman surat dari Queen Barb dari kumpulan Trolls hard-rock, Poppy dan Branch mengetahui satu rahsia yang sekian lama disembunyikan oleh ayahnya, tentang perpecahan suku trolls akibat perbezaan genre musik mereka, iaitu Funk, Country Tekno, Klasik, Pop dan Rock.
Ads
Namun, kemunculan puak Rock ini sebenarnya membawa niat jahat untuk menghancurkan segala jenis musik demi menghidupkan dunia rock.
Jadi, bermulalah pengembaraan Poppy, Branch dan rakan-akan lain untuk menyatukan semula semua suku Trolls ini. Agak-agak, berjaya ke Queen Poppy menyatukan kembali semua suku Trolls?
Ads
Kalau nak tahu, kenalah tonton di pawagam bermula 12 mac! Eh sebelum tu, buat peminat K-pop, Red Velvet turut ada dalam filem ini tau! Gerenti anda akan terpukau dengan tarian mereka!
Ads
Min dah tengok, serius best! Siap ikut menari lagi tau dalam pawagam tu! Haa tunggu apa lagi, jom ajak keluarga pergi tengok bermula 12 Mac ini!
Memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah. Kita juga manusia biasa, ada masanya akan rasa letih dan tertekan. Tak mahu burn out, sesekali perlu juga ambil masa untuk diri sendiri dan buat apa yang kita suka. Barulah boleh recharge semula tenaga!
Lepak Dengan Kawan, Minum Kopi Dah Cukup
Kadang-kadang untuk me time, ibu tak perlu keluarkan modal yang besar pun. Cukup sekadar dapat keluar sebentar dari rumah dan keluar bersama teman-teman rapat.
Dapat berkongsi cerita sambil duduk minum kopi sebenarnya sudah cukup untuk buat ibu rasa tenang dan lupa sebentar bebanan kerja yang ada. Dapat pula kopi yang ‘kaw’ dan makanan yang sedap, lengkaplah pakej untuk kembali bersemangat kan?
Uniknya Kedai Kopi Kebun
Bercerita tentang tentang tempak lepak yang ada kopi sedap, cubalah ke Kedai Kopi Kebun. Menurut pemilik kafe ini, Puan Sali Suhaimi, Kedai Kopi Kebun telah mula beroperasi sejak bulan Mac 2022 yang lepas. Kafe ini terletak di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.
Biarpun usia kafe ini baru sahaja sembilan bulan, tetapi sudah ada pelanggan tetap yang datang untuk menikmati kopi dan kek sambil mendengar alunan lagu lama nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Saloma. Memang mendamaikan.
Ditanyakan tentang idea untuk membuka Kedai Kopi Kebun, Puan Sali menjelaskan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.
“Saya tak tahu nak meniaga apa, jadi saya senaraikan semua perancangan saya termasuklah peniagaan F&B. Jadi saya buat kajian tentang perniagaan ini, termasuklah kekuatan dan kekurangannya.”
Tambahnya lagi, akhirnya niat untuk membuka kafe diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua kerana duit simpanan sudah semakin berkurangan.
“Saya kena retrench semasa awal PKP 1, jadi duit dalam simpanan makin habis saya gunakan untuk survive waktu itu. Waktu tu saya nekad dan mula merancang untuk buka Kedai Kopi Bunga ni.”
Ilham Nama Unik & Konsep Kafe
Cerita Puan Sali, idea untuk menamakan kafenya datang dari konsep dan dekorasinya. Kalau dilihat, dalam kafe ini banyak pokok-pokok seperti duduk di dalam kebun. Banyak nama yang difikirkan, akhirnya Puan Sali memilih Kedai Kopi Kebun kerana lebih dekat dengan hati.
“Bekerja hampir 28 tahun dalam bidang IT memang stres. Saya rasa semua kerja akan buat kita tertekan. Penting kita jaga kesihatan mental, barulah badan pun sihat. Jadi waktu itu, saya banyak keluar minum dengan kawan-kawan di kafe.”
Ketika itu, Puan Sali mendapati kafe atau gerai kopi yang dihiasi dengan pokok-pokok akan mewujudkan rasa tenang apatah lagi dia juga seorang yang memang sukakan tumbuhan. Semua faktor ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan pokok-pokok.
“Kalau dulu saya ke kafe untuk rest minda, kali ni kiranya macam saya nak bagi balik pada generasi muda yang penat bekerja supaya ada tempat mereka nak break dan hilangkan stres sambil minum kopi.”
Top Seller Kebun Kedap Kopi
Menurut Puan Sali lagi, di kafenya memang tiada banyak pilihan makanan kerana dia lebih mensasarkan untuk pelanggan datang dan rehatkan minda. Namun berkongsi apakah top seller di Kedai Kopi Kebun, sudah tentulah Kopi Muar dan Mi Bandung Muar.
Untuk pemanis mulut pula, antara yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Kek Batik dan Kek Lapis Asam Manis selain beberapa pilihan biskut premium.
Yang menariknya di Kedai Kopi Kebun ini juga ada dijual pokok kokedama. Ada banyak jenis pokok kokedama yang ada di sini dan boleh dibeli oleh para pelanggan untuk dibawa pulang.
Buka Cawangan Baru
Ditanyakan tentang perancangan untuk membuka cawangan Kedai Kopi Kebun yang lain, Puan Sali ada memasang niat tersebut. Tambahnya lagi, jika mempunyai kewangan yang cukup bolehlah dia buka cawangan lain untuk anak-anaknya belajar berniaga jika mereka mahu.
“Saya nak tunggu anak-anak semuanya tamat pengajian dan kalau mereka berminat bolehlah ambil alih perniagaan saya. Perancangan untuk tambah cawangan lain semuanya dah dibuat, kalau ada rezeki dari segi kewangan tinggal untuk execute sahaja.”
Sekiranya anda mahu melepak di Kedai Kopi Kebun, bolehlah layari laman Instagram kedaikopi.kebun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila ada anak, mama orang yang paling sibuk menguruskan segala keperluan anak. Kasih sayang mama terhadap anak memang ketara. Kalau boleh semua momen pergerakan anak hendak dirakam.
Tak percaya? Cubalah tengok galeri telefon pintar setiap mama zaman sekarang. Sejak detik anak dilahirkan sampailah anak pandai semua perkara, ada sahaja foto dan video yang dirakam.
Semuanya menjadi memori paling berharga dan disayangi ibu. Tetapi kadangkala mama terpaksa membuang sesetengah video dan foto kerana memori telefon pintar terlalu penuh.
Kalau anda menghadapi masalah tersebut bermaksud anda memerlukan sebuah telefon pintar yang mampu memenuhi keperluan penstoran yang besar untuk menyimpan segala memori foto dan video. Paling penting telefon pintar yang boleh jimat masa untuk dicas!
HUAWEI Y7a Jadi Penyelamat
Kini anda tak perlu risau masalah terlupa cas atau bateri telefon pintar habis tanpa sedar. HUAWEI Y7a yang terbaharu adalah peranti berpatutan yang sangat mengagumkan dan mesti dimiliki!
Berikut adalah 5 sebab kenapa mama semua mesti beli telefon pintar terbaharu HUAWEI Y7a.
1.Satu-satunya telefon pintar yang ada ciri SuperCharge 22.5W. Ia boleh dicas selaju 10 minit dan boleh tengok video selama 2 jam! Kalau dicas 30 minit dah boleh dapat bateri 44% dan hanya perlukan masa 2 jam sahaja untuk dicas penuh.
2.Kapasiti bateri besar 5,000mAh. Bila dah cas penuh, 16 jam boleh tengok video dalam talian dan 12 jam melayari internet.
3.Memiliki 48MP Kamera Al Quad di mana SuperSpectrum Sensor bekerja bersama AI algoritma pintar dan mampu merakam foto keindahan setiap momen walaupun di bawah sinar lampu yang malap.
4.Paparan skrin besar bersaiz 6.67 inci FULLHD+ dan nisbah skrin-ke-badan 90.3% yang luar biasa. HUAWEI Y7a memberikan pemandangan yang besar dalam perincian yang jelas. Kamera depan di tengah turut memberikan pengalaman optimum kepada pengguna dengan minimum gangguan.
5.Penstoran besar sehingga 128GB membolehkan anda menyimpan semua video, foto dan permainan video kegemaran anda.
Kalau mama semua nak menang hadiah HUAWEI Y7a yang bernilai RM799, jawab soalan di bawah ini ya. Tunggu apa lagi, mana tahu anda bertuah memenanginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd dan juga Pengasas, Yaya Suhaimi hari ini melancarkan produk baharu keluaran Nufiya Empire Sdn Bhd, King Kaffe yang diadakan di Port Dickson.
King Kaffe, dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki. Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.
“Antara kelebihan King Kaffe adalah untuk membantu masalah kesihatan kaum lelaki. Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan, tetapi sebanyak 5000 set telah terjual, di mana mereka membuat pembelian lebih awal. Doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna,” jelas Yaya Suhaimi.
Dalam pada itu, Yaya Suhaimi turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya. “Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.
“Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 sales sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi suri rumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelasnya.
Lebih membanggakan, di dalam majlis itu juga turut menyaksikan upacara penyampaian sijil Jenama Pilihan Pa&Ma 2020 kepada Nufiya. Editor Pa&Ma, Emy Haznida Hazairul Sham telah menyampaikan sijil tersebut sebagai tanda penghargaan kerana jenama Nufiya telah dipilih sebagai Minuman Tambahan Ibu Pilihan.
Sempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd turut mengambil kesempatan untuk menghargai team yang hadir dan akan menyerahkan penghargaan khas buat mereka seperti hadiah, trofi, dan juga sijil penghargaan.
Majlis bertemakan Glitter and Glamour ini telah dihadiri seramai 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan #avangersnufiya dan turut menampilkan Najib Assaddok serta isteri sebagai tetamu khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.