Wow memang terbaik! Inilah hakikatnya jika ibu yang baru melahirkan anak kekal dengan rutin menyusukan badan. Dengan hanya menyusukan badan, kalori dapat dibakar dari 500 hingga 700 setiap hari. Hasilnya badan jadi langsing seperti sedia kala. Inilah yang dialami pelakon, Ika Nabila.
Ika turut 20kg daripada berat selepas melahirkan anak iaitu 72kg. Dan kini beratnya hanya 50kg sahaja. Katanya berkongsi, tiada sebarang senaman yang berat dilakukan di rumah, hanya menyusukan si comel kesayangan, Muhammad Noah Zayn sahaja yang kini sudah pun mencapai usia 9 bulan.
Menurut Ika dia kini cuba hendak konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal disamping mengekalkan beratnya kini.
Perkongsian diinstagram ternyata mendapat pujian daripada pengikutnya. Berkongsi gambar di gym, ternyata Ika tampil cukup cantik dengan berat badan idealnya.
Ads
Mommy is backkkkkk!!! Hahahahah sanggup book class 8am semata mata nk try indoor cycling hat famous tu. Makan hati tengok mak-mak yang pi workout pakai sport bra tayang perut flat.I pun nak jugak flat macam tu.
Perut Mamika dah flat. Berat pun dah 50 kg dari 72kg. Tak buat heavy workout out pun, breastfeed je alhamdulillah 500-700 calories hangus everyday. Tapi apa salahnya start balik work out mcm dulu. Tone up sikit sisa-sisa melahirkan tu. Sekeping sangat pun tak lawa. Ayah Noah Zayn suka yang padu sedap peluk kan @zaidbowie.
Stok Susu Noah Meriah
Sementara itu dalam perkongsian yang lain, Ika turut berkongsi rezeki stok susu Noah yang agak meriah.
Ads
Berat Noah Zayn almost 11kg. Hahaha minum susu 30oz sehari makan 2 kali. Bulat. Harap-harap I berjaya susukan dia sampai 2 tahun. Mamika YAKIN! InsyaAllah boleh! Oh buat yg tak tahu l, tu stock susu Noah Zayn. Sebahagian dari freezer pertama, Alhamdulillah ada lagi 2 freezers ebm stock.. InsyaAllah semua untuk anak soleh. Tak kisah la ada yg kata susu tepung pun boleh jadi manusia, itu terpulang. But for me. I want only the best for him. I believe all of you too! Ika selalu tanam kan dalam otak, mengandung boleh, beranak boleh, meyusu pasti boleh! Yakin dgn Allah. Yakin dgn diri sendiri & sentiasa Positive!
Tahukah anda, bayi kepada ibu yang kerap minum susu lembu ketika menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami alahan makanan apabila mereka menginjak dewasa?
Menurut kajian dari Chalmers University of Technology, Sweden, anak kepada ibu yang gemar minum susu lembu kurang berisiko untuk mempunyai alahan berbanding ibu yang langsung tidak mengamalkan pengambilan susu lembu.
Mia Stråvik, penulis utama kajian ini berkata, ada kaitan yang jelas antara susu lembu dan juga alahan dalam kalangan bayi.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud minum susu lembu merupakan penawar alahan makanan.
Menurut Profesor Ann-Sofie Sandberg, penyelia kajian Mia Stråvik, sistem imun bayi mungkin jadi lebih matang disebabkan bahan yang terdapat di dalam susu ibu.
Sebenarnya, ada satu hipotesis yang bernama ‘the hygiene hypothesis’ yang boleh menyokong penemuan ini.
Menurut hipotesis berkenaan, bayi yang lebih awal terdedah dengan mikroorganisma tertentu boleh bertindak merangsang sistem imun bayi dan membuatkannya matang dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, disebabkan kita sekarang hidup di dalam persekitaran yang lebih bersih, bayi tidak akan terdedah dengan banyak mikroorganisma semasa kecil dengan mudah.
Sebaliknya, sistem imun bayi akan terangsang dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam susu ibu. Oleh sebab itu, Mia Stråvik berpendapat, diet ibu mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap sistem imun bayi.
Tambah beliau lagi, kajian ini bukanlah yang pertama menemui kaitan antara susu lembu dan pengurangan alahan makanan dalam kalangan bayi.
Sebenarnya, ada banyak kajian lain yang dapat menyokong dapatan kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian lalu mungkin tidak berapa lengkap kerana ia melibatkan kaji selidik sahaja. Namun, kajian yang dilakukan oleh Mia Stråvik lebih teliti dan lengkap.
Pengambilan susu lembu oleh ibu ditentukan dengan kehadiran sejenis ‘biomarker’ tertentu manakala alahan anak mereka juga disahkan oleh seorang doktor yang pakar di dalam bidang alahan kanak-kanak.
Alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak
Alergi merupakan salah satu penyakit kronik yang lazim berlaku kepada kanak-kanak.
Malah, jumlah kanak-kanak yang menghidap alahan kian bertambah hari demi hari lebih-lebih lagi di negara yang membangun.
Kajian ini dijalankan kepada 508 kanak-kanak di Sweden. Antara kanak-kanak tersebut, terdapat:
Hingga ke hari ini, mekanisma sebenar masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi, menurut Malin Barman, ada beberapa penjelasan yang logik untuk menerangkan kondisi ini.
Salah satunya mungkin disebabkan oleh kehadiran satu bahan di dalam susu lembu yang boleh mengaktifkan sistem imun kanak-kanak dan membantunya untuk membentuk toleransi terhadap makanan.
Bahan yang tidak diketahui ini mungkin merupakan sebahagian daripada lemak atau protein susu tersebut.
Selain itu, ada juga yang menganggap jumlah pengambilan susu lembu memainkan peranan yang penting.
Pengambilan susu yang lebih banyak akan memaksa badan mengurangkan pengambilan sejenis lemak yang dikenali sebagai lemak poli tidak tepu.
Lemak poli tidak tepu sudah lama terbukti mempunyai kesan yang negatif terhadap sistem imun kanak-kanak.
Oleh sebab itu, susu lembu di dalam diet ibu bertindak ‘membatalkan’ efek negatif tersebut dan membuatkan bayi kurang mengalami alahan makanan.
Adakah anak saya mengalami alahan makanan?
Kepada ibu-ibu, cuba periksa sama ada anak anda mengalami satu atau lebih reaksi alergi yang disenaraikan di bawah:
Jika anak anda mempunyai simptom di atas, dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Jangan sesekali bereksperimen dengan makanan tanpa pengetahuan doktor.
Bayi yang masih kecil memerlukan nutrisi yang tertentu untuk membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, alahan boleh menyebabkan anak tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
Untuk mengelakkan masalah ini, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda berjumpa dengan ahli dietitik untuk mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai dengan keadaan anak anda.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Ramai ibu baru melahirkan kehairanan mengapa bayi lelaki yang baru lahir lebih kerap menyusu. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan si ibu keletihan bagi memenuhi keperluannya yang mahu menyusu dalam tempoh yang singkat.
Menurut Pakar Laktasi bertauliah di MilkWithLove Breastfeeding Centre, Ratzuraini Rahim, anda tidak perlu risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Jangan membandingkan keadaan ini dengan bayi yang menyusu susu formula yang rata-ratanya tidur nyenyak dan lebih lama.
Apakah bezanya? Teliti fakta ini. Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang masih kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi.
Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Jadi, anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada ketika inilah hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Ada kalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik, bagi mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak agar menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Ada kalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pengeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisien lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukan dia. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu mengeluh, orang suka banding-bandingkan saiz badan bayi mereka. Ada yang salahkan susu ibu sebab tak berkualiti dan anak tak tembam.
Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, beliau ingatkan ibu-ibu jangan terlalu nak bandingkan saiz badan anak dengan memberi tanggapan negatif yang mungkin boleh mengguris hati si ibu.
Dalam gambar ni, bayi saya dan sahabat saya Shuhadak Zaidun sebaya. Beza usia bayi kami cuma tiga hari. Bayi kami menyusu susu ibu sepenuhnya. Nama pun lebih kurang sama. Bayi saya Ali, bayi kawan saya Aali.
Tapi lihatlah saiz badan bayi kami. Tak sama kan. Bayi saya kecil dan dari dulu orang akan kerap bandingkan anak-anak saya dengan orang lain. “Kecilnya… tak campur susu ke?”
Tapi biasanya saya tak ambil peduli. Asalkan isu berat bukan masalah utama (melalui check up bulanan). Jadi kenapa nak risau orang lain banding-bandingkan saiz anak kita kan?
Setiap perkembangan dan tumbesaran bayi menyusu berbeza. Paling penting, bayi dapat menyusu dengan baik (posisi, lekapan, asas penyusuan adalah betul) dan sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan, dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan.
Ketika bayi sudah melepasi usia setahun, biasanya dia sudah banyak makan tetapi masih bergantung kepada susu. Ada sesetengah bayi, badannya kecil dan tidak terlalu berat. Ada pula yang sebaliknya.
Apa pun dapatkan nasihat daripada doktor masing-masing dan paling penting doktor yang menyokong penyusuan susu ibu dan bukan terus salahkan susu ibu yang menyebabkan anak kita nampak kecil.
Nak besar macam mana lagi kan kalau baka mak ayahnya kecil (dulu). Sekarang saya dah tak berapa kecil
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo