Tahun ini dianggap paling bermakna buat penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anak sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah kini hamil.
Perasaan keterujaan itu dikongsi Ziela menerusi Instagram yang nampaknya tak sabar untuk menimang cucu dan melangkah ke satu fasa seterusnya bergelar nenek.
Dalam kegembiraan itu, Ziela turut menitipkan doa buat anak dan menantunya serta kandungan Julia semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati semua orang dan seorang yang mentaati dan memulikan ibu bapanya nanti.
Setelah pengumuman yang dibuat oleh Julia minggu lalu mengenai dirinya sedang hamil, ramai peminat Ziela turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk kandungan Julia.
Menghargai ucapan dan doa yang baik dari semua netizen, Ziela sangat berterima kasih dan mengharapkan Allah memberi perlindungan buat anak, menantu dan bakal cucunya, baby A.
Ads
Sebelum ini, berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia dengan memuat naik foto imbasan ultrasound.
Ads
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig zielajalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja minum air gula, pasti ibu hamil seakan tidak sanggup untuk kembali melakukan rutin itu sekali lagi ketika hamil. Sukar namun terpaksa.
Biarpun bukan setiap bulan, proses yang satu ini menjadi satu ketakutan buat semua ibu. Bimbang muntah atau ada yang terpaksa minum sekali lagi gara-gara disebabkan minum air sebaik minum air gula.
Menurut Dr Muhammad Izzat, proses minum air gula sebenarnya tidaklah menyusahkan jika bakal ibu tahu cara tepat untuk minum air gula ini. Dan ini tip yang dikongsikan oleh beliau agar sukses dan tak termuntah!
Tips-tips minum air gula supaya tak termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian.
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja. Ni SEBELUM minum air gula ya. Jangan kompius.
3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe tak de ler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amik darah.
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa)
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. Jangan makan lagi time ni, sabar. Air kosong pun tak boleh minum masa tunggu 2 jam ni.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut je mengidam, boleh dikatakan wanita hamil akan melalui fasa ini. Jika tak dapat apa yang diingini, sampai boleh menangis. Sama juga situasinya dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa.
Setiap hari teringin nasi lemak
Sedang menghitung hari untuk bersalin, Neelofa, 33, mendedahkan pernah mengidam untuk makan nasi lemak setiap hari pada trimester pertama dan kedua.
Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.
Awal-awal tu, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari. Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari.
Neelofa berkongsi perkara tersebut ketika siaran langsung Instagram (IG) bersama penyanyi, Ernie Zakri, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata, makanan pertama yang dibeli setiap pagi adalah nasi lemak namun terhenti ketika memasuki trimester ketiga.
Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya.
Tak boleh makan suplemen
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz memberitahu perubahan ketara sepanjang kehamilan adalah dia tidak suka mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatannya.
Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh.
Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil.
Baru-baru ini, Neelofa akhirnya secara terbuka berkongsi fasa terakhir kehamilan. Namun, dia enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit kepala kronik disusuli demam terutama pada waktu malam petanda ada yang tidak kena dengan proses kehamilan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Akma Abdullah.
Akur ketentuan Tuhan, Akma yang hamil tiga bulan, reda kandungannya, gugur, 3 November lalu jam 5 pagi.
Menceritakan detik cemas itu, Akma memberitahu, hasrat menimang anak ketiga tidak kesampaian apatah lagi kandungannya tidak memberi sebarang masalah pada awal kehamilan.
“Jika diikutkan, tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini… Semuanya tampak normal.
“Cuma memang saya rasa, kehamilan kali ini berbeza daripada dua anak yang terdahulu. Saya alami sakit kepala yang teruk.
Ketika itu, saya kurang pasti apakah kesakitan itu menjadi petanda,” katanya kepada BH Plus.
Akma berkata, pening kepala berlarutan menjadi demam terutama pada waktu malam.
“Ketika itu, saya hanya mengambil ubat sendiri tanpa berjumpa doktor,” katanya.
Berkongsi insiden keguguran, Sabtu lalu, katanya, dia mengalami kesakitan teruk pada kira-kira jam 2 pagi.
“Dalam proses itu, dia mengalami pendarahan yang teruk dan semuanya berjalan lancar apabila berjaya keluar secara semulajadi tanpa proses D&C,” katanya.
Berkongsi perasaan kehilangan zuriat, Akma mengaku sering teringat kejadian itu.
“Biasanya pada waktu malam, ingatan saya kembali kepadanya.
“Mujur saya sudah ada dua anak yang membesar di sisi sepanjang masa,” katanya.