Sebelum ini ramai yang tahu pelakon Fasha Sandha baru sahaja keguguran Jun lalu hasil perkahwinan keduanya dengan aktor Aidil Aziz.
Namun, sejak kebelakangan ini foto terbaru Fasha yang dimuat naik ke akaun Instagram seolah-olah memberi gambaran yang dia kini hamil sekali lagi kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai baby bump.
Dalam pada itu juga, beberapa rakan artis turut memberi ucapan tahniah dan mendoakan dirinya dan baby dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, hingga kini Fasha tidak memberi apa-apa jawapan balas pada setiap pertanyaan orang ramai dan hanya memberi bayangan awal melalui gambar bersama anak-anak.
Selain ucapan tahniah, di ruangan komen peminat turut menasihatkan Fasha supaya banyakkan rehat dan menjaga kandungan elok-elok memandangkan dia baru saja keguguran.
“Walau pun tak umumkan tapi comel baby bump”
Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Sumber: Ig Fasha Sandha