Wow memang terbaik! Inilah hakikatnya jika ibu yang baru melahirkan anak kekal dengan rutin menyusukan badan. Dengan hanya menyusukan badan, kalori dapat dibakar dari 500 hingga 700 setiap hari. Hasilnya badan jadi langsing seperti sedia kala. Inilah yang dialami pelakon, Ika Nabila.
Ika turut 20kg daripada berat selepas melahirkan anak iaitu 72kg. Dan kini beratnya hanya 50kg sahaja. Katanya berkongsi, tiada sebarang senaman yang berat dilakukan di rumah, hanya menyusukan si comel kesayangan, Muhammad Noah Zayn sahaja yang kini sudah pun mencapai usia 9 bulan.
Menurut Ika dia kini cuba hendak konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal disamping mengekalkan beratnya kini.
Perkongsian diinstagram ternyata mendapat pujian daripada pengikutnya. Berkongsi gambar di gym, ternyata Ika tampil cukup cantik dengan berat badan idealnya.
Mommy is backkkkkk!!! Hahahahah sanggup book class 8am semata mata nk try indoor cycling hat famous tu. Makan hati tengok mak-mak yang pi workout pakai sport bra tayang perut flat.I pun nak jugak flat macam tu.
Perut Mamika dah flat. Berat pun dah 50 kg dari 72kg. Tak buat heavy workout out pun, breastfeed je alhamdulillah 500-700 calories hangus everyday. Tapi apa salahnya start balik work out mcm dulu. Tone up sikit sisa-sisa melahirkan tu. Sekeping sangat pun tak lawa. Ayah Noah Zayn suka yang padu sedap peluk kan @zaidbowie.
Stok Susu Noah Meriah
Sementara itu dalam perkongsian yang lain, Ika turut berkongsi rezeki stok susu Noah yang agak meriah.
Berat Noah Zayn almost 11kg. Hahaha minum susu 30oz sehari makan 2 kali. Bulat.
Harap-harap I berjaya susukan dia sampai 2 tahun.
Mamika YAKIN! InsyaAllah boleh!
Oh buat yg tak tahu l, tu stock susu Noah Zayn.
Sebahagian dari freezer pertama, Alhamdulillah ada lagi 2 freezers ebm stock.. InsyaAllah semua untuk anak soleh.
Tak kisah la ada yg kata susu tepung pun boleh jadi manusia, itu terpulang. But for me. I want only the best for him. I believe all of you too!
Ika selalu tanam kan dalam otak, mengandung boleh, beranak boleh, meyusu pasti boleh! Yakin dgn Allah. Yakin dgn diri sendiri & sentiasa Positive!
Satu kejayaan yang besar dan inspriasi untuk semua ibu yang melahirkan. Teruskan menyusu untuk si comel tersayang anda.