Anak jutawan terkemuka dan usahawan Chryseis Tan mengumumkan bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Menerusi laman Instagramnya, Chryseis memuat naik sekeping gambar dengan ‘baby bump’ nya yang semakin jelas kelihatan.
Malah menerusi kapsyennya kata Chryseis lagi yang juga anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan itu berkata, kandungan yang kini berusia lima bulan itu sudah tidak dapat disorok lagi.
“Tak boleh sorok awak lagi dah,” tulis Chryseis ringkas dengan tanda pagar 19 minggu kandungan.
Chryseis yang juga isteri kepada SM Faliq Nasimuddin ini juga turut mengenakan gaun malam berwarna hitam yang tambah menampakkan lagi baby bumpnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia usahawan berjaya ini juga turut menitipkan ucapan tahniah dan turut mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik dan sihat.
Terdahulu, Chryseis dan suaminya SM Faliq Nasimuddin mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!