Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 26 Disember lalu.
Perkhabaran gembira itu diumumkan Rizky menerusi Instagramnya. Malah laporan Viva.co.id juga melaporkan Lesti selamat melahirkan bayi lelaki pramatang pada usia kandungannya baru mencecah 34 minggu dengan berat 2.2kg.
Lesti pada awalnya dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka sekitar akhir Januari atau awal Februari itu terpaksa bersalin lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.
“Selepas pemantauan, bayi harus dikeluarkan segera demi keselamatannya dan Lesti. Alhamdulillah bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat, lengkap tanpa kurang apa satu pun.
“Dan tangisannya yang pecah menghiasi ruangan persalinan malam itu melengkapi kebahagiaan kami. Kami berdua juga tidak dapat membendung air mata dari jatuh. Itulah berita bahagia yang ingin saya sampaikan,” tulis Rizky.
Tidak hanya berkongsi cerita di kapsyennya, bahkan Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa itu turut memuat naik sekeping foto jarinya memegang jari si comel.
Alami kontraksi yang agak kuat
Malah menerusi perkongsian pasangan ini di saluran Youtube mereka, doktor yang menyambut kelahiran anak pasangan selebriti ini turut berkongsi cerita dihubungi ibu Lesti yang menceritakan keadaan Lesti yang kurang baik.
” Ibu Lesti menghubungi saya pada 23 Disember lalu mengatakan anaknya kepenatan dan mungkin terdapat komplikasi pada kandungannya.
” Setelah diperiksa ternyata Lesti mengalami kontraksi yang agak tinggi dan memerlukan pemantauan yang rapi dan seterusnya selamat bersalin,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, perkahwinan pasangan selebriti ini menimbulkan kontroversi apabila pengguna media sosial menyedari Lesti seakan hamil ketika majlis resepsi pasangan ini pada Ogos lalu.
Lesti dan Rizky Billar rupanya telah pun selamat bernikah pada awal tahun ini dan kini pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Tahniah!
Menarik: Saya Masih Jaga Pantang, Belum Habis Pantang Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI