Melahirkan anak seorang diri, tanpa ditemani suami di sisi ketika musim Covid, pasti memberi pengalaman berbeza buat ibu-ibu yang melahirkan cahaya mata mereka lagi-lagi kelahiran anak sulung.
Ini kerana ibu yang bersalin dalam tempoh sekarang ini berbeza sangat berbanding sebelum ini. Cabaran menguruskan segalanya seorang diri, perlu akur kepada beberapa syarat iaitu tiada peneman dalam bilik bersalin, tiada peneman di dalam wad pada waktu siang mahu pun malam, serta tiada pelawat yang dibenarkan masuk pada pagi atau petang.
Mungkin ini situasi agak sukar tetapi sama ada mahu atau tak, inilah prosedur jika bersalin di hospital kerajaan.
Menerusi ciapan Syaza Johari di Twitter, dia berkongsi saat-saat ketika melahirkan anak sulung, 22 Januari lalu tanpa suami dapat menemaninya di sisi. Perantaraan mereka hanyalah melalui aplikasi WhatsApp dari awal masuk wad sehinggalah selamat melahirkan anak.
ARTIKEL BERKAITAN [Doktor Pesan Bersalin Musim Covid, Semua Buat Sendiri. Standby Ikut Checklistt Ni!]
Apa yang buat dirinya berdebar, perasaan takut untuk bersalin tiba-tiba semakin terasa apabila doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan. Alhamdulillah semuanya selamat dan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Raiz Razie bin Muhammad Fahtul Razie pun sihat.
Suami bagi voice note azan untuk baby
Menariknya perkongsian Syaza, dia berkongsikan whatsapp antaranya dan suami sepanjang menunggu detik kelahiran sehinggalah selamat bersalin. Malah dalam masa yang sama suaminya terpaksa mengazankan bayi mereka melalui voice note.
Dengan perkongsian dari Puan Syaza, diharapkan dapat memberi persediaan mental dan fizikal untuk ibu-ibu lain yang sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi tidak lama lagi. Apa yang penting semangat dalam diri dan doa dari insan tersayang akan mempermudahkan semua urusan.
Kredit: Syazaajoee
**Nak dapatkan barangan bayi pada harga sangat berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI