Keibubapaan

Tak Cukup Duit Nak Bayar Gambar Konvo Tadika Anak, Bapa Terharu Ada Yang Sudi Bantu

Share

Hujung tahun memang meriah dengan majlis graduasi anak-anak kat tadika. Bukan sahaja nak tengok anak-anak convo, malah ibu ayah juga turut berpeluang melihat persembahan-persembahan comel anak-anak.

Tapi ya lah bila ada majlis-majlis macam ni, pastinya memerlukan perbelanjaan yang tak kurang juga banyak. Untuk pakaian, jubah konvo dan juga mengabadikan rakaman gambar dengan jubah konvo tu sendiri, malah kalau ada yang buat dekat tempat-tempat yang hebat, perbelanjaan tambahan memang perlu disediakan oleh ibu bapa.

Bukan semua ibu bapa mampu untuk menanggung segala perbelanjaan majlis graduasi anak kecil mereka. Begitulah yang berlaku dalam satu thread Twitter dimana seorang lelaki berkongsi cerita tentang seorang ayah yang tak mampu untuk membayar duit gambar konvo anaknya di sebuah tadika.

 

Nak Bergambar Pakej Paling Murah RM20, Tapi Bapa Tak Bawa Duit

Terdengar akan perbualan dua beranak itu, lelaki yang dikenali sebagai Irwan mengikut jejak brader tadi Bersama anaknya dan menawarkan diri untuk membayar kos bergambar tersebut.

Walaupun agak terkejut dengan bantuan yang datang tiba-tiba, lelaki tersebut akur dan menerima pelawaan Irwan.

Pinjam Motor Bos Datang Konvo Anak

Cerita sebak brader tersebut rupanya tidak habis begitu sahaja, ketika berbual sempat lelaki tersebut menyatakan bahawa dia datang menaiki motor yang dipinjam dari majikannya sebelum bergerak semula ke tempat kerjanya setelah selesai majlis graduasi anak.

Terharu dan ucap terima kasih

Selesai sesi bergambar, bapa muda itu cukup tersentuh dan terharu dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Irwan. Sebelum berlalu pergi sempat dia memeluk dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Irwan yang sudi membayarkan kos bergambar anaknya itu.

Warganet Puji Dan Doakan Keduanya Murah Rezeki

Perkongsian tersebut ternyata mendapat respon positif daripada warganet. Rata-ratanya menzahirkan ucapan terima kasih dan mendoakan agar Irwan dan bapa kepada kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

sumber: Oh My Media & Irwan

 

 

Published by
SAHR