Pelakon Mia Ahmad memberitahu antara cabaran selepas melahirkan cahaya mata pertamanya, Sayf Issa ialah dia perlu berjaga tengah malam.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, berkata dia sukar untuk tidur disebabkan anaknya kerap bangun pada waktu itu.

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam. Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

“Banyak sebenarnya cabaran baharu selepas melahirkan anak ini. Tapi antaranya saya susah nak tidur malam.

Ads

“Sebab anak saya kerap jugalah terjaga di waktu itu. Bagaimanapun, bagi saya ia sesuatu yang baru dan seronok walaupun tak cukup tidur,” katanya.

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam. Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

Sementara itu Mia menyatakan pemilihan nama Sayf Issa dipilih bersama suaminya Ahmad Izham Tarmizi.

Ads

Kata pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Mr. Boss, Miss Stalker ini nama anaknya itu bermaksud senjata Nabi Isa.

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam. Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

Ads

“Saya dan suami yang memilih nama Sayf Issa untuk anak sulung kami. Nama itu kami pilih sebab maksudnya senjata Nabi Isa,” ujarnya.

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam. Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

Sumber: Mstar & Ig Sayf Issa.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI