Perjalanannya cukup struggle sejak belas tahun lalu, namun semangat juangnya itu membuktikan kanser bukanlah penamat hidup selagi belum sampai masanya.
(Follower Pa&Ma, Guna kod promo PNMGSP5 untuk pembelian Sugar Bubble Dish Washing Liquid dengan harga murah di GO SHOP)
Kisahnya jarang dikongsi, namun kali ini dia sudi berkongsi perjalanan menjadi ibu dan pesakit kanser tahap 4 selama 11 tahun dalam Anugerah Best Mama Millenial, Pa&Ma Gala 2022.
“11 tahun saya sakit. Awal-awal jadi ibu tu saya sempat menjadi ibu yang sihat dalam beberapa bulan je. Lepas tu terus saya dapat tahu saya ada kanser.”
Ditanya tentang bagaimana pelakon yang popular dalam drama Dunia Baru ini mendapat kekuatan menempuhi dugaan, jawapanya adalah demi anak-anak.
“Semangat saya adalah anak, sebab saya cumalah manusia biasa yang cepat rasa down. Sakit bila buat kimo, tapi bila ingat anak saya terus rasa kuat.”
“Pada awalnya, saya ingat lagi masa tu saya menerima keputusan dan saya bawa anak masa tu, dalam stroller, doktor cakap saya ada kanser stage 2. Masa tu saya dah fikir anak saya kecil lagi, macam mana saya nak buat kimo dalam masa yang sama nak besarkan anak yang masih baby, yang perlukan perhatian dan belaian”
“Tapi bila saya fikir, saya tak boleh down. Sebab saya memang nak anak dan dalam masa yang sama Allah juga bagi saya kanser. Jadi saya kena terima dua-dua”
Mengimbas kembali saat anak-anak masih kecil, Elyana mengakui sedih kerana setelah menjalani kimoterapi, dia jarang dapat memeluk bayi sulungnya kerana risau tentang kesan daripada kimoterapi tersebut jika terkena pada bayi.
“Masa saya anak kecil, after kimo. Saya kena balik dan suap anak. Saya tak boleh dukung anak tak boleh, sebab saya balik ada keluar peluh dan peluh tu keluarkan kimoterapi tu. saya tak dapat peluk anak saya! saya tak boleh jadi macam ibu lain, sebab saya takut peluh tu terkena baby. Saya pegang anak jauh, saya tak dukung tapi pegang jauh. Sangat perit tak boleh jadi macam ibu-ibu lain.”
“Bila habis kimo, saya suka pergi bercuti. Tapi bila bercuti saya akan banyak rehat dalam bilik. Anak-anak nak saya teman dia pergi swimming pool. Dia keep tanya kenapa bonda tak sama macam mak-mak lain yang boleh teman anak. Itulah yang saya rasa, kenapa saya tak boleh jadi macam ibu-ibu normal. Akan bersama dengan anak.”
“Jadi start dari tu, saya tukar mindset dan bawa anak pergi makan, hantar pergi sekolah. Saya tak nak anak tinggal dengan memori yang mak dia sakit”
Ada ketika Elyana rasa ‘down’ tetapi kisah hidupnya ini boleh memberi inspirasi. Ikuti perkongsian penuh ibu kepada dua cahaya mata ini di bawah.
Bagi mama yang sedang hamil, berpantang dan baru melahirkan jom ikuti workshop Pa&Ma di SINI.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI