Travel buat pertama kali dengan anak sememangnya banyak yang kita pelajari. Pelakon cantik, Mira Filzah juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman travel dalam perjalanan yang jauh buat pertama kali dengan anak.
Menerusi Insta Storynya, Mira Filzah yang meluangkan masa untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarganya ke Kota Kinabalu, Sabah itu turut memuat naik beberapa perkongsian mengenai anaknya sepanjang bercuti.
Kongsi Mira lagi, antara beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memilih pemakaian yang tepat ketika bercuti bersama anak.
Malah kata Mira lagi, dia kini mula peka untuk tidak mengenakan tudung dengan pin atau jarum di kedua bahunya.
Semuanya demi keselamatan anak kecil itu ketika mengendong bayinya.
“Bila pergi travel banyak dukung Amir, one thing yang Mira belajar, tak boleh pakai pin/jarum kiri kanan bahu ya.
“Takut jarum terkeluar terkena dia,” kata Mira berkongsi.
Menerusi entri itu, Mira turut memuat naik sekeping gambarnya yang sedang mengendong anaknya, Wan Khair Amir.
Meninjau di Instagram pelakon cantik manis ini, Mira turut berkongsi beberapa keping gambar keluarga sepanjang percutian.
“Short but meaningful retreat to Kota Kinabalu with Abah Mak and family. Selamat ada ‘abang’ Umar untuk tengokkan @wankhairamir sewaktu Papa & Mama makan dan berehat.
“Banyak memori indah juga tercipta bersama si putera kecil kami ini. Suka untuk kami kongsi bersama nanti,” kongsi Mira.
Malah tema warna biru dan putih yang dikenakan Mira dan keluarga juga turut menarik perhatian ramai. Cantik.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI