Tak boleh tengok orang lebih, mesti dengki, anak mungkin ada ‘mentaliti ketam.’ Mentaliti ketam adalah satu fenomena sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan dan hubungan sosial anak-anak.
Tak Boleh Tengok Orang Lebih, Mesti Dengki, Anak Mungkin Ada ‘Mentaliti Ketam’
Dalam persekitaran yang sangat kompetitif, anak-anak mungkin melihat kejayaan rakan sebagai ancaman kepada status mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan mereka bersikap negatif dan tidak menyokong.
Ada seorang ibu bawa anak dia ke klinik saya. Dia kata anak dia ni ada perangai suka sabotaj kawan-kawan yang lebih baik pencapaiannya dari dia. Selalu sangat.
Baru-baru ni cikgu beritahu dia sembunyikan buku di mana di dalamnya terdapat kerja rumah kawan dia. Kawan dia ni selalu dapat markah lebih tinggi dari dia.
Tahu tak? Set pemikiran seperti ini kita panggil “Ketam Dalam Baldi” atau “Mentaliti Ketam”
Mentaliti ketam merujuk kepada sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih berjaya, sehingga sanggup menggagalkan usaha orang lain supaya tidak dapat melepasi pencapaian dirinya.
Mudah kata “kalau aku tak dapat, biar semua orang pun tak dapat.”
Istilah ini diambil daripada pemerhatian terhadap perangai ketam di dalam baldi nelayan; jika satu ketam cuba memanjat keluar, ketam-ketam lain akan menariknya kembali supaya semua tetap terperangkap bersama.
Ads
Mentaliti Ketam ni bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja. Ia boleh juga ada pada orang dewasa. Untuk mengelakkan kita dikuasai mentaliti ini, ada beberapa langkah boleh diambil:
1. Muhasabah Diri
Kenali dan fahami emosi dan tindakan kita sendiri. Tanya diri sendiri kenapa kita cemburu atau tidak senang dengan kejayaan orang lain.
2. Berlapang Dada
Terima hakikat bahawa setiap orang berhak mencapai kejayaan. Jika orang lain berjaya, tidak bermakna kita gagal.
3. Fokus pada Pertumbuhan Sendiri
Alihkan tumpuan dari membandingkan diri dengan orang lain kepada peningkatan diri dan capaian peribadi anda.
Ads
4.Tumpang Gembira
Raikan kejayaan orang lain. Ini membantu menjalin hubungan yang positif serta mencipta persekitaran yang sihat di mana semua orang boleh maju.
Semoga kita semua dapat hindari diri dan anak-anak daripada mentaliti begini.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ingatkah lagi bagaimana perasaannya apabila mendengar perkataan pertama dituturi oleh anak? Mungkin sesetengah bayi agak lewat pertuturannya tetapi keterujaan yang kita rasai tetap sama. Perkataan pertama terlalu dinanti-nantikan oleh setiap ibubapa. Ibubapa yang berkesempatan untuk merekod momen gemilang itu sudah pasti akan menghebahkan keterujaan di media sosial untuk dikongsikan bersama seluruh dunia.
JANGAN LUPA MOMEN ITU
Semakin anak menguasai bahasa dan pertuturan, semakin mudah kita menguruskan anak. Jika ‘tantrum’ kerap berlaku ketika usia awal kerana ketidakupayaan anak untuk meluahkan emosi dan ketidakupayaan anak untuk menyampaikan apa yang diingininya, berkembangnya bahasa dan pertuturan mengurangkan kadar meragam anak.
Jika sebelum ini kita perlu meneka-neka apakah yang diingini anak, keupayaan untuk bertutur membuka peluang komunikasi yang lebih bermakna di antara ibubapa dan anak.
Bagaimanapun keterujaan yang kita rasakan itu selalunya tidak lama.
Semakin usia anak meningkat, semakin anak pandai bertutur, semakin anak menguasai bahasa, semakin anak tahu meluahkan emosi dan semakin anak berupaya menyampaikan keperluannya, komunikasi di antara ibubapa dan anak mula menjadi semakin hambar.
Ibubapa mula diam kerana sibuk.
Ibubapa semakin diam kerana ‘technoference’.
Ibubapa diam kerana anak sudah terbukti normal boleh bertutur, kenapa perlu dirisaukan lagi?
Kenapa perlu meluangkan masa mendengar anak bertutur seperti ketika anak kecil dahulu?
Anak diam bukan kerana tidak boleh bertutur tetapi anak diam kerana tidak teruja untuk berbual.
Anak diam kerana dia sudah dibiasakan untuk ‘berbual’ dengan gajet.
Anak diam kerana tidak pasti adakah ibubapa sudi mendengar.
Anak diam kerana rakan lebih memahami perasaannya.
Anak diam kerana tidak diberi peluang untuk bersuara walaupun dia boleh bertutur.
Jika dahulu ‘tantrum’ anak kecil semakin mudah diurus apabila dia boleh bertutur meluahkan emosi dan keperluannya, kini ‘tantrum’ anak remaja sukar diurus kerana dia tidak meluahkan emosi dan keperluannya walaupun boleh bertutur.
Jangan lupa bagaimana kita ternanti-nantikan saat anak menutur perkataan pertamanya dahulu. Luangkan masa dan berbuallah.
Adam dan Noah anak kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Adam sudah boleh berjalan manakala Noah masih belum. Ini antara usaha beliau untuk membantu Noah memulakan langkah pertamanya.
Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau berkongsi tentang perkara ini. dengan bantuan alat push walker dia berharap alat tersebut akan membantu Noah berjalan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk membantu anak mengambil langkah pertama.
Seorang kanak-kanak mesti dapat berdiri sendiri sebelum mereka dapat berbuat demikian. Itu menunjukkan kaki dan belakang mereka sudah cukup kuat. Tetapi sesetengah kanak-kanak mengambil masa satu atau dua bulan bergantung kepada tahap keberanian dan keyakinan mereka.
Anda perlu menggalakkan kanak-kanak itu membantu mereka berjalan.
Kami membeli push walker ini dengan harapan Noah dapat mengatasinya. Noah sudah dapat berdiri sendiri tetapi entah bagaimana memerlukan sedikit bantuan untuk berjalan. Dan Adam sudah berjalan di mana-mana yang merata-rata dalam rumah ini.
Kesian Noah. Tetapi tidak mengapa, daddy akan membimbing dan membantu Noah agar setanding dengan Adam.
Apabila bayi suka menyusu melalui botol dan enggan menyusu dari payudara ? Pakar laktasi syorkan mama cuba 3 cara ini untuk mengatasinya.
Ada sesetengah bayi enggan untuk menyusu terus pada payudara selepas diperkenalkan botol susu. Hinggakan ibu bermacam-macam cara telah dilakukan tetapi gagal. Maka, bagi memastikan bayi mendapat kebaikan susu ibu walau pun tanpa menyusu terus daripada payudara, ibu perlu memerah dan menyusukannya menerusi botol kerana tiada cara lain untuk bayi boleh menerima susu ibu. Hal ini meletihkan si ibu dan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu menjadi semakin berkurangan.
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC SusuIbu.Com, permasalahan bayi menolak menyusu terus dari payudara adalah sesuatu yang agak biasa kita dengar terutama jika bayi sudah diperkenalkan dengan botol. Namun ia boleh dipujuk untuk kembali ke payu dara dengan mengamalkan teknik tertentu.
Ini kerana teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting tiruan sejak dari kecil lagi, dikhuatiri bayi akan mengalami keadaan keliru puting dan juga masalah dalam penyusuan (suck confusion).
MENGGUNAKAN CAWAN
Untuk mengelakkan bayi daripada mengalami keliru puting dan juga suck confusion, penggunaan alternatif lain adalah amat digalakkan. Sebagai contoh, cawan kecil yang mana ianya bukan sahaja mudah untuk melakukannya malah amat mudah dibersihkan. Sekiranya anda tidak pasti cara melakukannya, dapatkan nasihat daripada kaunselor atau pakar laktasi. Pelajarilah pelbagai teknik ini daripada awal lagi supaya anda tidak panik kelak!
PACED BOTTLE FEEDING
Hakikatnya kebanyakan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh ataupun taska. Penggunaan botol diakui lebih mudah, menjimatkan masa dan paling sangat praktikal. Kaedah paced bottle feeding dapat membantu untuk mengurangkan kekeliruan pada bayi apabila menyusu dari botol.
PUJUK BAYI KEMBALI MENYUSU PADA PAYUDARA IBU
Amalan penyusuan secara exclusive pumping ini pasti mencabar dan memenatkan anda. Ini kerana apa yang perlu anda lalui menuntut banyak masa dan usaha di mana anda perlu kerap memerah menggunakan pam bagi merangsang dan mengekalkan bekalan susu ibu menerusi sesi pengepaman itu semata-mata.
Ini kerana pam payu dara tidak begitu efektif dalam merangsang pengaliran dan mengeluarkan susu daripada payu daraberbanding bayi yang melakukannya.
TIP MAKSIMUMKAN PENGHASILAN SUSU
Anda juga mungkin mengalami turun naik dalam penghasilan susu dan/atau mengalami kesukaran dalam membina dan mengekalkan bekalan seperti ibu yang lain. Ketahuilah! Bekalan susu anda ditentukan oleh amaun susu yang dapat dikeluarkan daripada payu dara.
Untuk memaksimumkan hasil susu perahan, kajian menunjukkan penggunaan pam payudara berganda (jenis double) yang berkualiti, pengepaman secara kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari dan urutan payu dara dapat membantu meningkatkan output susu anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.